Membersihkan Ketuhar Gelombang Mikro Anda; Menyimpan Dan Membaiki Ketuhar Gelombang Mikro Anda - Samsung GE83dT Owner's Instructions & Cooking Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

MEMBERSIHKAN KETUHAR GELOMBANG MIKRO ANDA

Bahagian-bahagian ketuhar gelombang mikro anda yang berikut harus dibersihkan
secara tetap untuk mencegah minyak dan remah-remah makanan daripada terkumpul:
• Permukaan dalam dan luar
• Pintu dan kedap pintu
• Pinggan putar dan Gelang roda
SENTIASA pastikan bahawa kedap pintu bersih dan pintu tertutup dengan betul.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih boleh mengakibatkan
kerosakan pada permukaannya yang boleh merosakkan peralatan ini dan mungkin
mengakibatkan situasi yang berbahaya.
1. Bersihkan permukaan luar dengan kain lembut dan air suam yang bersabun. Bilas
dan keringkan.
2. Bersihkan sebarang percikan atau kotoran pada permukaan dalam atau pada gelang
roda dengan kain bersabun. Bilas dan keringkan.
3. Untuk melonggarkan remah-remah makanan yang telah keras dan menghilangkan
bau, letakkan secawan jus lemon yang dicampurkan dengan air di atas pinggan
putar dan panaskan selama sepuluh minit pada kuasa maksimum.
4. Basuh pinggan yang selamat digunakan di dalam mesin basuh pinggan mangkuk
apabila perlu.
JANGAN tumpahkan air ke dalam lubang pengalihudaraan. JANGAN SEKALI-
KALI menggunakan sebarang produk yang melelaskan atau pelarut kimia.
Berhati-hati terutamanya apabila membersihkan kedap pintu bagi memastikan tiada
serpihan yang:
• Terkumpul
• Mencegah pintu daripada tertutup dengan betul.
Bersihkan rongga ketuhar gelombang mikro sebaik sahaja selepas setiap kali
digunakan dengan larutan bahan cuci yang tidak begitu kuat, tetapi biarkan ketuhar
gelombang mikro sejuk dahulu sebelum membersihkannya untuk mengelakkan
kecederaan.
Apabila membersihkan bahagian atas di dalam rongga, lebih
mudah jika pemanas ditolak sebanyak 45 ° ke bawah dan
bersihkannya.
GE83DT_XSP_DE68-03761F_MS.indd 29
MENYIMPAN DAN MEMBAIKI KETUHAR GELOMBANG
MIKRO ANDA
Beberapa langkah berjaga-jaga yang mudah harus diambil apabila
menyimpan atau membaiki ketuhar gelombang mikro anda.
Ketuhar tidak boleh digunakan jika pintu atau kedap pintunya rosak:
• Engsel pecah
• Kedap semakin merosot prestasinya
• Bingkai ketuhar herot atau bengkok
Hanya juruteknik servis gelombang mikro yang berkelayakan sahaja yang
boleh melakukan pembaikan.
JANGAN SEKALI-KALI menanggalkan bingkai luar dari ketuhar. Jika
ketuhar rosak dan perlu dibaiki atau anda berasa ragu-ragu tentang
keadaannya:
• Cabut palamnya dari soket dinding
• Hubungi pusat perkhidmatan selepas jualan yang terdekat
Jika anda ingin menyimpan ketuhar anda buat sementara waktu,
pilihlah tempat yang kering dan tidak berhabuk.
Sebabnya : Habuk dan keadaan yang lembap boleh merosakkan
bahagian-bahagian yang berfungsi di dalam ketuhar.
Ketuhar gelombang mikro ini bukan untuk kegunaan komersil.
29
2011-08-23
12:23:27

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents