Download Print this page

Arahan Keselamatan Penting - Canon ImageCLASS LBP720 Series Important Safety Instructions Manual

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Arahan Keselamatan Penting

Bab ini memberikan arahan keselamatan penting untuk
En
mencegah kecederaan kepada pengguna mesin ini dan orang
lain, serta kerosakan harta benda. Baca bab ini sebelum
menggunakan mesin dan ikut arahan untuk memastikan anda
menggunakan mesin dengan betul. Halaman manual dalam
Ko
talian Canon (https://oip.manual.canon/) juga memberikan
maklumat tentang mesin ini. Baca maklumat ini juga untuk
memastikan penggunaan yang betul.
Jangan melakukan apa-apa operasi yang tidak
diterangkan dalam manual ini. Canon tidak akan
Th
bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang
berlaku akibat daripada operasi yang tidak diterangkan
dalam manual ini, penggunaan yang tidak betul, atau
pembaikan atau perubahan yang tidak dilakukan oleh
Canon atau pihak ketiga yang disahkan oleh Canon.
Vi
AMARAN
Menandakan amaran berkaitan operasi yang
mungkin membawa maut atau kecederaan
Ms
peribadi serius jika tidak dilaksanakan dengan
betul. Bagi memastikan anda menggunakan
mesin dengan selamat, sentiasa patuhi
amaran-amaran ini.
AWAS
Menandakan peringatan untuk mencegah risiko
kecederaan peribadi atau kerosakan harta
benda selain daripada kerosakan produk kerana
penggunaan mesin yang tidak betul. Bagi
memastikan anda menggunakan mesin dengan
selamat, sentiasa patuhi peringatan-peringatan
ini.
PENTING
Menandakan syarat dan pengehadan operasi
penting yang perlu sentiasa dipatuhi ketika
menggunakan mesin ini. Sentiasa patuhi
item-item penting ini untuk mengelakkan
kepincangan tugas, kerosakan atau kerosakan
harta benda kerana operasi mesin yang tidak
betul.
Simbol-simbol Berkaitan Keselamatan
Simbol-simbol berikut digunakan pada produk ini:
Suis kuasa (Hidup)
Suis kuasa (Mati)
Suis kuasa (Siap sedia)
Suis butang tekan (Hidup
Terminal pembumian pelindung
Amaran kejutan elektrik: Voltan berbahaya di
dalam. Jangan alihkan penutup.
Amaran suhu tinggi. Jangan sentuh.
Peralatan Kelas II
Mengandungi bahagian bergerak. Jauhkan
tangan dan bahagian badan yang lain dari
bahagian bergerak.
Amaran kejutan elektrik: Cabut semua palam
kuasa dari alur keluar kuasa.
Tepi tajam. Jauhkan tangan dan bahagian
badan yang lain daripada tepi tajam.
NOTA
Sesetengah model mungkin menggunakan simbol lain
yang tidak disenaraikan di sini.
Pemasangan
Untuk memastikan anda menggunakan mesin ini
dengan selamat baca peringatan berikut dengan teliti
sebelum memasang mesin di lokasi yang sesuai.
AMARAN
Jangan pasangkan di lokasi yang disenaraikan di
bawah
Melakukan sedemikian mungkin menyebabkan
kebakaran atau kejutan elektrik.
• Lokasi yang berisiko menghalang slot pengudaraan
(terlalu dekat dengan dinding atau langsir atau di
atas material seperti karpet berpail tebal)
• Lokasi yang lembap atau berhabuk
• Berhampiran dengan peralatan yang memanaskan
atau api terbuka
• Berhampiran dengan alkohol, pencair cat atau bahan
mudah terbakar lain
Jangan gunakan LAN wayarles berdekatan dengan
peralatan perubatan (hanya bagi produk dengan
fungsi LAN wayarles)
Gelombang radio boleh mengganggu peralatan
perubatan dan menyebabkan kepincangan tugas yang
boleh mengakibatkan kemalangan.
AWAS
Jangan pasangkan di lokasi yang disenaraikan di
bawah
Melakukan sedemikian boleh mengakibatkan kerosakan
atau memberi kesan buruk kepada manusia atau
peralatan yang lain.
• Di luar bangunan atau di lokasi yang terdedah
kepada cahaya matahari langsung
• Lokasi yang terdedah kepada suhu dan kelembapan
yang melampau, sama ada rendah atau tinggi
• Lokasi yang terdedah kepada perubahan suhu atau
kelembapan yang mengejut
• Lokasi yang berhampiran dengan peralatan yang
menghasilkan gelombang magnet atau
elektromagnet
• Berhampiran dengan peranti elektronik atau
peralatan jitu, seperti TV, radio dan komputer
/Mati
)
• Makmal atau lokasi lain yang berlakunya tindak balas
kimia
• Lokasi yang banyak terdedah kepada semburan
aerosol, ammonia atau gas mengakis yang lain
• Lokasi yang terdedah kepada ketidakstabilan atau
getaran
• Lokasi yang boleh meleding akibat berat mesin atau
yang boleh menyebabkan mesin tenggelam
(permaidani, tilam rotan, katil, dll.)
• Lokasi di mana udara yang disalirkan daripada mesin
memberi kesan langsung kepada manusia
Gunakan kaedah yang betul ketika menggerakkan
mesin ini
Menggunakan kaedah yang tidak betul untuk
menggerakkan mesin ini boleh mengakibatkan
kecederaan.
Berikan pengudaraan yang memadai ketika
penggunaan
Mesin ini menjana sejumlah kecil ozon dan pengeluaran
lain ketika penggunaan biasa. Jumlah ini terlalu kecil
untuk memudaratkan manusia. Namun, bilik yang
mempunyai pengudaraan yang kurang baik hendaklah
diudarakan dengan memadai ketika penggunaan yang
berlanjutan atau perjalanan cetakan yang lama.
Apabila menggunakan LAN wayarles (hanya untuk
produk dengan fungsi LAN wayarles)
Bekalan Kuasa
Menggunakan palam kuasa dan wayar dengan betul
Penggunaan yang tidak betul mungkin menyebabkan
kebakaran atau kejutan elektrik.
14
• Angkat mesin ini dengan betul mengikut arahan
dalam manual.
• Posisikan mesin ini dengan perlahan-lahan dan
berhati-hati untuk mengelakkan tangan anda
terperangkap di antara mesin dan lantai atau
dinding.
PENTING
• Pasang mesin pada jarak kurang dari 50 meter dari
penghala LAN wayarles.
• Seboleh yang mungkin, pasangkan di lokasi di mana
komunikasi tidak dihadang oleh objek yang
menghalang. Isyarat mungkin melemah apabila
menembusi dinding atau lantai.
• Pasangkan mesin sejauh yang mungkin dari telefon
digital tanpa wayar, ketuhar gelombang mikro atau
peralatan lain yang mengeluarkan gelombang radio.
AMARAN
• Pastikan bahawa bekalan kuasa untuk mesin selamat
dan mempunyai voltan yang stabil.
• Gunakan hanya bekalan kuasa yang memenuhi
syarat voltan yang dinyatakan.
• Sambungkan mesin kepada alur keluar kuasa yang
dibumikan dengan selamat menggunakan wayar
kuasa yang dibekalkan.
• Jangan gunakan wayar kuasa selain daripada wayar
yang dibekalkan.
• Wayar kuasa yang dibekalkan hendaklah digunakan
hanya dengan mesin ini.
• Jika anda memasang mesin ini ke dalam alur keluar
kuasa dengan berbilang soket, jangan gunakan soket
yang tertinggal untuk menyambungkan peranti lain.
• Jangan gunakan wayar pemanjangan.
• Letakkan wayar kuasa dengan mengelak sebarang
risiko tersadung di atas wayar.
• Jangan ubah, tarik, membengkokkan dengan
keterlaluan atau merosakkan wayar kuasa dengan
apa-apa cara yang lain.

Advertisement

loading