Kipas Siling; Pencegahan Keselamatan - KDK K14X5 Operating And Installation Instructions

Table of Contents

Advertisement

Pencegahan keselamatan

Untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya kecederaan kepada pengguna atau kerosakan harta benda, sila patuhi semua penerangan
yang dinyatakan di bawah.
Simbol ini menunjukkan perbuatan yang WAJIB DILAKUKAN.
Simbol ini menunjukkan perbuatan yang DILARANG.
Keadaan yang mungkin disebabkan oleh
kecuaian dalam mengendalikan produk,
AMARAN
yang mana, jika tidak dielakkan, boleh
mengakibatkan kematian atau kecederaan
parah kepada pengguna.
AMARAN
Sila rujuk kepada semua arahan yang diberikan dalam
panduan ini untuk pemasangan.
Kerja elektrikal atau kerja pemasangan mesti dilakukan oleh
orang yang bertauliah.
Kesilapan pemasangan boleh menyebabkan kebakaran, kejutan
elektrik, kipas silling terjatuh dan kecederaan.
Peralatan ini tidak direka untuk digunakan oleh
individu (termasuk kanak-kanak) yang mempunyai
kecacatan anggota, deria atau kebolehan mental, atau
kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan
mereka telah diberikan pemerhatian atau panduan
mengenai penggunaan peralatan ini oleh individu yang
bertanggungjawab mengenai keselamatan mereka.
Kanak-kanak mestilah diberi pemerhatian untuk
memastikan mereka tidak bermain dengan peralatan ini.
Putuskan bekalan kuasa dan tunggu sehingga Bilah
Kipas berhenti sepenuhnya, sebelum membersihkan atau
membuat kerja penyelenggaraan.
Boleh menyebabkan kecederaan dan kejutan elektrik jika Kipas
Siling bergerak secara tiba-tiba.
Sila rujuk wakil penjual anda untuk isu membaiki atau
penyelenggaraan.
Ketatkan Skru Bilah Kipas dengan kukuh menggunakan
pemutar skru. (250-300 N•cm)
Boleh menyebabkan kecederaan jika Bilah Kipas terjatuh.
Pastikan cangkuk siling boleh menanggung beban 10 kali
ganda berat Kipas Siling.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Berhenti menggunakan Kipas Siling apabila mendapati apa-
apa keganjilan atau kegagalan berlaku dan putar Pemutus
Litar Miniatur (MCB) kepada "OFF".
Risiko asap, kebakaran, kejutan elektrik dan terjatuh.
Sila hubungi wakil penjual anda dengan segera untuk
penyelenggaraan/pembaikian.
Tanggalkan Kipas Siling yang patah atau yang
mengalami kerosakan.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Elakkan memasang Kipas Siling di tempat berminyak dan
berhabuk.
Boleh menyebabkan kebakaran, litar pintas dan kejutan elektrik.
Jangan pasang Kipas Siling di kawasan yang berhampiran
dengan barang mudah terbakar seperti dapur gas.
Boleh menyebabkan kebakaran, litar pintas dan kejutan elektrik.
Jangan pasang Kipas Siling berhampiran dengan bahan
kimia dan alkali.
Boleh menyebabkan kebakaran, litar pintas dan kejutan elektrik.
Elakkan kerosakan pada dawai semasa pemasangan.
contohnya, dawai berubah bentuk kerana panas, terpulas,
bengkok, dsb.
Boleh menyebabkan kebakaran, litar pintas dan kejutan elektrik.
Jangan gunakan bekalan kuasa selain dari voltan yang telah
ditetapkan.
Pemanasan yang terlampau boleh menyebabkan kejutan elektrik
dan kebakaran.
Jangan masukkan sebarang logam kedalam ruang
bateri bersama-sama Bateri.
Boleh menyebabkan kebakaran, litar pintas dan kejutan elektrik.
Sentiasa mengikuti arahan berikut
Jangan bergantung pada Kipas Siling.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Jangan buka sebarang bahagian-bahagian Kipas Siling
melainkan dinyatakan di dalam panduan ini.
Hendaklah menggunakan bahagian-bahagian yang dibekalkan sahaja.
Boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik, kecederaan dan Kipas
Siling terjatuh.
Jangan sentuh Kipas Siling ketika ia sedang beroperasi.
Boleh menyebabkan kecederaan, kerosakan dan Kipas Siling terjatuh.
Jangan percikkan air ke Kipas Siling atau, jangan basahkan

Kipas Siling.

Boleh menyebabkan kebakaran, litar pintas dan kejutan elektrik.
AWAS
AWAS
Untuk mengelakkan kemungkinan berlaku kecederaan
kepada pengguna atau kerosakan harta benda, sila
patuhi semua arahan yang dinyatakan dalam panduan
ini. Pengilang tidak akan bertanggungjawab sekiranya
berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan
yang disebabkan oleh kesilapan pemasangan atau
pemasangan yang tidak mengikut buku panduan.
Kipas Siling mesti dipasang lebih daripada 2.5 m dari
lantai dan jarak 1 m dari dinding ke Bilah Kipas.
Boleh menyebabkan ketidakstabilan aliran angin dan
mengakibatkan Kipas Siling bergoyang.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Rujuk Langkah 6 pada muka surat 11 untuk kaedah
pengukuran.
Selepas pemasangan, pastikan Kipas Siling tidak
terlampau goyang.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Gantikan kesemua Bilah Kipas jika salah satu
daripadanya patah atau retak.
Goyangan boleh menyebabkan Kipas Siling terjatuh.
Jangan pasang di tempat yang basah, bersuhu tinggi
dan berkelembapan tinggi seperti di dalam bilik air.
Jika terdapat kebocoran arus elektrik, kejutan elektrik dan
kebakaran mudah berlaku.
Produk ini adalah untuk kegunaan dalam rumah sahaja.
Jangan pasang di tempat yang berangin.
Boleh menyebabkan karat, warna luntur, kerosakan dan
kecederaan.
Jangan pasang di tempat yang terdapat getaran dan
hentakan tinggi.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh
Elakkan memasang di siling berbentuk kubah.
Boleh menyebabkan aliran udara yang tidak stabil dan
mempengaruhi Kipas Siling untuk bergoyang.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Elakkan pendedahan angin pada Kipas Siling secara
berterusan.
Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Lapkan kotoran dengan menggunakan kain yang bersih
dan lembut, sabun biasa dan air untuk mengekalkan
kebersihan kipas. Jangan gunakan pelarut (
petrol, pencair, benzin, alkohol, serbuk pencuci,
detergen alkali
Boleh menyebabkan kerosakan bahagian plastik dan besi
berkarat.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Keadaan yang mungkin disebabkan oleh
salah pengendalian produk yang jika
tidak dielakkan, boleh mengakibatkan
kecederaan kepada pengguna atau
kerosakan harta benda.
gasolin,
) atau bahan kimia lain.
.
3

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

K14y5

Table of Contents