IKEA TILLREDA 604.935.13 Manual page 33

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

BAHASA MALAYSIA
Amaran! Jika permukaan retak, matikan
alat ini bagi mengelakkan kemungkinan
kejutan elektrik.
Semasa & Selepas menggunakan:
Sila beri perhatian kepada arahan berikut bagi
mencegah kebakaran dan kemalangan.
• Sila letakkan alat di permukaan rata dan
keras SAHAJA.
• Kanak-kanak perlu diawasi untuk
memastikan bahawa mereka tidak bermain
dengan alat.
• Jangan letakkan objek berikut di atas panel
semasa alat beroperasi.
a) Keluli tahan karat
b) Besi
c) Besi tuang
d) Aluminium
e) Penutup dan enamel
f) Pisau, sudu atau garpu
g) Pinggan yang diperbuat daripada besi, keluli
tahan karat, besi tuang atau aluminium
h) Bekas memasak yang kosong
• Jangan bawa atau alihkan alat dengan alat
memasak di atasnya semasa memanaskan.
• Sila kekalkan persekitaran dengan
pengudaraan yang baik semasa memanas.
• Jangan masukkan sebarang wayar atau
logam ke dalam saluran masuk atau keluar
udara alat.
• Cara menjaga panel
a) Jangan jatuhkan apa-apa objek berat ke
atas panel.
b) Jangan tuang air, asid atau apa-apa jenis
cecair ke atas panel.
c) Jangan bakar apa-apa dengan api di atas
panel.
d) Jangan letakkan bekas memasak panas di
atas semasa alat tidak digunakan.
e) Sekiranya permukaan (panel) retak,
matikan alat dengan segera untuk
mengelakkan kejutan elektrik dan kembali
ke kedai IKEA terdekat.
f) Beberapa jenis bekas memasak mungkin
mengeluarkan bunyi semasa digunakan.
Sila alihkan sedikit bekas memasak dan
bunyi mungkin hilang atau kurang. Jika
tidak, sila tukar bekas memasak.
• Jangan letakkan alat di atas permaidani, kain
atau bahan kertas semasa alat beroperasi.
• Jangan sentuh panel semasa ia panas.
Panel masih panas sehingga penunjuk sisa
kepanasan dipadamkan, walaupun kuasa
sudah dimatikan.
• Jangan cabut palam alat dengan menarik
kabel.
• Matikan alat dan biarkan sejuk sebelum
mencabut palam. Cabut kord kuasa apabila
alat tidak akan digunakan dalam jangka masa
yang lama.
• Jauhkan bekas memasak daripada alat
setelah digunakan.
Cara mengelakkan alat ini daripada rosak
• Seramik kaca boleh dirosakkan oleh objek
yang terjatuh ke atasnya atau dihantuk oleh
bekas memasak.
• Bekas memasak yang diperbuat daripada
besi tuang, aluminium tuang atau dengan
bahagian dasarnya yang rosak boleh
menggores seramik kaca jika ia digerakkan di
atas permukaannya.
• Seramik kaca juga boleh rosak jika ia terjatuh
ke atas lantai.
• Untuk mengelakkan bekas memasak dan
seramik kaca daripada rosak, jangan biarkan
periuk atau kuali dipanaskan sehingga
kering.
• Jangan gunakan zon memasak dengan bekas
memasak yang kosong atau tanpa bekas
memasak.
• Jangan alas mana-mana bahagian alat ini
dengan kertas aluminium. Jangan letakkan
bahan plastik atau lain-lain bahan yang boleh
cair ke dalam atau di atas alat ini.
Amaran! Biarkan produk ini bersambung
ke soket kuasa selepas menggunakannya
sehingga kipas dan penunjuk kepanasan
dimatikan.
Maklumat tentang akrilamida
Penting! Menurut maklumat saintifik terkini,
makanan yang terlalu garing, terutamanya
produk yang mengandungi kanji, boleh menjadi
risiko kesihatan disebabkan oleh akrilamida.
Oleh itu, kami menyarankan supaya memasak
makanan pada suhu yang serendah mungkin
dan jangan memasak makanan terlalu garing.
33

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Tillreda

Table of Contents