Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Berasa Ragu-Ragu Atau Menghadapi Masalah - Samsung MC455THRCSR Owner's Instructions & Cooking Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANDA BERASA
RAGU-RAGU ATAU MENGHADAPI MASALAH
Membiasakan diri dengan sesuatu alat baru selalunya agak mengambil
masa. Jika anda menghadapi sebarang masalah yang disenaraikan di
bawah, cuba penyelesaian yang diberikan. Ia mungkin menjimatkan masa
dan tidak menyukarkan anda berbanding jika anda membuat panggilan
servis yang tidak perlu.
Berikut adalah perkara yang biasa berlaku:
• Pemeluwapan di dalam ketuhar.
• Aliran udara di sekeliling pintu dan bingkai luar.
• Pantulan cahaya di sekeliling pintu dan bingkai luar.
• Wap keluar dari sekeliling pintu atau bolong-bolong.
Makanan tidak masak langsung.
• Sudahkah anda melaras pemasa dengan betul dan menekan butang
Start/+30s (Mula/+30s)?
• Adakah pintunya tertutup?
• Adakah litar elektrik anda mempunyai beban yang berlebihan yang
menyebabkan fius terbakar atau menyebabkan alat pemutus terpasang.
Makanan sama ada terlampau masak atau kurang masak.
• Adakah jangka masa memasak yang sesuai dilaraskan untuk jenis
makanan itu?
• Adakah aras kuasa yang sesuai dipilih?
Percikan bunga api dan bunyi meletup-letup berlaku di dalam ketuhar
(pengarkaan).
• Adakah anda menggunakan bekas yang mempunyai perapi logam?
• Adakah anda tertinggal garpu atau perkakas logam yang lain di dalam
ketuhar?
• Adakah kerajang aluminium terlalu hampir dengan dinding bahagian
dalam?
Ketuhar menyebabkan gangguan pada radio dan televisyen.
• Sedikit gangguan mungkin berlaku pada televisyen atau radio apabila
ketuhar sedang beroperasi. Ini adalah perkara biasa.
* Penyelesaian: Pasang ketuhar jauh dari televisyen, radio dan aerial.
MC455THRCSR_SP_DE68-03349L_MA.indd 42
• Jika gangguan dikesan oleh mikropemproses ketuhar, paparan boleh
ditetapkan semula.
* Penyelesaian: Cabut palam kuasa dan sambungkan ia semula.
Tetapkan semula masa.
Mentol lampu tidak menyala.
• Mentol Lampu tidak boleh digantikan sendiri demi keselamatan
anda. Sila hubungi wakil penjagaan pelanggan Samsung sah yang
berhampiran, bagi meminta jurutera berkelayakan agar menggantikan
mentol tersebut.
Terdapat asap dan bau busuk semasa kali pertama
mengendalikannya.
• Ia adalah keadaan sementara yang berpunca daripada pemanasan
komponen baharu. Asap dan bau akan hilang sepenuhnya selepas 10
minit dikendalikan. Bagi menghilangkan bau dengan lebih cepat, sila
kendalikan ketuhar gelombang mikro dengan meletakkan lemon atau jus
lemon di dalam kabinet.
Mesej "E-24" ditunjukkan.
• Mesej "E-24" diaktifkan secara automatik sebelum ketuhar gelombang
mikro menjadi terlampau panas. Sekiranya mesej "E-24" diaktifkan,
tekan kekunci Stop/Eco (Berhenti/Ekonomi) untuk menggunakan
mod pengasalan.
Mesej "E-15" ditunjukkan.
• Mesej "E-15" diaktifkan secara automatik apabila anda membuka pintu
atau menekan kekunci Stop/Eco (Berhenti/Ekonomi) pada Mod
Memasak Sensor. Tekan kekunci Stop/Eco (Berhenti/Ekonomi) untuk
kembali kepada mod pengasalan.
Jika garis panduan di atas tidak dapat menyelesaikan masalah anda,
hubungi pusat khidmat pelanggan SAMSUNG setempat anda.
Sila sediakan maklumat yang berikut:
• Nombor model dan nombor siri, biasanya dicetak di bahagian
belakang ketuhar.
• Butiran waranti anda
• Perihalan jelas mengenai masalah tersebut.
Kemudian hubungi wakil penjual setempat anda atau khidmat selepas
jualan SAMSUNG.
42
2013-01-30
8:07:26

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents