Samsung MC285TATCSQ Owner's Instructions & Cooking Manual page 10

Hide thumbs Also See for MC285TATCSQ:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain pada
soket berhampiran ketuhar.
LANGKAH BERJAGA-JAGA UNTUK MENGELAKKAN
KEMUNGKINAN PENDEDAHAN PADA TENAGA
GELOMBANG MIKRO YANG MELAMPAU.
(FUNGSI GELOMBANG MIKRO SAHAJA)
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan
pendedahan kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
(a) Dalam apa keadaan sekalipun, jangan sekali-kali cuba
mengendalikan ketuhar dengan pintunya terbuka atau mengusik
saling kunci keselamatan (selak pintu) atau memasukkan sesuatu
benda ke dalam lubang saling kunci keselamatan.
(b) JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan
muka depan atau membiarkan sisa makanan atau bahan pembersih
terkumpul pada permukaan kedap. Pastikan pintu dan permukaan
kedap pintu sentiasa bersih dengan mengelapnya selepas digunakan
mula-mula dengan kain lembap dan kemudian dengan kain kering
yang lembut.
(c) JANGAN kendalikan ketuhar jika ia rosak sehingga ia telah dibaiki
oleh juruteknik servis gelombang mikro yang berkelayakan yang
dilatih oleh pembuat. Adalah penting sekali pintu ketuhar ditutup
dengan betul dan tiada kerosakan pada:
(1) pintu (bengkok)
(2) engsel pintu (pecah atau longgar)
(3) kedap pintu dan permukaan kedap
(d) Ketuhar tidak harus dilaras atau dibaiki oleh sesiapa pun kecuali
juruteknik servis gelombang mikro yang berkelayakan dan dilatih oleh
pembuat.
MC285TATCSQ_SP_DE68-04139D_MA.indd 10
Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau
memperbaiki kecacatan kosmetik sekiranya kerosakan unit dan/atau kerosakan atau
kehilangan aksesori disebabkan oleh pelanggan. Item bagi syarat ini merangkumi
termasuk:
(a) Pintu, Pemegang, Panel Luar atau Panel Kawal yang Lekuk, Calar
atau Rosak.
(b) Tray, Roda Pandu, Pengganding atau Rak Wayar yang rosak atau
hilang.
• Gunakan alat ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti
yang diterangkan di dalam manual arahan ini. Amaran dan Arahan
Keselamatan di dalam buku panduan ini tidak merangkumi semua
keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab
untuk menggunakan akal, berwaspada dan berhati-hati semasa
memasang, menyelenggarakan dan mengendalikan perkakas anda.
• Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model,
ciri ketuhar gelombang mikro anda mungkin berbeza sedikit daripada
yang diterangkan di dalam manual ini dan bukan semua tanda-
tanda amaran boleh digunakan. Jika anda mempunyai sebarang
soalan atau keprihatinan, hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat
dengan anda atau dapatkan bantuan dan maklumat dalam talian di
www.samsung.com.
• Ketuhar gelombang mikro ini seharusnya digunakan untuk
memanaskan makanan. Ianya bertujuan untuk kegunaan rumah
domestik sahaja. Jangan panaskan apa-apa jenis tekstil atau kusyen
yang diisi dengan bijian, yang boleh menyebabkan melecur dan
kebakaran. Pengilang tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk
kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan alat yang tidak sesuai
atau tidak betul.
• Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih
boleh mengakibatkan kerosakan pada permukaannya yang boleh
memendekkan hayat alat ini dan mungkin mengakibatkan situasi
yang berbahaya.
10
2013-01-25
5:07:27

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents