Membersihkan Ketuhar Gelombang Mikro Anda - Samsung M1610N Owner's Instructions Manual

Hide thumbs Also See for M1610N:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Panduan Memasak (samb.)
PETUA ISTIMEWA
MENCAIRKAN MENTEGA
Masukkan 50g mentega ke dalam bekas kaca yang dalam. Tutup dengan tudung
plastik.
Panaskan selama 40-50 saat menggunakan 600W sehingga mentega itu cair.
MENCAIRKAN COKLAT
Masukkan 100g coklat ke dalam bekas kaca kecil yang dalam.
Panaskan selama 3-5 minit menggunakan 450W sehingga coklat itu cair.
Kacau sekali atau dua kali semasa mencairkannya. Gunakan sarung tangan
ketuhar semasa mengeluarkannya dari ketuhar.
MENCAIRKAN MADU YANG TERHABLUR
Masukkan 20g madu yang terhablur ke dalam bekas kaca kecil yang dalam.
Panaskan selama 20-30 saat menggunakan 300W sehingga madu itu cair.
MENCAIRKAN GELATIN
Masukkan kepingan gelatin yang kering (10g) ke dalam air sejuk selama 5 minit.
Masukkan gelatin yang telah dituskan ke dalam mangkuk kaca Pyrex yang kecil.
Panaskan selama 1 minit menggunakan 300W.
Kacau selepas mencairkannya.
MEMASAK SADUR (GLAZE)/AISING (UNTUK KEK DAN GATEAUX)
Campurkan sadur (glaze) segera (anggaran 14g) dengan 40g gula dan 250 ml air
sejuk.
Masak tanpa ditutup di dalam mangkuk kaca Pyrex selama 5 hingga 6 minit
menggunakan 600W sehingga sadur/aising itu menjadi jernih. Kacau dua kali
semasa memasaknya.
Sajikan segera setelah memasak.
MEMASAK JEM
Masukkan 600g buah-buahan (contohnya, beri campur) ke dalam mangkuk kaca
Pyrex berpenutup yang sesuai saiznya. Masukkan 300g sugar dan kacau sebati.
Masuk dengan ditutup selama 12-14 minit menggunakan 600W.
Kacau beberapa kali semasa memasakNYA. Tuangkan terus ke dalam botol
kaca jem yang kecil yang mempunyai tudung putar. Biarkan di atas tudung
selama 5 minit.
MEMASAK PUDING
Campurkan serbuk puding dengan gula dan susu (500ml) dengan mengikuti cara
penyediaan yang disyorkan oleh pengilang dan kacau hingga sebati. Gunakan
mangkuk kaca Pyrex berpenutup yang sesuai saiznya. Masak dengan ditutup
selama 7 hingga 8 minit menggunakan 600W.
Kacau beberapa kali semasa memasaknya.
MEMERANGKAN HIRISAN BADAM
Ratakan 30g hirisan badam di atas pinggan seramik bersaiz sederhana. Kacau
beberapa kali semasa memerangkannya selama 3½ hingga 4½ minit
menggunakan 600W. Biarkannya selama 2-3 minit di dalam ketuhar. Gunakan
sarung tangan semasa mengeluarkannya dari ketuhar.

Membersihkan Ketuhar Gelombang Mikro Anda

Bahagian-bahagian ketuhar gelombang mikro anda yang berikut
harus dibersihkan dengan kerap untuk mengelakkan minyak dan
serpihan makanan daripada terkumpul:
Permukaan dalam dan luar
Pintu dan kedap pintu
Pinggan putar dan gelang pengguling
SENTIASALAH memastikan kedap pintu bersih dan pintu tertutup
dengan betul.
1. Bersihkan permukaan luar dengan kain lembut serta air suam yang bersabun.
Bilas dan keringkan.
2. Bersihkan sebarang percikan atau kotoran pada permukaan dalam atau pada
gelang pengguling dengan kain bersabun. Bilas dan keringkan.
3. Untuk melonggarkan serpihan makanan yang sudah keras dan
menghilangkan bau, letakkan secawan air bercampur jus lemon/limau di atas
pinggan putar dan panaskannya selama sepuluh minit pada kuasa
maksimum.
4. Basuh pinggan yang selamat digunakan dalam mesin basuh pinggan
mangkuk apabila perlu.
JANGAN tumpahkan air ke dalam lubang-lubang udara. JANGAN
SEKALI-KALI menggunakan sebarang produk atau pelarut kimia
yang melelaskan. Berhati-hati apabila membersihkan kedap pintu
untuk memastikan tiada serpihan makanan yang:
Terkumpul
Menghalang pintu daripada tertutup dengan betul
19
MA

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

M1630n

Table of Contents