Makita UR100D Instruction Manual page 42

Cordless grass trimmer
Hide thumbs Also See for UR100D:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
13. Semua peralatan perlindungan seperti
pengadang yang dibekalkan bersama alat
mestilah digunakan semasa operasi.
14. Kecuali dalam kes kecemasan, jangan sekali-
kali jatuhkan atau melempar alat ke tanah atau
ini boleh menyebabkan kerosakan alat yang
teruk.
15. Jangan sekali-kali menyeret alat di atas
tanah semasa bergerak dari satu tempat ke
satu tempat, alat boleh rosak jika digerakkan
seperti itu.
16. Sentiasa keluarkan kartrij bateri daripada alat:
apabila alat ditinggalkan tanpa
pengawasan;
sebelum mengeluarkan sumbatan;
sebelum memeriksa, membersihkan atau
bekerja dengan alat;
sebelum melakukan sebarang pelarasan,
penukaran aksesori atau penyimpanan;
setiap kali apabila alat mula bergetar
tidak seperti biasa;
apabila mengangkut alat.
17. Jangan paksa alat. Ia akan berfungsi dengan
lebih baik dan risiko kecederaan akan kurang
berlaku pada kadar ia direka bentuk.
18. Jangan kendalikan alat kuasa dalam keadaan
yang mudah meletup, seperti dalam kehadiran
cecair, gas atau habuk yang mudah terbakar.
Alat kuasa menghasilkan percikan api yang boleh
menyalakan debu atau wasap.
19. Rehat sebentar untuk mengelakkan hilang
kawalan akibat letih. Kami syorkan anda untuk
berehat 10 hingga 20 minit setiap jam.
20. Jangan gunakan alat di cerun yang curam.
21. Abah-abah bahu mesti digunakan semasa
operasi, jika dibekalkan dengan alat.
Arahan penyelenggaraan
1.
Keadaan alat pemotong, alat perlindungan dan
abah-abah bahu mestilah diperiksa sebelum
memulakan kerja.
2.
Matikan motor dan keluarkan kartrij bateri
sebelum menjalankan penyelenggaraan,
mengganti alat pemotong dan membersihkan
alat.
3.
Selepas penggunaan, tanggalkan kartrij bateri
daripada alat dan periksa untuk sebarang
kerosakan.
4.
Periksa untuk pengikat yang longgar dan
bahagian yang rosak seperti hampir separuh
keadaan pemotongan pada alat pemotong.
5.
Apabila tidak digunakan, simpan peralatan di
lokasi kering yang dikunci atau jauh daripada
jangkauan kanak-kanak.
6.
Gunakan alat ganti dan aksesori gantian yang
disyorkan oleh pengeluar sahaja.
7.
Sentiasa pastikan yang bukaan pengudaraan
bebas daripada serpihan.
8.
Periksa dan selenggara alat dengan kerap,
terutamanya sebelum/selepas penggunaan.
Baiki alat hanya di pusat servis kami yang sah.
9.
Pastikan pemegang sentiasa kering, bersih
dan bebas daripada minyak dan gris.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN:
JANGAN biarkan keselesaan atau
kebiasaan dengan produk (daripada penggunaan
berulang) menggantikan pematuhan ketat
terhadap peraturan keselamatan untuk produk
yang ditetapkan. SALAH GUNA atau kegagalan
mematuhi peraturan-peraturan keselamatan
yang dinyatakan dalam manual arahan ini boleh
menyebabkan kecederaan diri yang serius.
Arahan keselamatan penting untuk
kartrij bateri
1.
Sebelum menggunakan kartrij bateri, baca
semua arahan dan tanda amaran pada (1)
pengecas bateri, (2) bateri, dan (3) produk
menggunakan bateri.
2.
Jangan buka atau cabut kartrij bateri. Ia boleh
mengakibatkan kebakaran, haba berlebihan, atau
letupan.
3.
Jika masa operasi menjadi sangat pendek,
berhenti operasi serta merta. Ia mungkin
menyebabkan risiko pemanasan lampau,
melecur bahkan letupan.
4.
Jika elektrolit masuk ke dalam mata anda,
bilas mata dengan air jernih dan dapatkan
rawatan perubatan serta merta. Ia mungkin
menyebabkan kehilangan penglihatan.
5.
Jangan pintaskan kartrij bateri:
(1)
Jangan sentuh terminal dengan bahan
berkonduksi.
Elakkan menyimpan kartrij bateri dalam
(2)
bekas bersama-sama objek besi lain
seperti paku, duit syiling, dll.
Jangan dedahkan kartrij bateri kepada air
(3)
atau hujan.
Pintasan bateri boleh menyebabkan aliran
kuasa yang besar, pemanasan lampau,
melecur dan juga kerosakan.
6.
Jangan simpan dan gunakan alat dan kartrij
bateri di lokasi yang suhunya mungkin
mencapai atau melebihi 50 °C (122 °F).
7.
Jangan bakar kartrij bateri walaupun jika ia
rosak teruk atau haus sepenuhnya. Kartrij
bateri boleh meletup dalam kebakaran.
8.
Jangan paku, potong, pecahkan, buang,
jatuhkan kartrij bateri, atau tekan objek keras
pada kartrij bateri. Perbuatan sedemikian boleh
mengakibatkan kebakaran, haba berlebihan, atau
letupan.
9.
Jangan gunakan bateri yang rosak.
42 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents