Philips HP3631/01 Manual page 43

Philips infracare infrared lamp hp3631 300w zone treatment area digital timer
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Menggunakan perkakas
Kesan infracare
InfraCare memancarkan cahaya inframerah, yang menembusi jauh ke dalam kulit dan menghangatkan
tisu. Kehangatan memodulatkan isyarat neuron ke otak dan dengan itu mengurangkan kesakitan.
Kehangatan juga merangsang peredaran darah dan mengembangkan pembuluh darah, yang akan
melajukan penghantaran bahan yang perlu untuk membina semula dan menyuburkan tisu badan.
Tambahan lagi, cahaya inframerah mempercepatkan proses metabolisme dan pengeluaran bahan
buangan daripada badan. Oleh kerana ia menjadikan tisu mudah dilenturkan, kehangatan juga
mengurangkan kekejangan dan menjadikan sendi lebih mudah lentur.
Disebabkan kesan-kesan ini, rawatan dengan InfraCare boleh melegakan sementara kesakitan akibat
masalah otot dan sendi.
Nota: Sila baca bahagian 'Amaran' dalam bab 'Penting' dan ikuti arahan yang tertera di sana
sebelum anda menggunakan perkakas.
aplikasi
aplikasi terapeutik
InfraCare adalah perkakas terapi kehangatan setempat. Kemungkinan penggunaan terapi:
-
Rawatan untuk sakit otot yang sekali-sekala atau kronik, otot kejang dan sendi kejang.
-
Rawatan untuk sakit bahagian bawah belakang.
Penggunaan lain
Anda juga boleh menggunakan InfraCare untuk tujuan-tujuan berikut:
-
Pengenduran otot
-
Persediaan untuk mengurut
Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai manfaat kesihatan, sila lihat kata carian
InfraCare di www.philips.com (Gamb. 5).
Bersedia untuk menggunakannya
1
Bukakan kord sesalur utama sepenuhnya.
2
Letakkan perkakas di atas permukaan yang stabil dan rata serta pastikan bahawa terdapat
sekurang-kurangnya 25sm ruang kosong di sekelilingnya untuk mengelakkan daripada
pemanasan melampau (Gamb. 6).
Perkakas boleh digunakan dengan pelbagai cara yang berlainan. Di bawah adalah beberapa contoh.
-
Untuk merawat sengal bahu, sengal leher atau bahagian atas belakang anda, letakkan perkakas di
atas meja dan condongkan bingkai lampu ke belakang. Duduk di atas kerusi atau bangku dengan
membelakangkan lampu (Gamb. 7).
-
Untuk merawat sakit bahagian bawah belakang, letakkan perkakas di atas meja di sebelah kerusi.
Duduk di atas kerusi atau bangku dengan belakang anda menghadap ke arah lampu (Gamb. 8).
-
Untuk merawat sengal siku, letakkan perkakas di atas meja dan duduk disebelahnya (Gamb. 9).
-
Untuk merawat lutut yang sakit, letakkan perkakas di atas meja di sebelah katil dan baring di atas
katil dengan sebelah kaki ditarik ke atas ke arah lampu (Gamb. 10).
3
Untuk melaraskan arah pancaran cahaya, condongkan bingkai lampu ke hadapan atau ke
belakang (Gamb. 11).
4
Duduk atau baring pada jarak yang sesuai dari perkakas.
BaHasa MElayu
43

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Hp3631

Table of Contents