Langkah Keselamatan - Sharp FP-J80E Manual Book

Wireless lan
Hide thumbs Also See for FP-J80E:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

LANGKAH KESELAMATAN

AMARAN
Dalam kes operasi jauh dari luar, anda
mungkin tidak dapat memeriksa keadaan
semasa pembersih udara atau kawasan di
sekitarnya dan situasi tentang sesiapa yang
mungkin tinggal di kawasan itu, jadi pastikan
anda telah mengesahkan keselamatan dengan
secukupnya sebelum menggunakan pembersih
udara.
• Pastikan palam elektrik dimasukkan sepenuhnya
ke dalam soket kuasa, dan tiada habuk melekat
pada palam atau di dalam lubang soket. (Habuk
boleh menyebabkan haba, pembakaran,
kebakaran, dll., disebabkan lekapan yang lemah
atau kegagalan lekapan)
• Pastikan terlebih dahulu tiada kesan negatif
akan terjadi kepada persekitaran di dalam bilik
walaupun berlaku beberapa perubahan angin.
(contohnya.. sama ada terdapat sesuatu yang
mudah terbang ditiup angin) Hal ini kerana angin
boleh menyebabkan sesuatu benda terjatuh,
menyebabkan kebakaran, kecederaan serta
kerosakan harta benda di dalam rumah.
PERINGATAN PENGGUNAAN
• Persetujuan dengan "Terma Perkhidmatan"
diperlukan untuk menggunakan aplikasi ini.
• Aplikasi akan disemak secara berkala untuk apa-
apa naik taraf versi.
• Skrin dan ilustrasi dalam buku ini adalah
untuk penerangan sahaja, terdapat beberapa
perbezaan pada produk sebenar.
• Sekiranya sambungan tidak berapa baik,
kawalan menggunakan telefon pintar mungkin
tidak dapat dilakukan atau operasi mungkin tidak
dapat dilihat pada telefon pintar.
• Anda disarankan mengunci paparan telefon
pintar bagi mengelak operasi yang tidak betul
berlaku.
• Sungguhpun aplikasi adalah percuma, pelanggan
bertanggungjawab terhadap perbelanjaan
komunikasi untuk memuat turun aplikasi khusus
dan melaksanakan operasi menggunakan telefon
pintar atau tablet.
PERINGATAN UNTUK LAN
WAYARLES
Peringatan penggunaan tentang
gelombang elektrik
• Sekiranya digunakan di tempat-tempat berikut,
kelancaran operasinya tidak dapat dijamin:
Berhampiran peranti komunikasi wayarles
Bluetooth® menggunakan frekuensi yang
sama (2.4GHz) dengan produk ini atau peranti
wayarles kuasa rendah yang tertentu. Juga
di tempat yang mengandungi medan magnet
peranti seperti ketuhar gelombang mikro, atau
tempat berlakunya elektrik statik atau gangguan
radio. Tempat sebegini mempunyai gelombang
elektrik yang lemah dan boleh menyebabkan
aplikasi tidak tersedia buat sementara waktu.
• Sambungan dan prestasi wayarles tidak dapat
dijamin untuk semua penghala atau persekitaran
rumah. Gelombang elektrik mungkin tidak
dapat dicapai atau terputus sambungan di
tempat-tempat berikut: Di dalam bangunan
yang dibuat daripada konkrit, keluli atau logam
yang diperkukuh / berhampiran halangan /
berhampiran peranti komunikasi wayarles yang
menggunakan frekuensi yang sama.
• LAN wayarles produk ini adalah sepadan
dengan saluran 1 ~ 13. Ia tidak tersedia untuk
berkomunikasi dengan penghala yang disediakan
bagi saluran lain.
Peringatan untuk maklumat peribadi
(berkaitan dengan Keselamatan)
• Pintasan data ketika menggunakan peranti
LAN wayarles boleh berlaku selagi anda
menggunakan gelombang elektrik tanpa mengira
kod rahsia yang telah ditetapkan.
• LAN wayarles mempunyai kelebihan sambungan
LAN percuma di kawasan perkhidmatan
kerana komunikasi antara produk ini dan
penghala adalah melalui gelombang elektrik.
Pada bahagian lain, pintasan komunikasi atau
gangguan boleh berlaku kerana gelombang
elektrik menjangkaui pelbagai kawasan tertentu
melalui halangan (contohnya dinding).
• Jangan sambungkannya ke peranti atau
rangkaian tanpa membuat permohonan kepada
pihak berkuasa.
• Fungsi LAN wayarles produk ini hendaklah
diawalkan sekiranya berlaku pelupusan atau
penyerahan kepada orang ketiga.
• Fungsi LAN wayarles unit ini hendaklah
diawalkan sekiranya berlaku penyerahan kepada
orang ketiga untuk mengelakkan akses tidak sah
oleh pihak luar.
MS-1

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Fp-j80evFp-j80epFp-j80lFp-j80yFp-j80ta

Table of Contents