Sharp KI-A60E Operation Manual page 29

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

AMARAN BERKAITAN OPERASI
• Jangan halang salur masuk atau keluar udara.
• Jangan letak unit ini berdekatan atau di atas objek panas, seperti dapur masak atau alat pema-
nas, atau di mana ia mungkin terkena wap air.
• Sentiasa kendalikan unit ini dalam kedudukan menegak.
• Apabila mengalihkan unit ini, gunakan pemegang di kedua-dua sisinya.
Jangan alihkan unit ini semasa ia sedang beroperasi.
• Jangan alih atau tukar arah unit utama dengan menyeret rodanya.
• Jika unit ini di atas tikar tatami, yang mudah rosak, permukaan yang tidak rata, atau permaidani
yang tebal, angkat ia semasa mengalihkannya.
• Apabila anda mengalihkan ia menggunakan rodanya, gerakkan perlahan-lahan dalam arah melintang.
• Sebelum mengalihkannya, pastikan ia tidak beroperasi, dan keluarkan Tangki Air dan Dulang
Pelembap dengan memegang pemegang di kedua-dua sisi unit.
• Apabila mengeluarkan Tangki Air, berhati-hati agar jari anda tidak tersepit di dalam unit.
• Jangan kendalikan unit ini tanpa penapis, Tangki Air, dan Dulang Pelembapnya terpasang rapi.
• Jangan cuci dan guna semula penapis HEPA.
Berbuat demikian tidak akan meningkatkan prestasi penapis dan juga boleh menyebabkan keju-
tan elektrik atau kepincangan tugas.
• Bersihkan bahagian luarnya dengan kain lembut sahaja.
Jangan gunakan cecair yang mudah meruap dan bahan pencuci.
Berbuat demikian boleh merosakkan atau merekahkan bahagian luar unit.
Selain itu, berbuat demikian boleh menyebabkan penderia pincang tugas.
• Kekerapan penyelenggaraan pembuangan kerak kapur bergantung pada kekerasan atau
ketaktulenan air yang anda gunakan; semakin keras airnya semakin kerap anda perlu
membuang kerak kapurnya.
• Pastikan unit utama jauh dari air.
GARIS PANDUAN PEMASANGAN
• Apabila menggunakan unit ini, letakkan ia sekurang-kurangnya 2 meter dari perkakas yang menge-
luarkan gelombang elektrik seperti televisyen atau radio, bagi mengelakkan gangguan elektrik.
• Elakkan lokasi di mana penderia terdedah terus kepada angin.
Berbuat demikian boleh menyebabkan unit pincang tugas.
• Elakkan lokasi di mana perabot, fabrik atau barang-barang lain bersentuhan dengan unit
dan mengganggu penyedutan dan penghembusan udara.
• Elakkan di lokasi di mana unit ini mungkin terdedah kepada pemeluwapan atau perubahan
suhu yang mendadak. Suhu bilik yang sesuai adalah antara 5 – 35 ºC.
• Letakkan unit di atas permukaan yang rata dan stabil dengan peredaran udara yang mencukupi.
Apabila diletakkan di atas permaidani yang tebal, unit ini mungkin akan bergetar sedikit.
Letakkan unit ini di atas permukaan yang rata untuk mengelakkan kebocoran air dari Tangki Air
dan Dulang Pelembap.
• Elakkan lokasi yang mengeluarkan asap yang bergris atau berminyak.
Berbuat demikian boleh menyebabkan bahagian luar unit merekah dan penderia pincang tugas.
• Bagi memastikan aliran udara yang baik, letakkan unit ini lebih kurang 30 cm (1 kaki) dari dinding.
Dinding yang betul-betul di belakang salur udara mungkin akan menjadi kotor lama-kelamaan.
Jika anda menggunakan unit ini di lokasi yang sama untuk tempoh yang lama, bersihkan dinding
yang bersebelahan dengannya dari semasa ke semasa. Anda juga boleh mencegah dinding dari-
pada menjadi kotor dengan menutupnya menggunakan plastik atau penutup pelindung lain.
GARIS PANDUAN PENAPIS
• Ikut arahan di dalam manual ini untuk penjagaan dan penyelenggaraan penapis yang betul.
M-3

Advertisement

Chapters

Table of Contents
loading

Table of Contents