Bosch MultiTalent 3 MCM3 GB Series Instruction Manual page 21

Compact food processor
Hide thumbs Also See for MultiTalent 3 MCM3 GB Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

Pengendalian yang betul
Perkakas ini hanya sesuai untuk penggunaan di dalam rumah atau
persekitaran sepertinya. Hanya gunakan perkakas untuk kuantiti dan
masa pemprosesan domestik yang biasa.
Perkakas ini sesuai untuk mengadun, menguli, memukul, memotong
dan memarut makanan. Perkakas ini tidak boleh digunakan untuk
memproses bahan atau benda lain. Aplikasi tambahan boleh
digunakan, apabila menggunakan aksesori lain yang diluluskan oleh
pengilang.
Hanya gunakan alat dengan bahagian dan aksesori asli yang
diluluskan. Jangan gunakan aksesori untuk perkakas lain.
Gunakan perkakas ini hanya di dalam bangunan pada suhu bilik dan
ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut.
Maklumat keselamatan penting
Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhi arahan dan simpan!
Jika perkakas diberikan kepada pihak yang lain, sertakan bersama
arahan ini. Ketidakpatuhan terhadap arahan bagi penggunaan
perkakas yang betul akan mengakibatkan pengecualian pengeluar
daripada tanggungan liabiliti kerosakan yang berlaku.
Perkakas ini boleh digunakan oleh orang yang mempunyai
kekurangan keupayaan fizikal, deria atau mental atau kurangnya
pengalaman dan/atau pengetahuan jika mereka telah diawasi atau
dilatih mengenai penggunaan perkakas yang selamat dan memahami
bahaya yang timbul daripadanya. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan
daripada perkakas dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan
mengendalikan perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan bermain
dengan perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mencuci
atau menyelenggara perkakas ini.
W Risiko kejutan elektrik dan kebakaran!
■ Sambungkan dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi
pada label. Hanya gunakan sekiranya tiada tanda kerosakan pada
perkakas dan kord kuasa. Pembaikan pada perkakas, seperti
penukaran kord kuasa yang rosak, hanya boleh dilakukan oleh
khidmat pelanggan kami bagi mengelakkan sebarang bahaya.
■ Jangan sesekali sambungkan perkakas pada pemasa atau soket
yang dikawal dengan alat kawalan jauh. Sentiasa awasi perkakas
semasa operasi!
■ Jangan letak perkakas di atas atau berdekatan dengan permukaan
panas, seperti plat panas. Jangan biarkan kord kuasa bersentuhan
dengan bahagian panas atau menariknya di atas bahagian sisi
yang tajam.
Pengendalian yang betul
ms
21

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents