Membersihkan Ketuhar Gelombang Mikro Anda - Samsung CE2933N Panduan Pemilik

Ketuhar gelombang mikro
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Panduan Memasak (sambungan)
PETUA ISTIMEWA
MENCAIRKAN MENTEGA
Masukkan 50g mentega ke dalam bekas kaca yang dalam. Tutup dengan tudung
plastik. Panaskan selama 30-40 saat menggunakan 900W sehingga mentega itu
cair.
MENCAIRKAN COKLAT
Masukkan 100g coklat ke dalam bekas kaca kecil yang dalam.
Panaskan selama 3-5 minit menggunakan 450W sehingga coklat itu cair.
Kacau sekali atau dua kali semasa mencairkannya. Gunakan sarung tangan
ketuhar semasa mengeluarkannya dari ketuhar.
MENCAIRKAN MADU YANG TERHABLUR
Masukkan 20g madu yang terhablur ke dalam bekas kaca kecil yang dalam.
Panaskan selama 20-30 saat menggunakan 300W sehingga madu itu cair.
MENCAIRKAN GELATIN
Masukkan kepingan gelatin yang kering (10g) ke dalam air sejuk selama 5 minit.
Masukkan gelatin yang telah dituskan ke dalam mangkuk kaca Pyrex yang kecil.
Panaskan selama 1 minit menggunakan 300W. Kacau selepas mencairkannya.
MEMASAK SADUR (GLAZE)/AISING (UNTUK KEK DAN GATEAUX)
Campurkan sadur (glaze) segera (anggaran 14g) dengan 40g gula dan 250 ml air
sejuk. Masak tanpa ditutup di dalam mangkuk kaca Pyrex selama 3½ hingga 4½
minit menggunakan 900W sehingga sadur/aising itu menjadi jernih. Kacau dua
kali semasa memasaknya.
MEMASAK JEM
Masukkan 600g buah-buahan (contohnya, beri campur) ke dalam mangkuk kaca
Pyrex berpenutup yang sesuai saiznya. Masukkan 300g sugar dan kacau sebati.
Masuk dengan ditutup selama 10-12 minit menggunakan 900W. Kacau beberapa
kali semasa memasakNYA. Tuangkan terus ke dalam botol kaca jem yang kecil
yang mempunyai tudung putar. Biarkan di atas tudung selama 5 minit.
MEMASAK PUDING
Campurkan serbuk puding dengan gula dan susu (500ml) dengan mengikuti cara
penyediaan yang disyorkan oleh pengilang dan kacau hingga sebati. Gunakan
mangkuk kaca Pyrex berpenutup yang sesuai saiznya. Masak dengan ditutup
selama 6½ hingga 7½ minit menggunakan 900W. Kacau beberapa kali semasa
memasaknya.
MEMERANGKAN HIRISAN BADAM
Ratakan 30g hirisan badam di atas pinggan seramik bersaiz sederhana. Kacau
beberapa kali semasa memerangkannya selama 3½ hingga 4½ minit
menggunakan 600W. Biarkannya selama 2-3 minit di dalam ketuhar. Gunakan
sarung tangan semasa mengeluarkannya dari ketuhar.

Membersihkan Ketuhar Gelombang Mikro Anda

Bahagian-bahagian ketuhar gelombang mikro anda yang berikut harus
dibersihkan dengan kerap untuk mengelakkan minyak dan serpihan
makanan daripada terkumpul:
Permukaan dalam dan luar
Pintu dan kedap pintu
Pinggan putar dan gelang pengguling
SENTIASALAH memastikan kedap pintu bersih dan pintu tertutup
dengan betul.
1. Bersihkan permukaan luar dengan kain lembut serta air suam yang bersabun.
Bilas dan keringkan.
2. Bersihkan sebarang percikan atau kotoran pada permukaan dalam atau pada
gelang pengguling dengan kain bersabun. Bilas dan keringkan.
3. Untuk melonggarkan serpihan makanan yang sudah keras dan
menghilangkan bau, letakkan secawan air bercampur jus lemon/limau di atas
pinggan putar dan panaskannya selama sepuluh minit pada kuasa
maksimum.
4. Basuh pinggan yang selamat digunakan dalam mesin basuh pinggan
mangkuk apabila perlu.
JANGAN
tumpahkan air ke dalam lubang-lubang udara. JANGAN
menggunakan sebarang produk atau pelarut kimia
SEKALI-KALI
yang melelaskan. Berhati-hati apabila membersihkan kedap pintu
untuk memastikan tiada serpihan makanan yang:
Terkumpul
Menghalang pintu daripada tertutup dengan betul
Bersihkan rongga ketuhar gelombang mikro setiap kali selepas
menggunakannya dengan larutan pencuci yang lembut, tetapi
biarkan ketuhar gelombang mikro sejuk dahulu sebelum
membersihkannya untuk mengelakkan kecederaan.
Apabila membersihkan bahagian atas di dalam rongga, lebih
memudahkan sekiranya anda menarik pemanas ke bawah
sebanyak 45° dan membersihkannya.
29
MA

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents