Sharp KI-N50 Operation Manual page 34

Air purifier with humidifying function
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

4. Jangan basuh dan gunakan semula
Penapis HEPA dan Penapis Penyahbau.
Ia tidak akan menambah baik prestasi
penapis dan juga boleh mengakibatkan
kejutan elektrik atau kerosakan
pengendalian.
5. Jangan menggunakan produk di
dalam bilik yang mengandungi racun
serangga aerosol. Keadaan ini boleh
mengakibatkan bau racun serangga
mungkin kekal dalam produk dan
dikeluarkan dari salur keluar udara.
AMARAN BERKAITAN
PENGENDALIAN
1. Jangan sekat salur masuk atau salur
keluar udara.
2. Sentiasa kendalikan produk dalam
kedudukan menegak.
3. Sebelum menggerakkan produk,
tanggalkan Tangki Air dan Dulang
Pelembap terlebih dahulu supaya
air tidak akan tertumpah. Kemudian,
pegang produk dengan pemegang di
kedua-dua sisinya.
4. Sentiasa angkat produk apabila
menggerakkan produk tersebut di atas
lantai yang mudah rosak, permukaan
yang tidak rata, atau karpet.
5. Jangan ubah arah sekiranya
menggerakkan produk menggunakan
Roda Dwipaksi.
6. Apabila menggerakkan produk dengan
Roda Dwipaksi, lakukan dengan
perlahan dan dalam arah mendatar.
7. Jangan menggunakan produk tanpa
Tangki Air atau Dulang Pelembap
dipasang dengan betul.
8. Berhati-hati supaya jari anda tidak
tersepit apabila menanggalkan atau
memasang Tangki Air.
9. Semasa mengisi semula Tangki Air,
pastikan tiada air yang bocor dari
Tangki Air.
10. Pastikan anda mengelap mana-mana
air yang berlebihan di bahagian luar
Tangki Air.
11. Jangan gunakan air panas (40 ºC
atau lebih), agen bahan kimia, bahan
beraroma, air kotor atau bahan lain
yang boleh merosakkan produk. Ia
boleh mengubah bentuk produk atau
mengakibatkan produk pincang tugas.
12. Hanya gunakan air paip yang segar.
Jika menggunakan sumber air lain, ia
terdedah kepada risiko pertumbuhan
kulapuk, kulat, atau bakteria.
13. Jangan goncangkan Tangki Air semasa
memegang Pemegang Tangki.
AMARAN BERKAITAN
PENYELENGGARAAN
1. Ikuti arahan dalam manual ini untuk
penyelenggaraan. (Halaman 18 -
23)
2. Bersihkan bahagian luar dengan hanya
menggunakan kain lembut.
3. Jangan gunakan bahan pencuci
selain yang dinyatakan dalam manual
ini (Halaman 19 , 21). Jangan
gunakan bendalir dan/atau bahan
pencuci mudah meruap.
Permukaan Bahagian Utama mungkin
mengalami kerosakan atau retak
dengan pembersih mengkakis yang
kuat, benzina, pencair cat, serbuk
penggilap atau gris.
Dulang Pelembap boleh mengakibatkan
perubahan bentuk, pencemaran,
keretakan (kebocoran air). Di samping
itu, penderia boleh menjadi pincang
tugas akibat daripada itu, sekiranya
produk tersebut mempunyai penderia.
4. Jangan gosok Panel Belakang
(Prapenapis) dengan kuat semasa
penyelenggaraan.
5. Kekerapan penyelenggaraan
pembuangan kerak akan bergantung
pada kekerasan dan kekotoran di
dalam air yang anda gunakan; semakin
keras air, maka semakin kerap kerja
pembuangan kerak diperlukan.
6. Jangan tanggalkan Pelampung
Pelembap dan Pemusing. Jika
Pelampung Pelembap dan Pemusing
tertanggal, rujuk halaman 21.
7. Apabila menggantikan penapis atau
mana-mana aksesori, gunakan
bahagian yang ditentukan dalam
manual ini.
MS-4

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Ki-n40

Table of Contents