Samsung MC285TATCSQ Owner's Instructions & Cooking Manual page 3

Hide thumbs Also See for MC285TATCSQ:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

AMARAN : Alat in boleh digunakan oleh kanak-
kanak berusia 8 tahun ke atas dan orang-orang yang
kekurangan keupayaan fizikal, deria atau mental atau
kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah
diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan alat
dengan cara yang selamat dan memahami bahaya yang
terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan
alat ini. Kanak-kanak tidak sepatutnya melakukan
pembersihan dan penyenggaraan pengguna melainkan
mereka berusia daripada 8 tahun ke atas dan diawasi.
Hanya gunakan perkakas dapur yang sesuai untuk
digunakan dalam ketuhar gelombang mikro.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik
atau kertas, perhatikan ketuhar untuk mengesan
kemungkinan pencetusan bunga api.
Ketuhar gelombang mikro dimaksudkan untuk
pemanasan makanan dan minuman. Pengeringan
makanan atau pakaian dan pemanasan pad
penghangat, selipar, span, kain lembap dan yang
seakan-akan sama boleh menyebabkan risiko
kecederaan, penyalaan atau kebakaran.
Jika asap dikeluarkan, matikan atau cabut palam alat
dan pastikan pintu ketuhar ditutup untuk mematikan api;
MC285TATCSQ_SP_DE68-04139D_MA.indd 3
AMARAN : Memanaskan minuman menggunakan
gelombang mikro boleh mengakibatkan pendidihan
meluap tertunda; oleh itu, pastikan anda berhati-hati
apabila memegang bekas.
AMARAN : Kandungan botol makanan bayi dan
balang makanan bayi harus dikacau atau digoncang
dan suhunya diperiksa sebelum makanan dimakan,
bagi mengelakkan luka terbakar.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus
dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro oleh
kerana ia boleh meletup, walaupun setelah pemanasan
gelombang mikro telah selesai.
Ketuhar harus dibersihkan dengan tetap dan sebarang
cebisan makanan ditanggalkan.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan
yang bersih boleh mengakibatkan kerosakan pada
permukaannya yang boleh memendekkan hayat
peralatan ini dan mungkin mengakibatkan situasi yang
berbahaya.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang di dalam
kenderaan jalan raya, karavan, dan kenderaan-
kenderaan yang serupa dll.
3
2013-01-25
5:07:20

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents