Jaminan Dan Servis - Philips HR3653 User Manual

Hide thumbs Also See for HR3653:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Nota
Jangan sekali-kali terlebih isi balang pengisar
melebihi penunjuk paras maksimum untuk
mengelakkan tumpahan.
Jangan sekali-kali isi balang gelas dengan
minuman ringan untuk mengelakkan tumpahan.
Menggunakan spatula
(Raj. 4)
Apabila pengisar dihidupkan, gunakan
spatula untuk meningkatkan kehalusan
dan konsistensi hasil.
Apabila pengisar dimatikan, gunakan
spatula untuk mengeluarkan ramuan
yang melekat pada balang.
Menggunakan pengisar
kering (Raj. 5)
Anda boleh menggunakan pengisar
kering untuk mengisar dan mencincang
bahan seperti biji kopi, lada biji, bijan,
beras, gandum, isi kelapa, kacang
(dibuang kulit), kacang soya kering,
kacang pea kering, keju, serbuk roti dll.
Nota
Pengisar kering ini tidak sesuai digunakan
untuk mencincang ramuan yang sangat keras
seperti buah pala dan kiub ais.
Jangan gunakan pengisar untuk memproses
cecair seperti jus buah-buahan.
Jangan proses bahan melebihi tanda MAX
pada balang pengisar kering.
Jangan sekali-kali isikan pengisar kering
dengan bahan yang panas.
Anda boleh memesan pengisar kering (HR3650)
daripada wakil penjual Philips anda atau pusat
servis Philips sebagai aksesori tambahan.
Untuk mengelakkan daripada memproses
bahan secara berlebihan, ikut kuantiti dan
tempoh pemprosesan yang dicadangkan.
Terutamanya untuk bahan seperti kacang, yang
boleh bergumpal jika diproses terlalu lama.
28
MS
7
Pembersihan
(Raj. 6)
Awas
Sebelum anda membersihkan perkakas, cabut
keluar plag.
Pinggir keratan adalah tajam. Berhati-hati
ketika membersihkan unit bilah.
Pastikan mata pemotong bilah tidak
menyentuh objek keras. Ini mungkin
menyebabkan bilah tumpul.
Bersihkan unit motor dengan kain yang
lembap.
Bersihkan bahagian lain di dalam air
panas (< 60 °C) dengan sedikit cecair
pencuci pinggan atau di dalam mesin
pencuci pinggan.
Mudah dibersihkan
Ikuti langkah dalam Raj. 6.
Nota
Pastikan anda menekan dan menahan butang
beberapa kali.
8

Jaminan dan servis

Jika anda mempunyai masalah,
memerlukan servis, atau memerlukan
maklumat, lihat www.philips.com/
support atau hubungi Pusat Layanan
Pelanggan Philips di negara anda.
Nombor telefonnya terdapat dalam
risalah jaminan sedunia. Jika tiada Pusat
Layanan Pelanggan di negara anda,
pergi ke penjual Philips tempatan anda.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents