Arahan Keselamatan - IKEA TILLREDA 604.935.13 Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

BAHASA MALAYSIA

Arahan Keselamatan

Pemasangan
• Pengilang tidak bertanggungjawab ke atas
apa-apa kecederaan terhadap individu dan
haiwan peliharaan atau kerosakan terhadap
harta benda yang disebabkan oleh kegagalan
mematuhi keperluan berikut.
Peringatan! Untuk meneruskan
pemasangan, sila rujuk Maklumat
Keselamatan.
Amaran! Proses pemasangan mesti
mematuhi undang-undang, ordinan,
arahan dan piawai (undang-undang dan
peraturan keselamatan elektrik, kitar semula
yang wajar menurut peraturan, dsb.) yang
berkuat kuasa di negara alat ini digunakan!
• Elakkan daripada memasang alat ini
berhampiran dengan pintu dan di bawah
tingkap kerana bekas memasak yang panas
boleh terjatuh daripada hob apabila pintu
dan tingkap dibuka.
• Pastikan alat ini tidak rosak kerana diangkut.
Jangan sambung alat yang rosak.
• Jangan pasang alat ini jika ia rosak semasa
diangkut.
• Jangan pasang hob menggunakan kord
sambungan dan jangan letakkan hob dengan
kord merentasi ruang kerja.
• Jangan ubah spesifikasi atau ubah suai
produk ini. Risiko kecederaan dan kerosakan
kepada alat ini.
Amaran! Patuh arahan untuk sambungan
elektrik dengan teliti.
Sambungan elektrik
• Sebelum menyambung, periksa voltan
nominal alat ini seperti yang dinyatakan pada
plat pengadaran adalah sama dengan voltan
bekalan yang ada. Periksa juga pengadaran
kuasa alat dan pastikan pemasangan elektrik
kediaman bersaiz sesuai dengan pengadaran
kuasa alat (rujuk bab Data teknikal).
• Plat pengadaran ada di bahagian bawah
bingkai hob.
Amaran! Risiko kecederaan disebabkan
arus elektrik.
• Sambungan palam dan soket yang longgar
dan tidak sesuai boleh menyebabkan
terminal menjadi terlalu panas.
Sebelum Menggunakan Alat Ini:
Sila beri perhatian kepada arahan berikut
sebelum menggunakan alat ini.
• Sila gunakan soket bekalan kuasa utama
standard dan periksa soket secara tetap bagi
mencegah sebarang kerosakan.
• Jangan buka alat oleh diri sendiri atau orang
yang tidak layak. Hanya perbaiki alat dengan
ejen servis atau juruteknik yang sama
kelayakannya.
• Sila periksa kord kuasa dan palam. Jika kord
kuasa atau palam rosak, jangan guna alat.
Jangan cabut palam dengan tangan basah.
• Jangan gunakan kord kuasa sambungan. Sila
gunakan soket bekalan kuasa utama sahaja.
• Jika alat tidak digunakan untuk jangka waktu
yang lama, hidupkan alat untuk menstabilkan
komponen elektronik selama 10 minit
terlebih dahulu. Kemudian anda boleh mula
mengendalikan alat.
• Jangan gunakan alat ini berhampiran dengan
air, api atau di kawasan lembab. Alat ini
dimaksudkan untuk digunakan di rumah
tertutup SAHAJA.
• Keluarkan semua pembungkusan, pelekat
dan lapisan keluarkan alat sebelum
penggunaan pertama.
• Padamkan zon memasak selepas setiap kali
menggunakannya dengan alat kawalannya dan
jangan bergantung pada pengesan periuk.
• Risiko melecur! Jangan letakkan objek yang
diperbuat daripada logam, seperti pisau,
garpu, sudu dan penutup periuk di atas
permukaan untuk memasak, kerana ia boleh
menjadi panas.
Amaran! Bahaya kebakaran! Lemak dan
minyak yang terlalu panas boleh menyala
dengan sangat pantas.
Amaran! Pengguna yang memakai perentak
jantung hendaklah menjarakkan badan
mereka sekurang-kurangnya 30 sm dari zon
memasak pemanasan yang dihidupkan.
Amaran! Jangan mengendalikan alat
ini dengan tangan yang basah dan
permukaan panel kawalan mesti sentiasa
kering. Air yang banyak pada kekunci
panel kawalan akan merosakkannya.
32

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Tillreda

Table of Contents