Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Berasa Ragu-Ragu Atau Menghadapi Masalah; Memasak/Memanas Semula - Samsung GE83dT Owner's Instructions & Cooking Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANDA BERASA RAGU-RAGU
ATAU MENGHADAPI MASALAH
Jika anda menghadapi sebarang masalah yang disenaraikan di bawah cuba penyelesaian yang
diberikan.
Ini adalah perkara biasa.
• Pemeluwapan di dalam ketuhar
• Aliran udara di sekeliling pintu dan bingkai luar
• Pantulan cahaya di sekeliling pintu dan bingkai luar
• Wap keluar dari sekeliling pintu atau bolong-bolong
Ketuhar tidak bermula apabila anda menekan butang Start (Mula).
• Adakah pintunya tertutup rapat?
Makanan tidak masak langsung
• Sudahkah anda menetapkan pemasa dengan betul dan/atau menekan butang Start
(Mula)?
• Adakah pintunya tertutup?
• Adakah litar elektrik anda mempunyai beban yang berlebihan yang menyebabkan fius
terbakar atau menyebabkan alat pemutus terpasang?
Makanan sama ada terlampau masak atau kurang masak
• Adakah jangka masa memasak yang sesuai dilaraskan untuk jenis makanan itu?
• Adakah aras kuasa yang sesuai dipilih?
Percikan bunga api dan bunyi meletup-letup berlaku di dalam ketuhar (pengarkaan)
• Adakah anda menggunakan bekas yang mempunyai perapi logam?
• Adakah anda tertinggal garpu atau perkakas logam yang lain di dalam ketuhar?
• Adakah kerajang aluminium terlalu hampir dengan dinding bahagian dalam?
Ketuhar menyebabkan gangguan pada radio dan televisyen
• Sedikit gangguan mungkin berlaku pada televisyen atau radio apabila ketuhar sedang
beroperasi. Ini adalah perkara biasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, pasang ketuhar
jauh dari televisyen, radio dan aerial.
• Jika gangguan dikesan oleh mikropemproses ketuhar, paparan boleh ditetapkan semula.
Untuk menyelesaikan masalah ini, cabut palam kuasa dan pasang ia semula. Tetapkan
semula masa.
Jika garis panduan yang di atas tidak dapat menyelesaikan masalah anda, hubungi wakil
penjual tempatan anda atau perkhidmatan selepas jualan SAMSUNG.
GE83DT_XSP_DE68-03761F_MS.indd 10

MEMASAK/MEMANAS SEMULA

Prosedur berikut menerangkan cara memasak atau memanaskan semula
makanan.
SENTIASA periksa tetapan memasak anda sebelum meninggalkan ketuhar
tanpa dijaga.
Mula-mula, letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar. Kemudian,
tutup pintunya.
1. Tekan butang Power Level (Aras Kuasa).
Hasil :
Petunjuk 850 W (kuasa memasak
maksimum) dipaparkan:
Pilih aras kuasa yang sesuai dengan
menekan butang Power Level (Aras Kuasa) semula
sehingga watt berpadanan dipaparkan. Rujuk kepada
jadual aras kuasa.
2. Pilih masa memasak dengan menekan butang
10 min, 1 min dan 10 s.
3. Tekan butang Start (Mula).
Hasil :
Lampu ketuhar menyala dan pinggan
putar mula berputar.
1) Proses memasak bermula dan
apabila ia selesai ketuhar berbunyi bip empat kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan berbunyi bip 3 kali (sekali
setiap minit).
3) Masa semasa dipaparkan semula.
Jangan sekali-kali hidupkan ketuhar gelombang mikro semasa ia
kosong.
10
2011-08-23
12:23:23

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents