Arahan Keselamatan Penting - Samsung GS109F Owner's Instructions & Cooking Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

(1) pintu (bengkok)
(2) engsel pintu (pecah atau longgar)
(3) kedap pintu dan permukaan kedap
(d) Ketuhar tidak harus dilaras atau dibaiki oleh sesiapa pun kecuali juruteknik
servis gelombang mikro yang berkelayakan dan dilatih oleh pembuat.
Produk ini ialah peralatan ISM Kelas B Kumpulan 2. Definisi kumpulan 2 yang
mengandungi semua peralatan ISM di mana tenaga frekuensi radio dijana dengan sengaja
dan/atau digunakan dalam bentuk sinaran elektromagnet bagi rawatan bahan, dan
peralatan EDM dan kimpalan arka.
Peralatan Kelas B ialah peralatan yang sesuai untuk digunakan dalam perusahaan-
perusahaan domestik dan dalam perusahaan-perusahaan yang bersambung terus pada
rangkaian bekalan kuasa voltan rendah yang membekalkan bangunan-bangunan yang
digunakan untuk tujuan-tujuan domestik.

ARAHAN KESELAMATAN PENTING

Pastikan langkah-langkah keselamatan ini dipatuhi sepanjang masa.
AMARAN
Hanya kakitangan berkelayakan patut dibenarkan untuk
mengubahsuai atau memperbaiki ketuhar gelombang mikro.
Jangan panaskan cecair atau makanan lain dalam bekas yang
dikedap.
Untuk keselamatan anda, jangan gunakan pembersih air
tekanan tinggi atau pembersih jet wap.
Jangan pasang alat ini; berdekatan pemanas, bahan mudah
terbakar, di lokasi yang lembap, berminyak dan berhabuk, di
lokasi yang terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan air
atau di mana kebocoran gas boleh berlaku; atau tapak yang
tidak rata.
Alat ini mesti dibumikan dengan betul menurut kod-kod
tempatan dan antarabangsa.
Hilangkan semua bahan-bahan asing seperti habuk atau air dari
terminal-terminal palam kuasa dan titik sentuhan menggunakan
kain kering dengan kerap.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek berat
atas kord kuasa.
GS109F-SH_XSM_MA.indd 6
Sekiranya berlaku kebocoran gas (seperti gas propana, gas LP,
dll), alih udara dengan segera tanpa menyentuh palam kuasa.
Jangan sentuh palam kuasa dengan tangan yang basah.
Jangan matikan alat ini dengan mencabut palam kuasa semasa
ia sedang beroperasi.
Jangan masukkan jari atau benda asing. Jika sebarang benda
asing seperti air memasuki alat ini, cabut palam kuasa dan
hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada alat.
Jangan letakkan ketuhar ini di atas benda yang mudah pecah
seperti singki atau benda kaca. (Model atas kaunter sahaja)
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap
atau pembersih tekanan tinggi untuk membersihkan alat ini.
Pastikan bahawa voltan kuasa, frekuensi dan arus adalah sama
seperti spesifikasi produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh.
Jangan gunakan penyesuai berbilang palam, kord pemanjang
atau pengubah elektrik.
Jangan sangkutkan kord kuasa pada objek logam, masukkan
kord kuasa di antara objek atau di belakang ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang
rosak atau soket dinding yang longgar. Apabila palam kuasa
atau kord kuasa rosak, hubungi pusat perkhidmatan yang
terdekat dengan anda.
Alat-alat tidak dimaksudkan untuk dikendalikan dengan
menggunakan pemasa luaran atau sistem kawalan jauh
berasingan.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek atas ketuhar, di dalam atau di pintu
ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada
permukaan ketuhar.
6
2011-08-16
6:05:30

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents