NOCO Genius GENIUS2EU User Manual & Warranty page 298

Hide thumbs Also See for GENIUS2EU:
Table of Contents

Advertisement

yang dinyatakan. Jangan mengecas bateri beku. Hentikan penggunaan produk dengan segera jika bateri menjadi terlalu panas. Penyimpanan. Jangan gunakan atau
simpan produk anda di kawasan yang mempunyai kepekatan debu atau bahan bawaan udara yang tinggi. Simpan produk anda di permukaan yang rata dan kukuh
supaya ia tidak terjatuh. Simpan produk anda di lokasi yang kering. Suhu penyimpanan adalah 20° hingga 25°C (suhu purata di bawah hud). Jangan melebihi 80ºC
dalam keadaan apa pun. Keserasian. Produk ini serasi dengan bateri Asid Pumbum, AGM dan Litium berkadar 6V & 12V sahaja. Jangan cuba gunakan produk dengan
jenis bateri lain. Mengecas bateri jenis kimia yang lain boleh mengakibatkan kecederaan, kematian atau kerosakan harta benda. Hubungi pengeluar bateri sebelum
cuba mengecas bateri. Peranti Perubatan. Jangan mengecas perentak jantung atau peranti perubatan lain. Produk boleh memancarkan medan elektromagnet.
Produk mengandungi komponen magnet yang boleh mengganggu perentak jantung, defibrilator, atau peranti perubatan yang lain. Medan elektromagnet ini mungkin
mengganggu perentak jantung atau peranti perubatan lain. Rujuklah dengan doktor anda sebelum digunakan sekiranya anda mempunyai sebarang peranti perubatan
termasuk alat perentak jantung. Jika anda mengesyaki produk mengganggu peranti perubatan, berhenti menggunakan produk dengan serta-merta dan dapatkan
nasihat doktor anda. Pembersihan. Matikan produk sebelum melakukan sebarang penyelenggaraan atau pembersihan. Bersihkan dan keringkan dengan segera jika
ia terkena cecair atau sebarang jenis bahan cemar. Gunakan kain lembut, bebas bulu (microfiber). Elakkan terkena kelembapan pada bukaan. Persekitaran Mudah
Meletup. Patuhi semua tanda dan arahan. Jangan kendalikan produk di mana-mana kawasan dengan persekitaran yang berpotensi untuk mudah meletup, termasuk
kawasan mengisi bahan api atau kawasan yang mengandungi bahan kimia atau zarah seperti butir, habuk atau serbuk logam. Aktiviti Berisiko Tinggi. Produk ini
tidak bertujuan untuk penggunaan di mana kegagalan produk boleh membawa kepada kecederaan, kematian atau kerosakan persekitaran yang teruk. Gangguan
Frekuensi Radio. Produk direka, diuji, dan dikeluarkan untuk mematuhi peraturan yang mengawal pancaran frekuensi radio. Pancaran sedemikian daripada produk
boleh menjejaskan operasi peralatan elektronik lain, yang menyebabkan kerosakan. Nombor Model: Genius2 Peranti ini mematuhi Bahagian 15 Peraturan FCC.
Operasi adalah tertakluk kepada dua syarat berikut: (1) peranti ini tidak boleh menyebabkan gangguan berbahaya, dan (2) peranti ini mesti menerima sebarang
gangguan yang diterima, termasuk gangguan yang mungkin menyebabkan operasi yang tidak diingini. NOTA: Peralatan ini telah diuji dan didapati mematuhi had untuk
peranti digital Kelas A, menurut Bahagian 15 Peraturan FCC. Had ini direka untuk memberikan perlindungan munasabah terhadap gangguan yang berbahaya apabila
peralatan dikendalikan dalam persekitaran komersil. Peralatan ini menjana, menggunakan, dan boleh memancarkan tenaga frekuensi radio dan jika tidak dipasang dan
digunakan mengikut maual arahan, ia boleh menyebabkan gangguan berbahaya kepada komunikasi radio. Pengendalian peralatan ini di kawasan kediaman mungkin
menyebabkan gangguan berbahaya di mana pengguna dikehendaki membetulkan gangguan menggunakan perbelanjaan mereka sendiri.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents