Makita HR2631F Instruction Manual page 34

Combination hammer
Hide thumbs Also See for HR2631F:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Memasang atau menanggalkan
cawan habuk (aksesori pilihan)
► Rajah23: 1.
simbol 2. Alur 3. Cawan habuk
Sebelum memasang cawan habuk, tanggalkan bit
daripada alat jika ia dipasang pada alat. Pasang
cawan habuk (aksesori pilihan) pada alat supaya
simbol
pada cawan habuk sebaris dengan alur pada
alat.
► Rajah24: 1. Bit 2. Penutup cuk
Untuk menanggalkan cawan habuk, tarik penutup cuk
dalam arah yang ditunjukkan dalam rajah dan dengan
penutup cuk ditarik, keluarkan bit daripada alat.
► Rajah25: 1. Sambungan pada kaki cawan habuk
Dan kemudian pegang sambungan pada kaki cawan
habuk dan keluarkannya.
► Rajah26: 1. Belos 2. Sambungan
► Rajah27: 1. Pinggir dalam 2. Sisi leper
3. Sambungan 4. Penutup 5. Alur
► Rajah28: 1. Penutup 2. Sambungan
NOTA:
Apabila memasang atau menanggalkan cawan
habuk, penutup mungkin tertanggal daripada
cawan habuk. Pada masa itu, lakukan seperti
berikut. Tanggalkan belos daripada sambungan
dan muatkan penutup daripada sisi ditunjukkan
dalam rajah dengan sisi leper menghadap ke
atas supaya alur pada tutup sepadan dengan
pinggir dalam sambungan. Akhir sekali,
lekapkan belos yang telah ditanggalkan.
► Rajah29
NOTA:
Jika anda menyambungkan pembersih
hampagas pada tukul anda, operasi
pembersihan boleh dilakukan. Penutup habuk
perlu ditanggalkan daripada cawan habuk
sebelum disambungkan.
OPERASI
PERHATIAN:
Sentiasa gunakan genggaman sisi (pemegang
tambahan) dan pegang alat dengan kukuh pada
kedua-dua genggaman sisi dan pemegang suis
semasa operasi.
Operasi penggerudian tukul
PERHATIAN:
Terdapat kekuatan putaran yang sangat kuat
dan mendadak pada alat/bit semasa lubang
dibolosi, apabila lubang tersumbat dengan
serpihan dan zarah, atau apabila terkena
batang rod penguat yang terbenam dalam
konkrit. Sentiasa gunakan genggaman sisi
(pemegang tambahan) dan pegang alat dengan
kukuh pada kedua-dua genggaman sisi dan
pemegang suis semasa operasi. Kegagalan
berbuat demikian boleh mengakibatkan hilang
kawalan pada alat dan kecederaan yang teruk.
► Rajah30
Tetapkan tombol penukar mod tindakan ke simbol
Letakkan bit pada lokasi yang dikehendaki untuk
lubang, kemudian tarik pemicu suis. Jangan paksa alat.
Tekanan ringan memberi hasil yang terbaik. Pastikan
alat berada pada kedudukan dan elakkan tergelincir
dari lubang.
Jangan beri lebih tekanan apabila lubang tersumbat
dengan serpihan atau debu. Sebaliknya, gunakan alat
tersebut pada keadaan melahu, kemudian keluarkan
sebahagian bit dari lubang. Dengan mengulangi
ini beberapa kali, lubang itu akan dibersihkan dan
penggerudian biasa dapat diteruskan.
NOTA: Kesipian dalam putaran bit mungkin berlaku
semasa mengendalikan alat tanpa beban. Alat akan
memusatkan diri secara automatik semasa operasi.
Ini tidak menjejaskan ketepatan penggerudian.
Bebuli hembus keluar (aksesori
pilihan)
► Rajah31: 1. Bebuli hembus keluar
Selepas menggerudi lubang, gunakan bebuli hembus
keluar untuk membersihkan habuk keluar daripada
lubang.
Menyerpih/Menskala/Meroboh
► Rajah32
Tetapkan tombol penukar mod tindakan ke simbol
Pegang alat dengan kuat menggunakan kedua-
dua tangan. Hidupkan alat dan beri sedikit tekanan
pada alat supaya alat tidak akan melantun dan tidak
terkawal. Menekan alat dengan sangat kuat tidak akan
menambah kecekapan.
34 BAHASA MELAYU
.
.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Hr2631ftHr2641Hr2320tHr2630Hr2630t

Table of Contents