IKEA LAGAN 80509004 Manual page 29

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

BAHASA MALAYSIA
ini. Jika ia dianggap termasuk dalam
jaminan, Penyedia Perkhidmatan IKEA atau
rakan kongsi servis mereka, melalui operasi
servis mereka sendiri akan, atas budi bicara
mereka sendiri, sama ada membaiki produk
yang rosak atau menggantikannya dengan
produk yang sama atau yang setanding.
Apakah yang tidak termasuk dalam
jaminan ini?
• Haus lusuh biasa.
• Kerosakan disengajakan atau kecuaian,
kerosakan disebabkan oleh kelalaian
untuk mengikut arahan pengendalian,
pemasangan yang salah atau
penyambungan kepada voltan yang
salah, kerosakan disebabkan reaksi
bahan kimia atau elektrokimia, karat,
hakisan atau rosak air termasuk tetapi
tidak terhad kepada kerosakan
disebabkan tahap kapur yang melampau
dalam air paip, kerosakan disebabkan
keadaan persekitaran yang abnormal.
• Alat ganti guna habis termasuk bateri dan
lampu.
• Alat ganti hiasan dan tidak berfungsi
yang tidak menjejaskan penggunaan
biasa perkakas, termasuk sebarang calar
dan kemungkinan perbezaan warna.
• Kerosakan tidak sengaja yang disebabkan
oleh benda atau bahan asing, dan
pembersihan dan pengenyahsekatan
penapis, sistem saliran atau laci sabun.
• Kerosakan kepada bahagian berikut: kaca
seramik, aksesori, pinggan mangkuk dan
bakul kutleri, aliran dan paip saluran,
perekat, lampu dan penutup lampu, skrin,
tombol, bingkai dan bahagian bingkai.
Melainkan kerosakan tersebut boleh
dibuktikan disebabkan oleh kecacatan
pembikinan.
• Kes yang kerosakannya tidak dapat
ditemui semasa pemeriksaan juruteknik.
• Pembaikan yang tidak dilakukan oleh
penyedia perkhidmatan kami yang
dilantik dan/atau rakan kongsi kontrak
servis yang dilantik atau apabila alat ganti
tidak asli telah digunakan.
• Pembaikan yang disebabkan oleh
pemasangan yang cacat ataupun yang
tidak mengikut spesifikasi.
• Penggunaan perkakas dalam
persekitaran bukan domestik iaitu,
penggunaan oleh pakar.
• Kerosakan dalam pengangkutan. Jika
pelanggan membawa produk tersebut ke
rumahnya atau alamat yang lain, IKEA
tidak bertanggungjawab atas sebarang
kerosakan yang mungkin berlaku semasa
dalam perjalanan. Walau bagaimanapun,
jika IKEA menghantar produk tersebut ke
alamat penghantaran pelanggan, maka
kerosakan kepada produk yang berlaku
semasa penghantaran ini akan
ditanggung oleh IKEA.
• Kos untuk melakukan pemasangan awal
perkakas IKEA.
• Walau bagaimanapun, jika Penyedia
Perkhidmatan yang dilantik oleh IKEA
atau rakan kongsi servis yang disahkan
membaiki atau menggantikan perkakas
di bawah terma jaminan ini, Penyedia
Perkhidmatan yang dilantik atau rakan
kongsi servis yang disahkan akan
memasang semula perkakas yang telah
dibaiki atau memasang pengganti
tersebut, jika perlu.
• Semua pemasangan sistem paip dan
elektrik bukanlah tanggungjawab IKEA.
Pelanggan perlu melengkapkan kerja
berikut sebelum kerja pemasangan.
Cara undang-undang negara diguna pakai
Jaminan IKEA memberi anda hak
undangundang khusus, yang termasuk atau
lebih daripada semua keperluan undang-
undang setempat. Walau bagaimanapun,
syarat ini tidak mengehadkan hak pengguna
seperti yang dinyatakan dalam undang-
undang setempat, dalam apa cara sekalipun.
Kesahan kawasan
Waranti ini hanya sah di negara tempat
produk ini dibeli; servis akan diberikan
dalam rangka kerja syarat jaminan.
Tanggungjawab untuk mengendalikan servis
dalam rangka kerja jaminan hanya wujud
jika perkakas mematuhi dan dipasang
mengikut:
29

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents