Samsung ME712K Owner's Instructions & Cooking Manual page 7

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Semasa keadaan pembersihan permukaan-permukaan alat ini mungkin
menjadi lebih panas daripada biasa dan kanak-kanak harus dijauhkan dari
alat ini. (Model fungsi pembersihan sahaja.)
Tumpahan berlebihan mesti dihilangkan sebelum pembersihan dan
perkakas yang dinyatakan dalam manual pembersihan boleh ditinggalkan di
dalam ketuhar semasa pembersihan. (Model fungsi pembersihan sahaja.)
Alat harus membenarkan pemotongan alat dari bekalan selepas
pemasangan. Pemotongan boleh dicapai dengan palam yang boleh
diakses atau dengan menggabungkan satu suis dalam pendawaian tetap
mengikut peraturan pendawaian. (Model terbina dalam sahaja)
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, ejen
perkhidmatannya atau orang-orang yang sama berkelayakan bagi
mengelakkan bahaya.
AMARAN: Apabila alat dikendalikan dalam mod kombinasi, kanak-kanak
hanya boleh menggunakan ketuhar dibawah penyeliaan orang dewasa
kerana suhu yang dijana.
Suhu permukaan boleh dicapai mungkin tinggi semasa alat sedang
beroperasi.
Pintu atau permukaan luar mungkin menjadi panas semasa alat sedang
beroperasi.
AWAS
Hanya gunakan perkakas yang sesuai untuk digunakan di dalam ketuhar
gelombang mikro; JANGAN gunakan sebarang bekas logam, Pinggan
mangkuk makan malam dengan kemasan emas atau perak, Pencucuk,
garpu, dll. Tanggalkan ikatan pintal dawai dari beg kertas atau plastik.
Sebab: Pengarkaan atau pencucuhan elektrik boleh berlaku dan boleh
merosakkan ketuhar.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik atau kertas,
perhatikan ketuhar untuk mengesan kemungkinan pencetusan bunga api;
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk mengeringkan kertas
atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang sedikit bagi
mengelakkan pemanasan berlebihan dan menghanguskan makanan.
Jika asap kelihatan, matikan atau cabut palam alat dan pastikan pintu
ketuhar ditutup untuk mematikan api;
ME711K_XSM_DE68-03897M_MA.indd 7
Ketuhar harus dibersihkan dengan tetap dan sebarang cebisan
makanan ditanggalkan;
Jangan rendam kabel kuasa atau palam kuasa di dalam air dan jauhkan
kabel kuasa dari haba.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus dipanaskan di dalam
ketuhar gelombang mikro oleh kerana ia boleh meletup, walaupun
setelah pemanasan gelombang mikro selesai; Selain itu, jangan
panaskan botol kedap udara atau dikedap vakum, balang, bekas,
kacang dalam kulit, tomato, dll.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan kain
atau kertas. Ia boleh terbakar semasa udara panas keluar dari
ketuhar. Ketuhar juga boleh menjadi terlalu panas dan dimatikan
secara automatik, dan akan kekal dimatikan sehingga ia telah sejuk
secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan bekas
dari ketuhar untuk mengelakkan luka terbakar yang tidak disengajakan.
Jangan sentuh elemen-elemen pemanas atau dinding dalaman ketuhar
sehingga ketuhar telah sejuk.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau selepas
pemanasan tamat dan biarkan cecair sekurang-sekurangnya 20 saat
selepas pemanasan untuk mencegah didihan yang membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka pintunya
untuk mengelakkan melecur disebabkan udara atau wap panas yang
keluar.
Jangan kendalikan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong.
Ketuhar gelombang mikro akan dimatikan secara automatik selama 30
minit untuk tujuan keselamatan. Kami menyarankan meletakkan segelas
air di dalam ketuhar sepanjang masa untuk menyerap gelombang mikro
jika ketuhar gelombang mikro dihidupkan secara tidak sengaja.
Jangan gunakan pembersih kasar yang kuat atau pengerik logam
yang tajam untuk membersihkan kaca pintu ketuhar kerana ia boleh
mencalarkan permukaannya, yang boleh mengakibatkan kaca itu pecah.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan yang
dinyatakan di dalam manual ini. (Lihat memasang
ketuhar gelombang mikro anda.)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik
lain pada soket berhampiran ketuhar.
7
2012-09-12
1:29:48

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Me711kMe713k

Table of Contents