Arahan Keselamatan - Electrolux EDH3497RDW User Manual

Hide thumbs Also See for EDH3497RDW:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

1.

ARAHAN KESELAMATAN

Sebelum pemasangan dan penggunaan perka‐
kas, baca arahan yang diberikan dengan teliti.
Pengilang tidak bertanggungjawab sekiranya pe‐
masangan dan penggunaan yang salah menye‐
babkan kecederaan dan kerosakan. Sentiasa
simpan arahan dengan perkakas untuk rujukan
pada masa hadapan.
1.1 Keselamatan kanak-kanak dan
individu yang mudah terdedah
kepada bahaya
AMARAN
Risiko lemas, cedera atau kecacatan
kekal.
• Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-ka‐
nak yang berumur daripada 8 tahun dan ke
atas yang kurang upaya fizikal, keupayaan
deria atau mental, atau kurang pengalaman
dan pengetahuan, melainkan mereka diberi
penyeliaan atau arahan mengenai pengguna‐
an perkakas ini oleh orang yang bertanggung‐
jawab ke atas keselamatan mereka.
• Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan
perkakas.
• Jauhkan semua pembungkusan dari kanak-
kanak.
• Jauhkan semua detergen daripada kanak-ka‐
nak.
• Jauhkan kanak-kanak dan haiwan peliharaan
dari pintu perkakas apabila ia dibuka.
• Pembersihan dan penyelenggaraan oleh
pengguna tidak sepatutnya dilakukan oleh ka‐
nak-kanak tanpa penyeliaan.
1.2 Pemasangan
• Keluarkan semua pembungkusan.
• Jangan pasang atau gunakan perkakas yang
rosak.
• Patuhi arahan pemasangan yang diberikan
dengan perkakas.
• Pastikan bahawa lantai di tempat anda mema‐
sang perkakas adalah rata, stabil, tahan pa‐
nas dan bersih.
• Jangan pasang atau gunakan perkakas apabi‐
la suhu adalah kurang daripada 5°C atau lebih
tinggi daripada 35°C.
• Jangan pasang perkakas di belakang pintu
yang boleh dikunci, pintu gelangsar atau pintu
dengan engsel pada sisi bertentangan, di tem‐
pat pintu perkakas tidak boleh dibuka sepe‐
nuhnya.
• Sentiasa berhati-hati apabila anda mengalih‐
kan perkakas kerana ia berat. Sentiasa pakai
sarung tangan keselamatan.
• Sentiasa alihkan perkakas secara menegak.
• Permukaan belakang perkakas perlu disan‐
darkan pada dinding.
• Pastikan bahawa terdapat peredaran udara di
antara perkakas dan lantai.
• Pastikan karpet tidak menghalang bukaan pe‐
ngudaraan di dalam tapak perkakas (jika ber‐
kenaan).
• Udara ekzos tidak boleh dilepaskan ke dalam
cerobong yang digunakan untuk menyahuda‐
ra wasap daripada gas pembakaran perkakas
atau bahan api lain.
• Jika mesin pengering diletakkan di atas mesin
basuh, gunakan kit susunan. Kit susunan, ter‐
sedia daripada vendor anda yang dibenarkan,
hanya boleh digunakan dengan perkakas
yang dinyatakan dalam arahan, yang diberi‐
kan dengan aksesori. Bacanya dengan teliti
sebelum pemasangan (Rujuk kepada risalah
Pemasangan).
• Pastikan anda mempunyai pengudaraan yang
baik dalam bilik pemasangan untuk mengelak‐
kan aliran gas masuk semula ke dalam bilik
daripada perkakas yang boleh membakar ba‐
han api lain, termasuk api yang terdedah.
• Perkakas boleh dipasang sebagai dirian sen‐
diri atau di bawah kaunter dapur dengan
ruang yang betul (Rujuk kepada risalah Pe‐
masangan).
• Apabila perkakas diletakkan pada kedudukan
kekalnya, periksa sekiranya ia benar-benar
mendatar dengan bantuan timbang airt. Jika
tidak, laraskan kakinya sehingga ia benar-be‐
nar datar.
Sambungan elektrik
AMARAN
Risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
• Perkasakan perlu dibumikan.
• Pastikan bahawa maklumat elektrik pada plat
kadaran sesuai dengan bekalan kuasa. Jika ti‐
dak, hubungi juruelektrik.
• Sentiasa gunakan soket kalis kejut yang dipa‐
sang dengan betul.
33

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents