Bosch MSM2610BGB Instruction Manual page 10

Hide thumbs Also See for MSM2610BGB:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Untuk keselamatan anda
Sambung dan kendalikan peralatan hanya mengikut spesifikasi pada 
plat kadaran. Jangan gunakan peralatan jika kord kuasa dan/atau 
peralatan telah rosak.
Sentiasa cabut palam peralatan daripada bekalan, jika ia ditinggalkan 
tanpa dijaga dan sebelum memasang, menyahpasang atau 
membersihkannya.
Jangan letakkan kord kuasa pada pinggir yang tajam atau permukaan 
yang panas. Untuk mengelakkan kecederaan, kord kuasa yang rosak 
mestilah digantikan oleh pengeluar atau perkhidmatan pelanggannya 
atau orang yang sama kelayakannya.
Hanya perkhidmatan pelanggan kami boleh membaiki peralatan.
Sebelum menukar aksesori atau bahagian tambahan, yang bergerak 
ketika pengendalian, matikan peralatan dan cabut palam daripada 
bekalan kuasa.
Arahan keselamatan untuk peralatan ini
A Risiko kecederaan
A Risiko kejutan elektrik
Jika bekalan kuasa terganggu, peralatan kekal hidup dan dimulakan 
semula apabila bekalan pulih. Matikan peralatan dengan segera.
Jangan rendam unit asas dalam cecair dan jangan membasuhnya 
dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk. Jangan gunakan 
pembersih stim!
Jangan gunakan peralatan dengan tangan yang lembap. Jangan 
mengendalikan peralatan tanpa beban. Kendali peralatan dengan 
aksesori asal sahaja. Sisipkan satu jenis alat sahaja (contohnya 
cangkuk uli).
Cadangan: Jangan hidupkan peralatan lebih lama daripada masa 
yang anda perlukan untuk memproses ramuan.
A Risiko melecur
Awas apabila memproses cecair panas. Cecair boleh terpercik 
semasa pemprosesan.
A Risiko kecederaan daripada pemacu yang berputar!
Jangan sekali-kali memegang alat yang berputar.
Jangan menukar alat sehingga pemacu telah berhenti sepenuhnya – 
apabila dimatikan, peralatan akan terus bergerak seketika.
Lindungi rambut panjang atau barang mudah tanggal daripada 
pakaian bagi mengelakkannya tersumbat di dalam alatan yang 
berputar.
9

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Mfq36300gbMfq363 gb series

Table of Contents