Langkah-Langkah Keselamatan - Samsung PG113UC Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Menggunakan Buku Panduan ini (sambungan)
LANGKAH BERJAGA-JAGA BAGI MENGELAKKAN
PENDEDAHAN KEPADA TENAGA GELOMBANG MIKRO YANG
BERLEBIHAN
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan
pendedahan kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
(a) Dalam apa keadaan sekalipun, jangan sekali-kali cuba mengendalikan
ketuhar dengan pintunya terbuka atau mengusik saling kunci keselamatan
(selak pintu) atau memasukkan apa-apa benda ke dalam lubang saling kunci
keselamatan.
(b) Jangan letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka depan
atau membiarkan sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul pada
permukaan kedap. Pastikan pintu dan permukaan kedap pintu sentiasa bersih
dengan mengelapnya selepas digunakan mula-mula dengan kain lembap dan
kemudian dengan kain kering yang lembut.
(c) Jangan kendalikan ketuhar jika ia rosak sehingga ia telah dibaiki oleh
juruteknik servis gelombang mikro yang berkelayakan yang dilatih oleh
pembuat.
Adalah penting sekali pintu ketuhar ditutup dengan betul dan tiada kerosakan
pada:
(1) Pintu, kedap pintu dan permukaan kedap
(2) Engsel pintu (pecah atau longgar)
(3) Kabel kuasa
(d) Ketuhar tidak harus dilaras atau dibaiki oleh sesiapu pun kecuali jurutaknik
servis gelombang mikro yang berkelayakan yang dilatih oleh pembuat.

Langkah-Langkah Keselamatan

Arahan Keselamatan Penting.
Baca dengan Teliti dan simpan untuk rujukan pada masa hadapan.
Sebelum memasak makanan atau cecair di dalam ketuhar gelombang
mikro anda, sila pastikan bahawa langkah-langkah keselamatan yang
berikut diambil:
1. JANGAN gunakan sebarang perkakas memasak logam di dalam ketuhar
gelombang mikro:
Bekas logam
Set makan malam yang mempunyai perapi emas atau perak
Pencucuk daging, garpu, dan sebagainya.
Sebab:
Pengarkaan atau pencucuhan elektrik boleh berlaku dan boleh
merosakkan ketuhar.
2. JANGAN panaskan:
Botol, balang, atau bekas yang kedap udara atau kedap vakum
Contoh) Balang makanan bayi
Makanan kedap udara.
Contoh) Telur, kacang di dalam kulit, tomato
Sebab:
Tekanan yang meningkat boleh menyebabkan ia meletup.
Petua:
Tanggalkan penutup dan cucuk kulit, beg, dan lain-lain.
3. JANGAN kendalikan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong.
Sebab:
Dinding ketuhar boleh menjadi rosak.
Petua:
Tinggalkan segelas air di dalam ketuhar sepanjang masa.
Air itu akan menyerap gelombang mikro jika anda secara tidak
sengaja menghidupkan ketuhar semasa ia kosong.
4. JANGAN tutup lubang-lubang alur pengalihan udara di belakang ketuhar
dengan kain atau kertas.
Sebab:
Kain atau kertas itu boleh terbakar kerana udara panas dilepaskan
dari ketuhar.
5. SENTIASA gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan bekas dari
ketuhar.
Sebab:
Sesetengah bekas menyerap gelombang mikro dan haba sentiasa
dipindahkan dari makanan ke bekas. Oleh itu, bekas menjadi
panas.
6. JANGAN sentuh dinding dalaman ketuhar.
Sebab:
Dinding-dinding ini mungkin cukup panas untuk melecurkan kulit
walaupun selepas proses memasak selesai, meskipun ia tidak
kelihatan panas. Jangan biarkan bahan-bahan mudah terbakar
bersentuhan dengan mana-mana bahagian dalaman ketuhar.
Biarkan ketuhar sejuk dahulu.
5
MA

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents