Samsung GS109F Owner's Instructions & Cooking Manual page 89

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

MEMANAS SEMULA
Ketuhar gelombang mikro anda akan memanas semula makanan dalam masa yang sangat
singkat berbanding dengan masa biasa yang diambil oleh hob ketuhar konvensional.
Gunakan aras kuasa dan masa memanas semula di dalam carta berikut sebagai panduan.
Masa-masa di dalam carta mengambil kira cecair dengan suhu bilik sekitar +18 hingga +20
°C atau makanan dingin dengan suhu sekitar +5 hingga +7 °C.
Mengatur dan menutup
Elakkan memanaskan makanan besar seperti sepotong daging – ia selalunya menjadi
terlampau masak dan kering sebelum bahagian tengahnya menjadi panas menggelegak.
Memanaskan semula kepingan-kepingan kecil memberikan hasil yang lebih baik.
Aras kuasa dan mengacau
Sesetengah makanan boleh dipanaskan semula menggunakan kuasa 900 W sementara
yang lain pula harus dipanaskan semula menggunakan 600 W, 450 W atau malah 300 W.
Semak jadual-jadual bagi panduan. Umumnya, adalah lebih baik anda memanaskan
semula makanan menggunakan aras kuasa yang lebih rendah, jika makanan itu tidak terlalu
berperisa, banyak, atau jika besar kemungkinannya ia sangat cepat menjadi panas (pai
daging kisar, contohnya).
Kacau rata atau balikkan makanan semasa memanaskan semula bagi hasil yang terbaik.
Jika boleh, kacau sekali lagi sebelum menghidangkan.
Anda harus amat berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi. Untuk
mencegah didihan cecair yang membuak-buak dan kemungkinan berlakunya lecur, kacau
sebelum, semasa dan selepas memanaskan. Biarkan ia di dalam ketuhar gelombang mikro
semasa masa biar. Kami mengesyorkan anda meletakkan sudu plastik atau batang kaca ke
dalam cecair itu. Elakkan terlalu lama memanaskan (dan oleh itu merosakkan) makanan.
Adalah lebih baik anda menganggar kurang masa memasak dan menambah masa
memanas, jika perlu.
Memanaskan dan masa biar
Apabila memanaskan semula makanan buat pertama kalinya, sebaiknya anda membuat
catatan tentang masa yang diambil – untuk dirujuk pada masa hadapan.
Sentiasa pastikan bahawa makanan yang dipanaskan semula panas menggelegak
keseluruhannya.
Biarkan makanan itu buat seketika selepas memanaskan semula – supaya suhunya
menjadi seimbang.
Masa biar yang disarankan selepas memanaskan semula ialah 2-4 minit, kecuali masa yang
lain disyorkan di dalam carta.
Anda harus amat berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi. Lihat juga
bab mengenai langkah-langkah keselamatan.
GS109F-SH_XSM_MA.indd 25
MEMANASKAN SEMULA CECAIR
Sentiasa berikan masa biar selama sekurang-kurangnya 20 saat selepas ketuhar dimatikan
untuk membolehkan suhunya menjadi seimbang. Kacau semasa memanaskan, jika perlu,
dan SENTIASA kacau selepas memanaskan. Untuk mencegah didihan yang mebuak-buak
dan kemungkinan kulit anda melecur, anda harus meletakkan sudu atau batang kaca ke
dalam minuman dan kacau sebelum, semasa dan selepas memanaskannya.
MEMANASKAN SEMULA MAKANAN BAYI
MAKANAN BAYI: Tuang ke dalam pinggan seramik yang dalam. Tutup dengan
penutup plastik. Kacau rata selepas memanaskan semula! Biarkan selama 2-3 minit
sebelum menghidangkan. Kacau sekali lagi dan periksa suhunya. Suhu menghidang
yang disarankan: antara 30-40 °C.
SUSU BAYI: Tuang susu ke dalam botol kaca yang telah disteril. Panaskan tanpa
ditutup. Jangan sesekali memanaskan botol bayi dengan putingnya sekali, kerana
botol boleh meletup jika terlampau panas. Goncang betul-betul sebelum masa biar
dan sekali lagi sebelum menghidangkan ! Sentiasa periksa suhu susu atau makanan
bayi dengan teliti sebelum memberinya kepada bayi. Suhu menghidang yang
disarankan: kira-kira 37 °C.
KOMEN: Makanan bayi terutamanya perlu diperiksa dengan teliti sebelum
dihidangkan bagi mencegah berlakunya lecur.
Gunakan aras kuasa dan masa di dalam jadual yang berikutnya sebagai garis
panduan untuk memanaskan semula.
25
2011-08-16
6:05:42

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents