Ketuhar Gelombang Mikro Anda - Samsung CE103V Owner's Instructions & Cooking Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

LANGKAH BERJAGA-JAGA BAGI MENGELAKKAN PENDEDAHAN
KEPADA TENAGA GELOMBANG MIKRO YANG BERLEBIHAN
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh
mengakibatkan pendedahan kepada tenaga gelombang mikro yang
memudaratkan.
(a) Dalam apa keadaan sekalipun, jangan sekali-kali cuba mengendalikan
ketuhar dengan pintunya terbuka atau mengusik saling kunci
keselamatan (selak pintu) atau memasukkan sesuatu benda ke dalam
lubang saling kunci keselamatan.
(b) Jangan letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka
depan atau membiarkan sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul
pada permukaan kedap. Pastikan pintu dan permukaan kedap pintu
sentiasa bersih dengan mengelapnya selepas digunakan mula-mula
dengan kain lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut.
(c) Jangan kendalikan ketuhar jika ia rosak sehingga ia telah dibaiki oleh
juruteknik servis gelombang mikro yang berkelayakan yang dilatih oleh
pembuat. Adalah penting sekali pintu ketuhar ditutup dengan betul dan
tiada kerosakan pada:
(1) Pintu (bengkok)
(2) Engsel pintu (rosak atau longgar)
(3) kedap pintu dan permukaan kedap
(d) Ketuhar tidak harus dilaras atau dibaiki oleh sesiapa pun kecuali
juruteknik servis gelombang mikro yang berkelayakan dan dilatih oleh
pembuat.
Produk ini ialah peralatan ISM Kelas B Kumpulan 2. Definisi kumpulan
2 yang mengandungi semua peralatan ISM di mana tenaga frekuensi
radio dijana dengan sengaja dan/atau digunakan dalam bentuk sinaran
elektromagnet bagi rawatan bahan, dan peralatan EDM dan kimpalan
arka. Peralatan Kelas B ialah peralatan yang sesuai untuk digunakan dalam
perusahaan-perusahaan domestik dan dalam perusahaan-perusahaan
yang bersambung terus pada rangkaian bekalan kuasa voltan rendah yang
membekalkan bangunan-bangunan yang digunakan untuk tujuan-tujuan
domestik.
CE103V_XSM-03714M-01_MA.indd 12

kEtuHAR GEloMBANG MIkRo ANdA

Letakkan ketuhar di atas permukaan rata 85 cm dari lantai. Permukaan
harus kukuh untuk menampung berat ketuhar.
1. Apabila anda memasang ketuhar anda, pastikan
terdapat pengalihan udara yang mencukupi untuk
ketuhar anda dengan meninggalkan ruang sekurang-
kurangnya 10 cm (4 inci) ruang di belakang, di tepi
ketuhar dan 20 cm (8 inci) di atas.
2. Keluarkan semua bahan pembungkusan di dalam
ketuhar.
Pasangkan gelang pemutar dan meja putar.
Periksa sama ada meja putar berputar dengan
bebas.
3. Ketuhar gelombang mikro ini harus diletakkan di tempat yang sesuai
supaya palamnya mudah dicapai.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti digantikan dengan kord khusus atau
sambungan yang tersedia dari pengeluar atau ejen perkhidmatan.
Untuk keselamatan peribadi anda, pasangkan kabel ke dalam 3-pin,
240 Volt, 50 Hz, AC soket bumi. Jika kabel kuasa alat ini rosak, ia mesti
digantikan dengan kabel khas.
Jangan pasang ketuhar gelombang mikro dalam persekitaran yang
panas atau lembap seperti di sebelah ketuhar tradisional atau penyinar.
Spesifikasi bekalan kuasa bagi ketuhar mestilah dipatuhi dan sebarang
kabel sambungan yang digunakan mestilah daripada piawai yang
sama dengan kabel kuasa yang dibekalkan dengan ketuhar. Lap
bahagian dalam dan kedap pintu dengan kain yang lembap sebelum
menggunakan ketuhar gelombang mikro anda buat pertama kali.
12
20 cm
10 cm di
di atas
belakang
85 cm
10 cm di
dari lantai
tepi
09/02/2011 18:42:05

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents