Samsung MC285TATCSQ Owner's Instructions & Cooking Manual page 35

Hide thumbs Also See for MC285TATCSQ:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

GRIL
Elemen pemanas gril terletak di bawah siling rongga ketuhar. Ia beroperasi semasa
pintu ditutup dan pinggan putar berputar. Putaran pinggan putar membuatkan
makanan menjadi perang dengan lebih seragam. Memanaskan gril dahulu selama 4
minit akan membuat makanan menjadi perang dengan lebih cepat lagi.
Perkakas memasak untuk menggril: Harus kalis api dan boleh termasuk logam.
Jangan gunakan sebarang jenis perkakas memasak plastik, kerana ia boleh cair.
Makanan yang sesuai digril: Potongan daging, sosej, stik, hamburger, hirisan
bakon dan gamon, bahagian ikan yang nipis, sandwic dan semua jenis roti bakar
dengan hias atas.
Komen penting: Harap ingat bahawa makanan hendaklah diletakkan di atas rak
tinggi, kecuali arahan lain disarankan.
Microwave + Grill (Gelombang Mikro + Gril)
Mod memasak ini menggabungkan haba sinaran yang datang dari gril dengan
kelajuan memasak dengan gelombang mikro. Ia beroperasi hanya semasa pintu
ditutup dan pinggan putar berputar. Disebabkan pusingan pinggan putar, makanan
diperangkan dengan rata. Tiga mod kombinasi tersedia dengan model ini:
600 W + Gril, 450 W + Gril dan 300 W + Gril.
Perkakas untuk memasak dengan Microwave + Grill (Gelombang Mikro + Gril)
Sila gunakan perkakas memasak yang membolehkan gelombang mikro
menembusinya. Perkakas memasak harus kalis api. Jangan gunakan perkakas
logam dengan mod kombinasi. Jangan gunakan sebarang jenis perkakas memasak
plastik, kerana ia boleh cair.
Makanan yang sesuai untuk proses memasak Microwave + Grill (Gelombang
Mikro + Gril):
Makanan yang sesuai untuk proses memasak mod kombinasi termasuk semua
jenis makanan dimasak yang perlu dipanaskan semula dan diperangkan (contohnya
pasta bakar), serta makanan yang memerlukan masa memasak yang singkat untuk
memerangkan bahagian atas makanan itu. Mod ini juga boleh digunakan untuk
bahagian-bahagian makanan yang tebal yang hendak diperangkan dan rangupkan
atasnya (contohnya kepingan ayam, membalikkan ia separuh jalan semasa
memasak). Sila rujuk kepada jadual gril untuk butiran lanjut.
Komen penting: Setiap kali mod kombinasi Microwave + Grill (Gelombang Mikro +
Gril) digunakan, makanan hendaklah diletakkan di atas rak tinggi, kecuali arahan lain
disarankan. Sila rujuk kepada arahan di dalam carta berikut.
Makanan mestilah dibalikkan, jika kedua-dua sisinya hendak diperangkan.
MC285TATCSQ_SP_DE68-04139D_MA.indd 35
Panduan Gril untuk Makanan Segar
Panaskan dahulu gril dengan fungsi gril selama 2-3 min.
Gunakan aras kuasa dan masa di dalam jadual ini sebagai garis panduan untuk
menggril. Gunakan sarung tangan ketuhar semasa mengeluarkan.
Makanan segar
Bahagian
Kuasa
Kepingan roti
4 kpg
Gril
bakar
(setiap satu
sahaja
25 g)
Tomato gril
400 g
300 W
(2 kpg)
+ Gril
Roti bakar
4 kpg
300 W
tomato-keju
(300 g)
+ Gril
Roti bakar
4 kpg
300 W
hawaii (ham,
(500 g)
+ Gril
nenas, hirisan
keju)
Kentang bakar
500 g
600 W
+ Gril
35
Masa tepi
Masa
pertama
tepi ke-2
Arahan
(min.)
(min.)
2-3
1-2
Letakkan kepingan roti
bakar sebelah-menyebelah
di atas rak.
5-6
-
Potong tomato menjadi
dua bahagian. Letakkan
sedikit keju di atasnya. Atur
dalam satu bulatan di dalam
bekas pyrex kaca yang
leper. Letakkan ia di atas
rak tinggi. Biarkan selama
2-3 min.
4-5
-
Bakar kepingan roti dahulu.
Letakkan roti bakar dengan
hiasan atas di atas rak
tinggi. Biarkan selama
2-3 min.
5-6
-
Bakar kepingan roti dahulu.
Letakkan roti bakar dengan
hiasan atas di atas rak
tinggi. Biarkan selama
2-3 min.
7-8
-
Potong kentang menjadi
dua bahagian. Letakkan ia
dalam satu bulatan di atas
rak tinggi dengan bahagian
terpotong menghadap gril.
2013-01-25
5:07:35

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents