Mengendalikan Stesen Dok - Philips SmartPro Active Manual

Hide thumbs Also See for SmartPro Active:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa Melayu
38
Menggunakan butang masa pembersihan

Mengendalikan stesen dok

- Secara lalai, robot membersihkan kawasan dalam mod auto-
pembersihan sehingga bateri cas semula kurang kuasa. Robot kemudian
akan kembali ke stesen dok secara automatik. Jika anda memilih salah
satu masa pembersihan lain (lihat di bawah), anda boleh bertukar
kembali kepada mod lalai dengan menekan butang pembersihan
maksimum pada unit kawalan jauh.
- Butang masa pembersihan lain pada unit kawalan jauh membolehkan
anda membiarkan robot beroperasi selama 60, 45 dan 30 minit. Apabila
masa pembersihan tamat, robot kembali ke stesen doknya untuk
mengecas semula. Ikon dok akan bernyala pada paparan.
- Jika anda tidak mahu robot kembali ke stesen dok pada penghujung
masa pembersihan, tekan butang masa pembersihan dua kali. Ikon dok
hilang daripada paparan. Apabila masa pembersihan tamat, robot
berhenti.
Menetapkan masa dan hari jam
Jika anda mahu menggunakan program pembersihan, anda perlu
menetapkan masa jam dan hari dalam minggu pada paparan stesen dok
terlebih dahulu.
Catatan: Untuk gambar yang tergolong dalam langkah di bawah, lihat
halaman di belakang manual ini.
1 Tekan butang tetapkan. Penunjuk mod set dan penunjuk mod masa jam
mula berkelip.
2 Tekan butang pilih sekali. Penunjuk jam mula berkelip.
3 Gunakan butang + dan - pada stesen dok untuk menetapkan jam. Jam
yang ditetapkan kelihatan pada paparan.
4 Tekan butang pilih untuk mengesahkan jam yang ditetapkan. Penunjuk
minit mula berkelip.
5 Gunakan butang + dan - pada stesen dok untuk menetapkan minit. Minit
yang ditetapkan kelihatan pada paparan.
6 Tekan butang pilih untuk mengesahkan minit yang ditetapkan. Penunjuk
'Su' untuk Ahad mula berkelip.
7 Gunakan butang + dan - pada stesen dok untuk menetapkan hari dalam
minggu semasa.
8 Tekan butang pilih untuk mengesahkan hari dalam minggu.
9 Tekan butang tetapkan untuk mengesahkan tetapan masa jam dan hari
dalam minggu. Kedua-dua penunjuk mod set dan penunjuk mod masa
jam berhenti berkelip dan menjadi padu.

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Fc8822Fc8812Fc8822/01Fc8812/01

Table of Contents