Arahan Keselamatan Penting - Canon imageCLASS LBP161dn Getting Started

Monochrome laser printer
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 30
Lampiran
Arahan Keselamatan
Penting
Manual ini menerangkan hanya amaran dan awas
untuk pemasangan dan bekalan kuasa. Pastikan
anda juga membaca "Arahan Keselamatan
Penting" yang diterangkan dalam Panduan
Pengguna.
AMARAN
Menunjukkan amaran mengenai operasi
yang boleh menyebabkan seseorang mati
atau tercedera jika tidak dilakukan dengan
betul. Untuk menggunakan mesin dengan
selamat, selalu berikan perhatian kepada
amaran ini.
AWAS
Menunjukkan awas mengenai operasi yang
boleh menyebabkan seseorang tercedera jika
tidak dilakukan dengan betul. Untuk
menggunakan mesin dengan selamat, selalu
berikan perhatian kepada awas ini.
PENTING
Menunjukkan keperluan dan sekatan operasi.
Pastikan anda membaca item-item ini
dengan teliti untuk mengendalikan mesin
dengan betul dan mengelakkan kerosakan
pada mesin atau harta.
Pemasangan
Untuk menggunakan mesin ini dengan selamat
dan selesa, baca langkah berjaga-jaga berikut
dengan teliti dan pasang mesin di lokasi yang
sesuai.
AMARAN
Jangan pasang di lokasi yang boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik
• Lokasi yang slot pengudaraan tersekat (terlalu
dekat dengan dinding, katil, sofa, permaidani
atau objek yang serupa)
• Lokasi yang lembap atau berhabuk
• Lokasi yang terdedah kepada cahaya matahari
terus atau di luar rumah
• Lokasi yang terdedah kepada suhu tinggi
• Lokasi yang terdedah kepada nyalaan terbuka
• Berhampiran dengan alkohol, pencair cat atau
bahan mudah terbakar lain
Amaran lain
• Jangan sambungkan kabel yang tidak
diluluskan kepada mesin ini. Berbuat demikian
boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan
elektrik.
• Jangan letakkan rantai dan objek logam lain
atau bekas yang diisi dengan cecair pada
mesin. Jika bahan asing bersentuhan dengan
bahagian elektrik di dalam mesin, ia boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
• Jika sebarang bahan asing jatuh ke dalam
mesin ini, cabut palam kuasa daripada saluran
keluar kuasa AU dan hubungi pengedar Canon
yang sah di tempat anda.
AWAS
Jangan pasang di lokasi berikut
Mesin mungkin terlepas atau jatuh,
menyebabkan kecederaan.
• Lokasi yang tidak stabil
Ms
• Lokasi yang terdedah kepada gegaran
64
Awas lain
• Apabila membawa mesin ini, ikut arahan
dalam manual ini. Jika dibawa dengan tidak
betul, ia mungkin jatuh dan menyebabkan
kecederaan.
• Apabila memasang mesin ini, berhati-hati
supaya tangan anda tidak terperangkap di
antara mesin dengan lantai atau dinding.
Berbuat demikian boleh menyebabkan
kecederaan.
Elakkan lokasi kurang pengudaraan
Mesin ini menjanakan sedikit ozon dan
pemancaran lain semasa penggunaan biasa.
Pemancaran ini tidak memudaratkan kesihatan.
Walau bagaimanapun, ia mungkin ketara semasa
penggunaan lanjutan atau jalanan pengeluaran
yang lama di dalam bilik yang kurang
pengudaraan. Untuk mengekalkan persekitaran
kerja yang selesa, disyorkan supaya bilik mesin
beroperasi mempunyai pengudaraan yang
sewajarnya. Selain itu, elakkan lokasi yang akan
membuatkan orang terdedah kepada
pemancaran daripada mesin.
Bekalan Kuasa
AMARAN
• Gunakan hanya bekalan kuasa yang
memenuhi keperluan voltan yang ditentukan.
Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
• Jangan gunakan kord kuasa selain daripada
yang disediakan kerana ini boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
• Kord kuasa yang disediakan adalah bertujuan
untuk digunakan dengan mesin ini. Jangan
sambungkan kord kuasa kepada peranti lain.
• Jangan ubah suai, tarik, bengkokkan secara
paksa atau lakukan apa-apa perbuatan lain
yang boleh merosakkan kord kuasa. Jangan
letakkan objek berat di atas kord kuasa.
Merosakkan kord kuasa boleh menyebabkan
kebakaran atau kejutan elektrik.
• Jangan pasang atau cabut palam kuasa
dengan tangan yang basah kerana ini boleh
menyebabkan kejutan elektrik.
• Jangan gunakan kord pemanjangan atau jalur
kuasa berbilang palam dengan mesin. Berbuat
demikian boleh menyebabkan kebakaran atau
kejutan elektrik.
• Jangan balut kord kuasa atau
menyimpulkannya kerana ini boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
• Masukkan palam kuasa sepenuhnya ke dalam
saluran keluar kuasa AU. Kegagalan berbuat
demikian boleh menyebabkan kebakaran atau
kejutan elektrik.
• Keluarkan palam kuasa sepenuhnya daripada
saluran keluar kuasa AU semasa ribut petir.
Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik atau
kerosakan pada mesin.
• Pastikan bahawa bekalan kuasa untuk mesin
adalah selamat dan mempunyai voltan yang
tetap.
• Simpan kord kuasa jauh daripada punca haba;
kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan salutan kord kuasa lebur dan
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Elakkan keadaan berikut:
Jika tegasan berlebihan dikenakan pada bahagian
sambungan kord kuasa, ia boleh merosakkan
kord kuasa atau wayar di dalam mesin boleh
tercabut. Ini boleh menyebabkan kebakaran.
• Menyambungkan dan mencabut kord kuasa
dengan kerap.
• Tersandung pada kord kuasa.
• Kord kuasa bengkok berhampiran dengan
bahagian sambungan dan tegasan berterusan
dikenakan pada saluran keluar kuasa atau
bahagian sambungan.
• Mengenakan daya berlebihan pada palam
kuasa.
AWAS
Pasang mesin ini berhampiran dengan saluran
keluar kuasa dan biarkan ruang yang mencukupi
di sekitar palam kuasa supaya dapat dicabut
dengan mudah dalam keadaan kecemasan.
Pengendalian
AWAS
Keselamatan Laser
Produk ini disahkan sebagai produk laser Kelas 1
dalam IEC60825-1:2014 dan EN60825-1:2014.
CLASS 1 LASER PRODUCT
LASER KLASSE 1
APPAREIL À LASER DE CLASSE 1
APPARECCHIO LASER DI CLASSE 1
PRODUCTO LÁSER DE CLASE 1
APARELHO A LASER DE CLASSE 1
LUOKAN 1 LASER-TUOTE
LASERPRODUKT KLASS 1
Pancaran laser boleh memudaratkan tubuh
manusia. Memandangkan sinaran yang
dipancarkan di dalam produk terbatas
sepenuhnya di dalam perumahan pelindung dan
penutup luar, pancaran laser tidak dapat terlepas
daripada mesin semasa mana-mana fasa operasi
pengguna. Baca catatan dan arahan berikut
untuk keselamatan.
• Jangan sekali-kali buka penutup selain
daripada yang diarahkan dalam manual untuk
mesin ini.
• Jika pancaran laser terlepas dan terkena mata
anda, pendedahan boleh merosakkan mata
anda.
• Penggunaan kawalan, pelarasan atau
pelaksanaan prosedur selain daripada yang
ditentukan dalam manual ini boleh
menyebabkan pendedahan kepada sinaran
berbahaya.
Label Keselamatan Laser

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Imageclass lbp162dw

Table of Contents