Bahasa Malaysia - IKEA UPPATVIND Instruction Manual

Hide thumbs Also See for UPPATVIND:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Bahasa Malaysia

Alatan ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun
ke atas dan orang-orang dengan kurang keupayaan fizikal,
deria atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan
jika mereka telah diberi pengawasan atau arahan tentang
penggunaan alatan secara selamat dan memahami bahaya
yang terlibat oleh orang yang bertanggungjawab terhadap
keselamatan mereka. Kanak-kanak tidak boleh bermain
dengan alatan ini.
Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak boleh
dilakukan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.
Keselamatan Elektrik
• Jangan gunakan palam kuasa yang rosak atau
alur keluar elektrik yang longgar.
• Jangan alihkan produk dengan cara menarik kord
kuasa.
• Untuk mencegah kord kuasa daripada menjadi
rosak atau cacat bentuk, jangan bengkokkannya
secara paksa atau jalankannya di bawah objek
berat.
• Jika alur keluar elektrikal basah, cabut palam
produk dengan berhati-hati dan biarkan alur
keluar elektrik kering sepenuhnya sebelum
penggunaan seterusnya.
• Jangan pegang palam kuasa dengan tangan yang
basah.
• Jangan pasangkan palam dan cabut palam kuasa
berulang kali.
• Cabut palam perkakasan sebelum pemeriksaan
atau penggantian alat.
• Hapuskan sebarang habuk atau air daripada
palam kuasa.
• Cabut palam produk jika ia tidak digunakan untuk
masa yang lama.
• Jika kord kuasa rosak, ia mesti digantikan
oleh pengeluar, ejen servisnya atau individu
berkelayakan yang serupa untuk mengelakkan
bahaya.
• Jangan cuba baiki atau ubah suai kord kuasa.
• Produk ini hendaklah hanya digunakan bersama
unit bekalan kuasa yang disertakan.
• Jika mana-mana alatnya rosak, produk ini tidak
boleh digunakan.
Keselamatan pemasangan
• Produk ini dicadangkan untuk kegunaan isi rumah
sahaja di bawah keadaan operasi yang normal.
• Jangan pasang pembersih udara berdekatan
peranti pemanas.
• Jangan gunakan produk dalam persekitaran
basah atau berkelembapan tinggi, seperti bilik
mandi atau dalam bilik yang mempunyai variasi
suhu yang besar.
• Tinggalkan ruang kosong sekurang-kurangnya
30 cm di sekitar produk.Jangan gunakan produk
di kawasan yang gas atau bahan mudah bakar
digunakan atau disimpan.
• Jangan berikan daya berlebihan atau paksa
produk sehingga membonjol dan meletup.
• Pasang produk dan pastikan tiada halangan di
sekitar produk yang menyekat peredaran udara.
Pemeriksaan keselamatan
• Jangan sekali-kali letakkan produk di dalam air.
• Jangan nyahhimpun, baiki atau ubah suai produk.
• Cabut palam produk sebelum anda
membersihkannya.
• Jika pembersih udara menghasilkan bunyi pelik,
bau terbakar atau asap, serta-merta cabut palam
kuasa daripada alur keluar elektrikal dan hubungi
sokongan Pelanggan kami.
• Jangan sembur sebarang bahan mudah bakar ke
dalam alur masuk udara.
• Jangan letakkan jari atau objek asing ke dalam
alur masuk atau keluar udara.
• Gantikan penapis dengan penapis baharu
mengikut kitaran penggantian penapis.
Sebaliknya, prestasi produk mungkin merosot.
• Jangan tolak atau bersandar pada produk
ini memandangkan ia boleh terbalik dan
menyebabkan kecederaan fizikal atau
kepincangan fungsi produk.
Arahan Penjagaan
Cabut palam produk sebelum membersihkannya.
Untuk membersihkan produk, lap dengan kain
lembut yang lembap. Gunakan satu lagi kain lembut
dan kering untuk mengelapnya sehingga kering.
Bersihkan prapenapis menggunakan pembersih
vakum dengan kerap.
Nota!
Jangan gunakan pembersih mengakis atau pelarut
kimia kerana ia boleh merosakkan produk.
Pengawal kelajuaan kipas
Kipas boleh ditetapkan kepada 3 kelajuan berbeza-
beza dengan menekan butang kuasa beberapa kali.
Menekan dengan lama akan memadamkan
pembersih udara tanpa mengira tahap kelajuan
semasa.
Kecerahan lampu LED menunjukkan tahap kelajuan
yang dipilih
1x
2x
Penggantian penapis
Semasa menggantikan penapis, penting bagi
pengguna melakukannya seperti berikut:
Satu lampu LED
pada panel kawalan
menunjukkan bahawa
anda harus memeriksa
penapis anda.
Amaran!
Kord bekalan kuasa mesti diputuskan sambungan
semasa penggantian penapis!
1. Putuskan sambungan kuasa dan tunggu
sehingga kipas berhenti.
2. Keluarkan prapenapis pada lekukan jari.
Bersihkan prapenapis menggunakan pembersih
vakum atau air bergantung pada tahap
kekotorannya.
3. Keluarkan penapis zarah dan kendalikan penapis
yang digunakan dengan berhati-hati, buang
penapis mengikut peraturan persekitaran
tempatan di negara anda.
4. Bersihkan bahagian dalam, membersihkan
hapuskan semua habuk dan kotoran.
5. Sambungkan semula kord bekalan kuasa.
6. Tekan dan jangan lepaskan butang RESET selama
3 saat. Tetapan semula mengasalkan pembilang
kitaran penggantian penapis.
7. Masukkan penapis zarah baharu.
8. Letakkan prapenapis di tempatnya.
• Cuci tangan anda sebersih-bersihnya selepas
menggantikan penapis.
Kitaran penggantian dan pembersihan penapis
Penapis
Prapenapis
Penapis zarah
* Kitaran penggantian penapis yang disyorkan
mungkin berbeza bergantung pada persekitaran
operasi.
Jalankan mod dengan penapis untuk
pembuangan zarah.
Tahap
I
31 dB(A)
II
47 dB(A)
III
55 dB(A)
Simpan panduan ini untuk rujukan.
Spesifikasi teknikal
Model: Pembersih udara UPPÅTVIND
Jenis: E2111
3x
Input: 24.0V DC, 0.8 A, 19.0W
Dimensi: 280 x 225 x 125 mm (TxLxD)
Berat: 1.6 kg
Penapis: Penapis untuk pembuangan zarah.
• Suhu pengendalian: 10°C hingga 40°C.
• Kelembapan semasa operasi: 10-60% RH
(Kelembapan operasi yang disyorkan: 40-60% RH)
Data teknikal PSU
Jenis: ICPSW24-19-1
ICPSW24-19-1A
Input: 100-240 VAC, 50/60 Hz, 0.4A
Output: 24.0V DC, 0.8 A, Maksimum 19.0W
Penggunaan dalaman sahaja
Pengilang: IKEA of Sweden AB
Alamat: Box 702, SE-343 81 Älmhult, SWEDEN
Simbol roda berpangkah menunjukkan item ini
harus dilupuskan berasingan daripada bahan
buangan isi rumah. Item ini sepatutnya diserahkan
untuk dikitar semula selaras dengan peraturan
alam sekitar tempatan untuk pelupusan sampah.
Dengan mengasingkan item bertanda daripada
bahan buangan isi rumah, anda akan membantu
mengurangkan jumlah bunagan yang dihantar
ke tapak pelupusan dan meminimumkan kesan
negatif yang berpotensi ke atas kesihatan manusia
serta alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, hubungi
gedung IKEA anda.
kitaran
kaedah
Setiap 2~4
Pembersihan
minggu
Setiap 6 bulan
Penggantian
Hingar
CADR
Kuasa
(Spl)
31 m³/h
2.4W
60 m³/h
4.5W
95 m³/h
8.0W
12

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents