CYBEX CALLISTO User Manual page 16

Cybex callisto
Hide thumbs Also See for CALLISTO:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

4. MENGGUNakaN bREak
dongakkan tuil yang terletak di roda depan untuk menahan brek. untuk melepaskan
brek, dongakkan tuil sekali lagi.
5. MENGGUNakaN SISTEM abah-abah
a) untuk menutup hanya selitkan lidah pengancing di kiri dan kanan ke dalam
pengancing abah-abah.
b) untuk menutup hanya selitkan lidah pengancing di kiri dan kanan ke dalam
pengancing abah-abah.
c) untuk melepaskan sistem tali pinggang telan butang pelepas yang terletak di atas
tempat duduk di depan pengunci tali pinggang dan tarik tali pinggang bahu.
d) untuk melepaskan pengancing abah-abah, cuma tekan kedua-dua bahagian
pengancing abah-abah bersama-sama.
e) Panjang tali pengikat kelangkang dilaraskan dengan menggerakkan
penggelongsor di bawah kerusi.
6. MElaRaSkaN SISTEM abah-abah UNTUk baYI baRU lahIR
Lepaskan gelung di bahagian hujung pengikat bahu daripada segi tiga dalam
sistem tali pinggang, terletak di bawah penyandar belakang di bawah alas
tempat duduk.
Tarik pengikat bahu keluar sampai habis daripada lubang pada penyandar
belakang.
masukkan pengikat bahu melalui dua lubang bawah. Pastikan untuk memasukkan
pengikat semula melalui lubang pada mekanisme penyandar belakang dan
sambungkan semula pada segi tiga.
untuk melaraskan panjang pengikat bahu bagi bayi baru lahir sila pasangkan
bahagian dalam gelung pada hujung pengikat bahu kepada cincin segi tiga.
ubah semula kepada lubang atas sebaik sahaja pengikat bahu tidak lagi muat pada
bahu bayi.
7. MEMbUka PEMEGaNG kEPala DaN PaD bahU
a) Buka pemegang kepala sebaik sahaja ia tidak muat pada bahagian bahu bayi.
b) Buka velkro pemegang kepala di bahagian atas sebelah kiri dan kanan pada
bahagian belakang alas tempat duduk. Lepaskan gelung di bahagian hujung
pengikat bahu daripada segi tiga dalam sistem tali pinggang, terletak di bawah
penyandar belakang di bawah alas tempat duduk
Tarik pengikat bahu keluar sampai habis daripada lubang pada penyandar
belakang.
c) Tarik pengikat bahu melalui pad bahu dan pemegang kepala. Pastikan untuk
memasukkan pengikat semula melalui lubang pada mekanisme penyandar
belakang dan sambungkan pada segi tiga.
Anda boleh gunakan pemegang kepala dan pad bahu secara berasingan.
8. MEMaSaNG baMPaR baR
a) Selitkan selak di sebelah kiri dan kanan pada gajet yang dijahit pada fabrik tempat
duduk.
b) Tekan butang di sebelah kiri dan kanan bampar bar untuk mengeluarkannya
8
9. MENYaNDaRkaN alaS kakI
a) Tekan alas kaki di kedua-dua hujung depan dan tekan ke bawah.
b) Cuma angkat alas kaki untuk mengembalikannya kepada kedudukan asal.
10. MENYaNDaRkaN PENYaNDaR TEMPaT DUDUk
a) Tarik tuil sandar di bahagian belakang tempat duduk bagi menyandarkan
penyandar belakang.
b) untuk menaikkannya semula cuma angkat penyandar belakang tempat duduk.
Penyandar belakang boleh diletakkan dalam 5 kedudukan berbeza.
11. MElaRaSkaN kETINGGIaN PEMEGaNG
a) b) Tekan butang di bawah bar pemegang dan tolah bahagian atas bar
pemegang untuk memanjangkannya sehingga klik masuk. Pendekkan bar
pemegang dengan menekan semula butang.
12. MElIPaT kERETa SORONG
keluarkan semua kandungan daripada bakul. jika dipasang, pastikan kanopi dilipat
semula.
a) Tekan tuil pengunci utama di bawah butang pedal.
Angkat tuil pengunci utama untuk melepaskan sistem regangan.
b) Tekan tuil pengunci kedua (bar yang terjulur di sebelah kanan sistem pengunci).
c), d) Tekan butang pada bar pemegang dan lipat kereta sorong dengan
menolaknya sedikit ke hadapan. SILA AmBIL PErhATIAn: Butang perlu ditekan
sepanjang masa. untuk memudahkan kerja melipat, angkat tuil pengunci
menggunakan kaki anda. Lipat kereta sorong dengan berhati-hati sehingga klip
keselamatan telah terkunci.
e) Brek boleh digunakan walaupun kereta sorong telah dilipat. dengan brek yang
terkunci, kereta sorong yang berlipat boleh disandarkan pada dinding dan tidak
akan menggelongsor secara tidak sengaja.
13. MEMbaWa kERETa SORONG
Tarik pemegang pembawa fleksibel pada tiub kanan belakang dan angkat kereta
sorong.
14. MEMbUka alaS TEMPaT DUDUk
Lipat sedikit kereta sorong untuk mengurangkan tegangan.
Alihkan kanopi daripada kereta sorong, jika terpasang.
a) Buka penyangkut alas tempat duduk (3) daripada rangka di sebelah kiri dan
kanan.
Buka butang tekan (4) bagi pengikat yang disambungkan ke panel sebelah
tempat duduk dan tiub belakang bakul.
Buka penutup (5) yang dipasang dengan velkro pada tiub, satu bagi setiap sisi.
masukkan pengikat dengan gelongsor (6) pengancing abah-abah tengah melalui
lubang pada fabrik tempat duduk.
b) masukkan gelung pada bahagian hujung pengikat bahu melalui segi tiga pada
penyandar belakang (7).
c) masukkan pengikat bahu melalui lubang pada fabrik tempat duduk (8).
Buka butang tekan di sebelah kiri dan kanan tempat duduk di bahagian bawah
fabrik.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents