Jaminan Ikea - IKEA TILLREDA 604.935.13 Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

BAHASA MALAYSIA

Jaminan IKEA

Berapa lamakah jaminan IKEA sah?
Jaminan ini sah selama dua (2) tahun dari
tarikh asal pembelian perkakas anda di IKEA.
Resit jualan yang asal diperlukan sebagai bukti
pembelian. Sekiranya kerja servis dilakukan di
bawah jaminan, ini tidak akan memanjangkan
tempoh jaminan untuk perkakas.
Siapakah yang akan menjalankan servis?
Hubungi kedai IKEA yang terdekat.
Apakah yang dirangkumi oleh jaminan ini?
Jaminan ini merangkumi kerosakan alat,
yang disebabkan oleh pembinaan yang
tidak betul atau kerosakan bahan dari tarikh
pembelian daripada IKEA. Jaminan ini hanya
untuk kegunaan rumah sahaja. Pengecualian
dinyatakan di bawah tajuk "Apakah yang tidak
dirangkumi oleh jaminan ini?" Dalam tempoh
jaminan, kos membaiki kerosakan, contohnya
pembaikan, alat ganti, buruh dan perjalanan
akan ditanggung, dengan syarat alat ini boleh
dibaiki tanpa perbelanjaan khas. Bahagian yang
diganti akan menjadi hak milik IKEA.
Apakah yang akan IKEA lakukan untuk
membetulkan masalah?
IKEA akan memeriksa produk dan menentukan
menurut budi bicaranya semata-mata,
sekiranya ia dirangkumi oleh jaminan ini. Jika ia
dianggap terangkum, menurut budi bicaranya
semata-mata, IKEA akan membaiki produk yang
rosak atau menggantikannya dengan produk
yang sama atau setara.
Apakah yang tidak dirangkumi oleh jaminan
ini?
• Haus dan lusuh yang biasa.
• Kerosakan yang disengajakan atau cuai,
kerosakan disebabkan oleh kegagalan
mematuhi arahan pengendalian,
pemasangan yang tidak betul atau
menyambung ke voltan yang salah,
kerosakan disebabkan oleh tindak balas
bahan kimia atau elektrokimia, karat, kakisan
atau kerosakan air termasuk tetapi tidak
terhad kepada kerosakan yang disebabkan
oleh terlebih batu kapur dalam bekalan
air, kerosakan yang disebabkan oleh
ketidaknormalan keadaan persekitaran.
• Bahagian guna habis termasuk bateri dan
lampu.
• Bahagian tidak berfungsi dan hiasan
yang tidak menjejaskan penggunaan alat
yang biasa, termasuk apa-apa calar dan
kemungkinan perubahan warna.
• Kerosakan yang tidak disengajakan yang
disebabkan oleh objek atau bahan asing,
serta membersih dan membuang halangan
penapis, sistem saliran atau laci sabun.
• Kerosakan pada bahagian berikut: kaca
seramik, aksesori, pinggan mangkuk dan
bakul kutleri, paip suapan dan saliran,
pengedap, lampu dan penutup lampu,
skrin, tombol, kelongsong dan bahagian
kelongsong. Melainkan kerosakan
sedemikian boleh dibuktikan disebabkan oleh
kesilapan pengeluaran.
• Pembaikan tidak dilakukan oleh penyedia
perkhidmatan yang dilantik oleh kami dan/
atau rakan kongsi kontrak perkhidmatan yang
sah atau alat ganti tidak tulen digunakan.
• Pembaikan yang disebabkan oleh
pemasangan yang tidak betul atau tidak
mengikut spesifikasi.
• Penggunaan alat ini dalam persekitaran
bukan rumah, iaitu kegunaan profesional.
• Kerosakan disebabkan oleh pengangkutan.
Jika pelanggan mengangkut produk ini ke
rumahnya atau ke alamat yang lain, IKEA
tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa
kerosakan yang mungkin berlaku semasa ia
diangkut. Akan tetapi, jika IKEA menghantar
produk ini ke alamat penghantaran
pelanggan, maka kerosakan kepada produk
yang berlaku semasa penghantaran ini akan
ditanggung oleh IKEA.
• Kos melakukan pemasangan permulaan
alat IKEA. Akan tetapi, jika Penyedia
Perkhidmatan yang dilantik IKEA atau rakan
kongsi perkhidmatannya yang sah membaiki
atau menggantikan alat ini di bawah terma
jaminan ini, Penyedia Perkhidmatan yang
dilantik atau rakan kongsi perkhidmatannya
yang sah akan memasang semula alat yang
dibaiki atau memasang gantinya, jika perlu.
41

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Tillreda

Table of Contents