Philips AT941 User Manual page 45

Hide thumbs Also See for AT941:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Masa pengecasan
-
Periksa perkakas dan aksesorinya setiap kali anda hendak
menggunakannya. Jangan gunakan perkakas atau aksesorinya jika ia rosak
kerana ini akan menyebabkan kecederaan. Anda hendaklah setiap kali
mengganti bahagian yang rosak dengan jenis yang asli.
Awas
-
Jangan rendam penegak cas di dalam air atau membilasnya di bawah pili air.
-
Hanya gunakan perkakas ini untuk tujuan dimaksudkan seperti
ditunjukkan dalam manual pengguna.
-
Atas sebab-sebab kebersihan, perkakas ini hendaklah hanya digunakan
oleh seorang sahaja.
-
Jangan gunakan penyesuai dalam atau berdekatan soket dinding yang
mengandungi atau pernah mengandungi penyegar udara elektrik untuk
mengelakkan kerosakan yang tidak boleh dibaiki pada penyesuai.
-
Jangan sekali-kali gunakan udara termampat, pad penyental, agen
pembersih yang melelas atau cecair yang agresif seperti alkohol atau
aseton untuk membersihkan perkakas.
-
Air mungkin bocor keluar daripada soket di bahagian bawah pencukur
ketika anda membilasnya. Ini adalah normal dan tidak berbahaya kerana
semua bahagian elektronik dilindungi di dalam unit kuasa yang kedap di
dalam pencukur.
Medan elektromagnet (EMF)
-
Perkakas Philips mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan
dengan pendedahan kepada medan elektromagnet.
Am
-
Pencukur ini adalah kalis air. Perkakas ini sesuai digunakan di dalam
mandian atau di bawah pancuran dan boleh dibersihkan di bawah paip.
Untuk tujuan keselamatan, pencukur hanya boleh digunakan tanpa kord.
-
Perkakas ini sesuai untuk voltan sesalur kuasa antara 100 hingga 240 volt.
-
Penyesuai mengubah 100-240 volt kepada voltan rendah dan selamat
tidak melebihi 24 volt.
Pengecasan
Nota: Pencukur tidak boleh digunakan terus dari sesalur kuasa.
Apabila anda mengecas pencukur pada kali pertama atau selepas sekian
lama tidak menggunakannya, biarkan ia dicas sehingga lampu pengecasan
menyala berterusan.
Lihat jadual di bawah untuk masa pengecasan pencukur anda.
1 jam
AT941, AT940, AT918
AT897, AT896, AT894
AT892, AT891, AT890
AT889, AT887, AT886
AT811
BAHASA MELAYU
8 jam
AT899, AT896, AT872
AT797, AT796, AT790
AT770, AT756, AT753
AT751, AT750
45

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents