IKEA TILLREDA 604.935.13 Manual page 42

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

BAHASA MALAYSIA
Bagaimana undang-undang negara diguna
pakai
Jaminan IKEA memberi anda hak undang-
undang yang khusus, yang merangkumi atau
melebihi semua tuntutan undang-undang
tempatan. Namun begitu, syarat-syarat ini tidak
mengehadkan dalam apa cara hak pengguna
yang diterangkan dalam undang-undang
tempatan.
Kawasan kesahan
Jaminan ini hanya sah di negara tempat produk
tersebut dibeli; perkhidmatan akan diberikan
dalam rangka kerja syarat jaminan.
Kewajipan untuk melaksanakan perkhidmatan
dalam rangka kerja jaminan wujud hanya
sekiranya alat ini mematuhi dan dipasang
menurut:
• Spesifikasi teknikal negara tempat tuntutan
jaminan dibuat;
• Arahan Pemasangan dan Maklumat
Keselamatan Buku Panduan Pengguna.
SELEPAS JUALAN untuk alat IKEA
Sila jangan teragak-agak untuk menghubungi
IKEA untuk:
• membuat permohonan perkhidmatan di
bawah jaminan ini;
• meminta penjelasan tentang fungsi alat IKEA.
Untuk memastikan kami memberikan anda
bantuan yang terbaik, sila baca dengan teliti
Arahan Pemasangan dan/atau Buku Panduan
Pengguna sebelum menghubungi kami.
Cara untuk menghubungi kami jika anda
memerlukan perkhidmatan
Pusat perkhidmatan pelanggan selepas jualan
IKEA akan membantu anda melalui telefon
untuk penyelesaian masalah asas bagi alat
anda pada masa panggilan permohonan
perkhidmatan. Sila lihat katalog IKEA atau layari
www.ikea.com untuk mendapatkan nombor
telefon kedai di tempat anda dan waktu operasi.
Bagi memberikan anda perkhidmatan yang
lebih cepat, sila rujuk kepada nombor artikel
IKEA (kod 8 digit) yang diletakkan pada plat
pengadaran alat anda.
SIMPAN RESIT JUALAN!
Ia merupakan bukti pembelian anda dan
diperlukan untuk jaminan menjadi sah. Resit
jualan juga menyatakan nama IKEA dan nombor
artikel IKEA (kod 8 digit) untuk setiap alat yang
anda beli.
Adakah anda memerlukan bantuan lanjut?
Untuk sebarang soalan lain yang tidak berkaitan
dengan Selepas Jualan alat anda, sila hubungi
pusat panggilan kedai IKEA yang terdekat. Kami
menyarankan supaya anda membaca dokumen
alat ini dengan teliti sebelum menghubungi
kami.
42

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Tillreda

Table of Contents