Makita DUR193 Instruction Manual page 52

Cordless grass trimmer
Hide thumbs Also See for DUR193:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Menggunakan pemangkas rumput
sebagai mesin tepi
Menggunakan pemangkas rumput sebagai mesin
tepi sesuai untuk memotong rumput yang tumbuh di
sepanjang bata atau blok.
Buka tuil kunci, kemudian panjangkan aci sehingga ke
panjang maksimum, kemudian putar perumah motor
hingga 180°, kemudian tutup tuil kunci.
► Rajah24: 1. Tuil kunci 2. Perumah motor
NOTA: Anda juga boleh memutar perumah motor
hingga 180° apabila anda memendekkan aci
sehingga ke panjang minimum.
Angkat pengadang wayar dan gerakkan pemangkas
rumput seperti yang ditunjukkan dalam rajah untuk
memotong rumput. Anda boleh memotong rumput
dengan berkesan dengan berjalan selari di sepanjang
bata atau blok.
► Rajah25
Menanggalkan abah-abah bahu
AMARAN:
Berhati-hati untuk mengekalkan
kawalan mesin semasa menanggalkan abah-abah
bahu.
Abah-abah bahu mempunyai tujuan untuk pelepasan
segera. Hanya picit sisi kancing sambil memegang alat
untuk melepaskan alat daripada abah-abah bahu.
► Rajah26: 1. Kancing
Menggantikan kord nilon
AMARAN:
Gunakan kord nilon dengan diameter yang dinyatakan dalam "SPESIFIKASI" sahaja.
Jangan sekali-kali gunakan tali, dawai atau sepertinya yang lebih berat. Gunakan kord nilon yang disyorkan
sahaja, atau sebaliknya, ia boleh menyebabkan kerosakan alat dan mengakibatkan kecederaan diri yang serius.
AMARAN:
Pastikan bahawa penutup kepala pemotong nilon dikukuhkan pada perumah dengan betul
seperti yang diterangkan di bawah. Kegagalan untuk mengukuhkan penutup dengan betul boleh menyebabkan
kepala pemotong nilon terpelanting dan mengakibatkan kecederaan diri yang serius.
PERHATIAN:
Apabila memasang atau mengeluarkan kord nilon, berhati-hati agar tidak menyentuh
pemotong kord nilon pada pelindung. Bersentuhan dengan pemotong boleh mengakibatkan kecederaan diri.
Gantikan kord nilon jika kord tidak disuap lagi.
► Rajah30: (1) Sehingga 8 m (2) 70 - 80 mm
PENYELENGGARAAN
AMARAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan
dan kartrij bateri dikeluarkan sebelum cuba
menjalankan pemeriksaan atau penyelenggaraan
pada alat. Kegagalan untuk mematikan dan
mengeluarkan kartrij bateri mungkin menyebabkan
kecederaan diri yang serius daripada permulaan
tanpa sengaja.
NOTIS:
Jangan gunakan petrol, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, apa-apa
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
Membersihkan alat
Bersihkan alat dengan menyapu habuk, kotoran atau
rumput yang dipotong dengan kain kering atau kain
yang dicelup dalam air sabun dan diperah. Jika rumput
yang dipotong melekat pada perumah motor, pastikan
rumput tersebut dikeluarkan.
► Rajah27: 1. Perumah motor
Penyimpanan
Apabila menyimpan alat, naikkan pengadang wayar,
pendekkan aci, kemudian lipat pemegang gelung.
► Rajah28: 1. Pengadang wayar
► Rajah29: 1. Pemegang gelung 2. Aci
52 BAHASA MELAYU

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents