Panasonic NR-YW590Y Operating Instructions Manual page 26

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Apabila menggunakan untuk kali pertama atau tidak digunakan buat masa yang panjang,
tangki air mungkin berbau atau mengumpul habuk. Jangan lupa untuk membersihkan tangki
air sebelum membersihkan pembuat ais.
Selepas memilih mod pembersihan pembuat ais, air akan dituang secara automatik ke dalam
dulang ais dan paip bekalan air 3 kali (selama kira-kira 2 minit) untuk mengalirkan air.
Apabila memilih mod pembersihan pembuat ais, pastikan ada air yang cukup di dalam tangki
air.
1 Tarik keluar kotak ais di bawah Penyejuk Beku, keluarkan semua kiub ais daripada kotak
ais (selepas semua kiub ais terbentuk), dan pasang semula kotak ais di tempatnya.
2 Isi tangki air dengan air.
3 Pilih mod pembersihan pembuat ais (Muka surat 21).
• Pada masa yang sama, peti sejuk akan mengeluarkan bunyi sekejap-sekejap dan mula
membersihkan pembuat ais.
• Semasa proses pembersihan, bunyi tersebut tidak boleh dimatikan.
• Selepas bunyi bip untuk memaklumkan proses pembersihan lengkap, ikon mod
pembersihan pembuat ais pada panel operasi akan padam, proses pembersihan
pembuat ais akan berakhir dan memulakan proses pembuatan ais automatik.
4 Keluarkan kotak ais daripada Penyejuk Beku, buangkan air dalam kotak ais dan lap air di
luar kotak ais.
Jika anda tidak membersihkan semua air dalam kotak ais, kotak ais tersebut boleh pecah.
Anda boleh dayakan/nyahdayakan mod pembuatan ais menurut keperluan anda.
„ Tutup pembuat ais
1 Pilih mod "Penutupan pembuat ais automatik" (Auto Ice Off), ikon mod penutupan pembuat
ais pada panel operasi akan menyala dan peti sejuk akan berhenti membuat ais (Muka
surat 21).
2 Tidak perlu untuk menuang air ke dalam tangki air. Baki air dalam tangki air akan cukup
untuk membuat ais, dan kiub ais akan tersedia selepas 2 jam. Apabila kotak ais penuh,
kitaran seterusnya tidak akan berlaku.
3 Apabila anda ingin meneruskan membuat ais secara automatik, pilih mod "Penutupan
pembuat ais automatik" (Auto Ice Off), dan ikon mod penutupan pembuat ais pada panel
operasi akan padam (Muka surat 21).
„ Tutup pembuat ais untuk jangka masa yang panjang
1 Kosongkan tangki air dan keluarkan kiub ais daripada kotak ais.
2 Bersihkan tangki air, penapis air, pelapik kalis bunyi dan kotak ais; keringkan aksesori ini
dan pasang semula.
3 Apabila menggunakannya semula, isi tangki air dan pasangkannya di tempat asal.
„ Semasa mengangkut peti sejuk
1 Kosongkan tangki air dan keluarkan kiub ais daripada kotak ais.
2 Pilih mod "Pembersihan pembuat ais" (Auto Ice Clean), ikon mod pembersihan pembuat
ais pada panel operasi akan menyala dan peti sejuk akan mula membersihkan pembuat
ais. (Pada masa ini, kiub ais dan air dalam proses pembuatan ais akan jatuh ke dalam
kotak ais)
3 Proses pembersihan akan berhenti selepas 2 minit. Tarik keluar dulang gelangsar di bawah
Penyejuk Beku, keluarkan kotak ais dan kosongkan kiub ais dan air di dalam kotak ais.
4 Bersihkan tangki air, penapis air dan kotak ais; keringkan aksesori ini dan pasang semula.
26
Bagaimana membersihkan pembuat ais automatik
Bagaimana mematikan pembuat ais automatik

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents