Download Print this page

Philips beauty Airstylist Manual page 21

Advertisement

Menggunakan peralatan
Membentuk kerinting untuk rambut pelbagai kepanjangan
Kami menasihatkan anda membuat ujian kerinting untuk memastikan
berapa lama besi pengerinting harus dipegang dalam rambut anda
untuk mencapai hasil terbaik. Mulakan dengan 8 hingga 10 saat. Anda
mungkin perlu mengekalkan penyepit pengerinting dalam rambut anda
lebih lama untuk menghasilkan kerinting yang lebih ketat. Kerinting yang
kurang ketat memerlukan kurang dari 8 saat.
1
Ketapkan besi pengerinting ke peralatan.
Lihat 'Menyediakan untuk penggunaan', seksyen 'Menyambungkan dan
menanggalkan alat tambahan'.
2
Bahagikan rambut menjadi beberapa gumpalan.
3
Ambil segumpal rambut, buka klip dengan menekan tuil dan
letakkan gumpalan rambut antara laras dan klip. (gamb. 3)
4
Lepaskan tuil dan gelongsorkan laras ke penghujung gumpalan
rambut itu. Lilitkan rambut itu di sekeliling laras. Pastikan
penghujung gumpalan rambut dililitkan dalam arah yang
dikehendaki.
-
Jangan lilitkan terlalu banyak rambut di sekeliling laras pada satu masa.
-
Semakin nipis lilitan rambut, semakin ketat kerinting rambut.
-
Jangan lilitkan segumpal rambut lebih dari dua kali mengelilingi laras.
5
Hidupkan peralatan dengan memilih tetapan I untuk aliran udara
lembut.Tukar ke tetapan II untuk aliran udara yang lebih kuat dan
panas. (gamb. 4)
6
Kekalkan besi pengerinting dalam rambut anda sehingga rambut
terasa hangat jika disentuh.
7
Matikan peralatan dan buka lilitan rambut sehingga klip dapat
dibuka semula.
8
Biarkan kerinting menyejuk sebelum menyikat, memberus atau
menggunakan jari anda untuk menyempurnakan dandanan anda.
(gamb. 5)
BAHASA MALAYSIA
21

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hp4653/00