Makita FN001G Instruction Manual page 35

Cordless brad nailer
Hide thumbs Also See for FN001G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Sistem perlindungan alat / bateri
Alat dilengkapi dengan sistem perlindungan alat/bateri.
Sistem ini memotong kuasa kepada motor secara
automatik untuk memanjangkan hayat alat dan bateri.
Alat akan berhenti secara automatik ketika operasi jika
alat atau bateri diletakkan di bawah salah satu syarat
yang berikut:
Perlindungan lebih beban
Apabila alat/bateri beroperasi dengan cara yang
menyebabkan ia menarik arus tinggi yang luar
biasa, alat secara automatik terhenti tanpa sebarang
penunjuk. Dalam situasi ini, matikan alat dan hentikan
penggunaan yang menyebabkan alat menjadi terlebih
beban. Kemudian hidupkan alat untuk mula semula.
Perlindungan pemanasan lampau
Apabila alat/bateri terlalu panas, alat itu berhenti secara
automatik. Dalam situasi ini, biarkan alat/bateri sejuk
sebelum menghidupkan semula alat.
Perlindungan lebih nyahcas
Apabila kapasiti bateri tidak mencukupi, alat akan
berhenti secara automatik. Dalam situasi ini, keluarkan
bateri daripada alat dan cas bateri.
Menunjukkan kapasiti bateri yang
tinggal
Tekan butang semak pada kartrij bateri untuk
menunjukkan kapasiti bateri yang tinggal. Lampu
penunjuk menyala untuk beberapa saat.
► Rajah2: 1. Lampu penunjuk 2. Butang semak
Lampu penunjuk
Dinyalakan
Mati
NOTA: Bergantung kepada keadaan penggunaan
dan suhu persekitaran, penunjuk mungkin berbeza
sedikit daripada kapasiti sebenar.
NOTA: Lampu penunjuk (kiri jauh) pertama akan
berkedip apabila sistem perlindungan bateri
berfungsi.
Kapasiti
yang tinggal
Berkelip
75% hingga
100%
50% hingga
75%
25% hingga
50%
0% hingga
25%
Cas bateri.
Bateri
mungkin
telah
rosak.
Butang kunci pemicu
PERHATIAN:
bateri ke dalam alat, sentiasa periksa untuk
melihat pemicu suis bergerak dengan betul dan
kembali ke posisi "OFF" apabila dilepaskan.
PERHATIAN:
alat ini, tekan butang kunci pemicu dari sisi B
untuk mengunci suis pemicu di kedudukan OFF.
► Rajah3: 1. Butang kunci pemicu 2. Pemicu suis
► Rajah4
Untuk mengelakkan pemicu suis daripada ditarik secara
tidak sengaja, butang kunci pemicu disediakan.
Untuk menarik pemicu suis, tekan butang kunci pemicu
dari sisi A.
Selepas digunakan, sentiasa tekan butang kunci
pemicu dari sisi B.
Melaraskan kedalaman pemakuan
AMARAN:
Sentiasa pastikan jari anda tidak
berada pada pemicu suis atau unsur sentuhan
dan kartrij bateri dikeluarkan sebelum melaraskan
kedalaman pemakuan.
Kedalaman pemakuan boleh diselaraskan dengan
memutarkan pelaras pada alat. Paku bergerak lebih
dalam ketika anda memutar pelaras ke arah A yang
ditunjukkan dalam rajah, dan lebih cetek ke arah B,
dalam jarak sehingga 2.5 mm.
► Rajah5: 1. Pelaras
► Rajah6: 1. Terlalu dalam 2. Kedalaman yang sesuai
3. Terlalu cetek
Menyalakan lampu
PERHATIAN:
atau lihat sumber cahaya secara langsung.
Tarik pemicu suis atau gerakkan unsur sentuhan untuk
menyalakan lampu. Lampu tetap menyala sehingga 60
saat semasa menarik pemicu suis atau menggerakkan
unsur sentuhan. Lampu padam lebih kurang 10 saat
selepas melepaskan pemicu suis dan unsur sentuhan.
► Rajah7: 1. Lampu
NOTIS:
Gunakan kain kering untuk mengelap
kotoran daripada lensa lampu. Berhati-hati agar
tidak mencalarkan kanta lampu, atau ia mungkin
mengurangkan pencahayaan.
NOTIS:
Walaupun semasa lampu menyala apabila
kuasa bateri yang tinggal menjadi kecil, pemaku tidak
boleh menembak paku. Dalam situasi ini, cas kartrij
bateri.
NOTIS:
Apabila alat terlalu panas, lampu berkelip.
Dalam kes ini, lepaskan pemicu suis dan unsur
sentuhan, dan kemudian sejukkan alat/bateri
sebelum mengendalikan semula.
NOTIS:
Lampu mula berkelip jika pemaku
mengesan ralat ketika memacu paku. Dalam situasi,
bawa pemaku ke Pusat Servis Kilang.
35 BAHASA MELAYU
Sebelum memasang kartrij
Apabila tidak mengendalikan
Jangan lihat ke dalam cahaya

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents