Panasonic S-1821PF3H Operating Instructions Manual page 20

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Peringatan Keselamatan
b) Pengetahuan terperinci dan kemahiran
dalam mengendalikan bahan pendingin
mudah bakar, peralatan perlindungan
peribadi, pencegahan kebocoran bahan
pendingin, pengendalian silinder,
mengecas, pengesanan kebocoran,
pemulihan dan pelupusan; dan
c) Berupaya memahami dan menggunapakai
dalam amalan keperluan dalam
perundangan negara, peraturan dan
Standard; dan
d) Secara berterusan menjalani latihan
dengan kerap dan latihan selanjutnya
untuk mengekalkan kepakaran ini.
e) Paip penyaman udara dalam ruang yang
diduduki hendaklah dipasang dengan cara
yang melindungi daripada kerosakan yang
tidak disengajakan semasa operasi dan
servis.
f) Langkah berhati-hati hendaklah diambil
untuk mengelak getaran atau gegaran
berlebihan pada paip penyejukan.
g) Pastikan peranti perlindungan, paip
dan kelengkapan penyejukan dilindungi
dengan baik daripada kesan alam sekitar
yang buruk (seperti bahaya pengumpulan
dan pembekuan air dalam paip pelepasan
atau kotoran dan serpihan terkumpul).
h) Pengembangan dan pengecutan paip
jangka panjang dalam sistem penyejukan
hendaklah direka dan dipasang dengan
selamat (dipasang dan dijaga) untuk
meminimakan kemungkinan renjatan
hidraulik yang merosakkan sistem.
i) Lindungi sistem penyejukan daripada
pecah yang tidak disengajakan kerana
menggerakkan perabut atau aktiviti
pembinaan semula.
j) Bagi memastikan tiada kebocoran,
penyambung permaipan unit pendingin
dalaman yang diketatkan hendaklah
diuji. Kaedah ujian mestilah mempunyai
kesensitifan sebanyak 5 gram setahun
bahan pendingin atau lebih baik lagi di
bawah tekanan sekurang-kurangnya 0.25
kali tekanan maksimum yang dibenarkan
(>1.04 MPa, maks 4.15 MPa). Tiada
kebocoran dapat dikesan.
1. Pemasangan (Ruang)
• Produk dengan bahan pendingin mudah
terbakar, mestilah dipasang mengikut
keluasan bilik minimum, A
dinyatakan dalam Arahan Pemasangan.
• Dalam hal cas lapangan, kesan ke atas cas
bahan pendingin disebabkan oleh panjang
paip yang berbeza mestilah dikira, diukur dan
dilabelkan.
• Pastikan kerja pemasangan paip yang
minimum. Elak penggunaan paip yang
kemik dan jangan benarkan lenturan yang
melampau.
• Pastikan kerja paip terlindung daripada
kerosakan fi zikal.
• Hendaklah mematuhi peraturan gas
kebangsaan, peraturan dan undang-undang
perbandaran negeri. Maklumkan pihak
berkuasa berkaitan berdasarkan semua
peraturan yang berkenaan.
20
(m²) yang
min
• Pastikan sambungan mekanikal boleh
diakses bagi tujuan penyelenggaraan.
• Dalam kes yang memerlukan pengalihan
udara mekanikal, pembukaan pengalihan
udara hendaklah bebas daripada halangan.
• Bila melupuskan produk, ikuti peringatan
dalam #12 dan patuhi peraturan kebangsaan.
Sentiasa berhubung dengan pejabat
perbandaran tempatan untuk pengendalian
yang betul.
2. Servis
2-1. Kakitangan Servis
• Sistem diperiksa, diselia dan diselenggara
dengan kerap oleh kakitangan
perkhidmatan terlatih dan diperakui yang
dilantik oleh pengguna atau pihak yang
bertanggungjawab.
• Pastikan caj sebenar bahan pendingin adalah
berdasarkan saiz bilik di mana bahagian yang
mengandungi bahan pendingin dipasang.
• Pastikan cas bahan pendingin tidak bocor.
• Mana-mana orang berkelayakan yang
terlibat dengan kerja atau memintas dalam
litar bahan penyejuk hendaklah memiliki sijil
terkini yang sah daripada industri - pihak
berkuasa penilaian diiktiraf yang memberi
kuasa kepada mereka yang cekap untuk
mengendalikan bahan pendingin dengan
selamat berdasarkan spesifi kasi penilaian
yang diiktiraf oleh industri.
• Servis hendaklah hanya dilakukan
sebagaimana disyorkan oleh pembuat
peralatan. Penyelenggaraan dan pembaikan
yang memerlukan bantuan kakitangan
mahir lain hendaklah dilakukan di bawah
pengawasan orang yang cekap dalam
penggunaan bahan pendingin mudah
terbakar.
• Servis hendaklah dilakukan hanya
sebagaimana yang disyorkan oleh pembuat.
2-2. Kerja
• Sebelum memulakan kerja ke atas sistem
yang mengandungi bahan pendingin mudah
terbakar, pemeriksaan keselamatan perlu
dilakukan bagi memastikan risiko pencucuhan
diminimumkan. Untuk pembaikan sistem
penyejukan, peringatan dalam #2-2 hingga
#2-8 mestilah diikuti sebelum melakukan kerja
ke atas sistem.
• Kerja hendaklah dilaksanakan di bawah
prosedur terkawal agar dapat meminimakan
risiko kewujudan gas atau wap mudah
terbakar semasa kerja dijalankan.
• Semua kakitangan penyelenggaraan dan lain-
lain yang bekerja dalam kawasan setempat
hendaklah diarah dan diawasi akan sifat kerja
yang sedang dijalankan.
• Elak bekerja dalam ruang terhad. Pastikan
sentiasa jauh daripada sumber, sekurang-
kurangnya 2 meter jarak keselamatan, atau
pengezonan kawasan ruang bebas sekurang-
kurangnya dalam radius 2 meter.
• Pakai peralatan perlindungan yang sesuai
termasuk perlindungan pernafasan, jika
keadaan memerlukannya.
• Jauhkan daripada semua sumber
pencucuhan dan permukaan logam panas.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents