Samsung MC35J8088 Series User Manual page 11

Hide thumbs Also See for MC35J8088 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

D. Ketuhar tidak harus dilaras atau dibaiki oleh sesiapa pun kecuali juruteknik servis gelombang mikro
yang berkelayakan dan dilatih oleh pembuat.
Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau memperbaiki kecacatan
kosmetik sekiranya kerosakan unit dan/atau kerosakan atau kehilangan aksesori disebabkan oleh
pelanggan. Item bagi syarat ini merangkumi termasuk:
A. Pintu, pemegang, panel luar atau panel kawal yang lekuk, calar atau rosak.
B. Dulang, roda pandu, pengganding atau rak wayar yang rosak atau hilang.
• Gunakan alat ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang diterangkan di dalam manual
arahan ini. Amaran dan Arahan Keselamatan di dalam buku panduan ini tidak merangkumi semua
keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk menggunakan akal,
berwaspada dan berhati-hati semasa memasang, menyelenggarakan dan mengendalikan perkakas
anda.
• Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri ketuhar gelombang mikro
anda mungkin berbeza sedikit daripada yang diterangkan di dalam manual ini dan bukan semua
tanda-tanda amaran boleh digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keprihatinan,
hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda atau dapatkan bantuan dan maklumat
dalam talian di www.samsung.com.
• Ketuhar gelombang mikro ini seharusnya digunakan untuk memanaskan makanan. Ianya bertujuan
untuk kegunaan rumah domestik sahaja. Jangan panaskan apa-apa jenis tekstil atau kusyen yang
diisi dengan bijian, yang boleh menyebabkan melecur dan kebakaran. Pengilang tidak boleh
dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan alat yang tidak sesuai
atau tidak betul.
• Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih boleh mengakibatkan kerosakan pada
permukaannya yang boleh memendekkan hayat alat ini dan mungkin mengakibatkan situasi yang
berbahaya.
MC35J8088LT_SP_DE68-04321J-01_MS.indd 11
Bahasa Melayu 11
3/19/2015 9:51:10 AM

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Mc35j8088lt/sp

Table of Contents