Samsung MG28H5125 Series Owner's Instructions & Cooking Manual page 10

Hide thumbs Also See for MG28H5125 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Jangan masukkan dulang atau rak ke dalam air sejurus
selepas memasak kerana ia boleh menyebabkan dulang
atau rak retak atau rosak.
Jangan kendalikan ketuhar gelombang mikro untuk
menggoreng dengan minyak yang banyak kerana suhu
minyak tidak boleh dikawal. Ini boleh menyebabkan cecair
yang panas itu mendidih berlebihan.
AWAS
Hanya gunakan perkakas yang sesuai untuk digunakan
di dalam ketuhar gelombang mikro; JANGAN gunakan
sebarang bekas logam, Pinggan mangkuk makan malam
dengan kemasan emas atau perak, Pencucuk, garpu, dll.
Tanggalkan ikatan pintal dawai dari beg kertas atau plastik.
Sebab: Pengarkaan atau pencucuhan elektrik boleh
berlaku dan boleh merosakkan ketuhar.
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk
mengeringkan kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang
sedikit bagi mengelakkan pemanasan berlebihan dan
menghanguskan makanan.
Jangan rendam kabel kuasa atau palam kuasa di dalam air
dan jauhkan kabel kuasa dari haba.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus dipanaskan
di dalam ketuhar gelombang mikro oleh kerana ia boleh
meletup, walaupun setelah pemanasan gelombang mikro
selesai; Selain itu, jangan panaskan botol kedap udara
atau dikedap vakum, balang, bekas, kacang dalam kulit,
tomato, dll.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan
kain atau kertas. Ia boleh terbakar semasa udara panas
keluar dari ketuhar. Ketuhar juga boleh menjadi terlalu
panas dan dimatikan secara automatik, dan akan kekal
dimatikan sehingga ia telah sejuk secukupnya.
MG28H5125NK_SM_DE68-04246F-00_MS.indd 10
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila
mengeluarkan bekas dari ketuhar untuk mengelakkan luka
terbakar yang tidak disengajakan.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau
selepas pemanasan tamat dan biarkan cecair sekurang-
sekurangnya 20 saat selepas pemanasan untuk mencegah
didihan yang membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila
membuka pintunya untuk mengelakkan melecur
disebabkan udara atau wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar gelombang mikro semasa ia
kosong. Ketuhar gelombang mikro akan dimatikan secara
automatik selama 30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami
menyarankan meletakkan segelas air di dalam ketuhar
sepanjang masa untuk menyerap gelombang mikro jika
ketuhar gelombang mikro dihidupkan secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan yang
dinyatakan di dalam manual ini. (Lihat memasang ketuhar
gelombang mikro anda.)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain
pada soket berhampiran ketuhar.
LANGKAH BERJAGA-JAGA UNTUK MENGELAKKAN
KEMUNGKINAN PENDEDAHAN PADA TENAGA GELOMBANG
MIKRO YANG MELAMPAU.
(FUNGSI GELOMBANG MIKRO SAHAJA)
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan
pendedahan kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
(a) Dalam apa keadaan sekalipun, jangan sekali-kali cuba mengendalikan
ketuhar dengan pintunya terbuka atau mengusik saling kunci keselamatan
(selak pintu) atau memasukkan sesuatu benda ke dalam lubang saling kunci
keselamatan.
(b) JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka
depan atau membiarkan sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul
pada permukaan kedap. Pastikan pintu dan permukaan kedap pintu sentiasa
bersih dengan mengelapnya selepas digunakan mula-mula dengan kain
lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut.
Bahasa Melayu - 10
2014-04-22
2:15:23

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents