Download Print this page

Philips FC8715/01 Manual page 24

Hide thumbs Also See for FC8715/01:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa Melayu
24
Penggantian
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori atau alat ganti, lawati www.shop.philips.com/service atau pergi ke penjual
Philips anda. Anda juga boleh menghubungi Pusat Penjagaan Pengguna Philips di negara anda (lihat
risalah jaminan seluruh dunia untuk maklumat perhubungan).
Menggantikan penuras
Gantikan penuras jika terlalu kotor atau rosak. Anda boleh memesan penuras baharu di bawah
nombor pesanan FC8065. Lihat 'Mengosongkan dan membersihkan bekas habuk' dalam bab
'Pembersihan dan penyelenggaraan' untuk arahan tentang cara mengeluarkan penuras daripada
bekas habuk dan cara meletakkannya dalam bekas habuk.
Menggantikan berus tepi
Gantikan berus tepi selepas sedikit masa untuk memastikan hasil pembersihan yang baik.
Catatan: Sentiasa gantikan berus tepi apabila anda melihat tanda-tanda kelusuhan atau kerosakan.
Kami juga mengesyorkan anda untuk menggantikan kedua-dua berus tepi pada masa yang sama.
Anda boleh memesan satu set dua berus tepi dan dua penuras di bawah nombor jenis FC8067.
1 Untuk menggantikan berus tepi, genggam bulu kejur berus tepi yang lama dan tariknya keluar
daripada acinya.
2 Tolak berus tepi yang baharu ke dalam acinya.
Menggantikan bateri boleh cas semula
Jurutera servis yang bertauliah sahaja boleh menggantikan bateri robot yang boleh cas semula.
Bawa robot ke pusat servis Philips yang sah untuk menggantikan bateri tersebut apabila anda tidak
boleh mengecas semula bateri atau apabila kuasa bateri itu habis dengan cepat. Anda boleh
menemui butiran hubungan Pusat Perkhidmatan Pengguna Philips di negara anda dalam risalah
jaminan antarabangsa.
Replacing the battery of the remote control
(FC8715,FC8710,FC8705)
Unit kawalan jauh berfungsi menggunakan bateri CR2025 berbentuk syiling. Ganti bateri apabila
robot tidak lagi memberikan respons apabila anda menekan butang pada unit kawalan jauh.
1 Pegang unit kawalan jauh secara terbalik. Tolak butang pelepas pada pemegang bateri dan pada
masa yang sama, luncurkan pemegang bateri keluar daripada unit kawalan jauh (Raj. 46).
2 Keluarkan bateri yang sudah kosong itu daripada pemegang bateri dan letakkan bateri baharu
dalam pemegang bateri. Kemudian lungcurkan pemegang bateri semula ke dalam unit kawalan
jauh (Raj. 47).
Mengeluarkan bateri boleh cas semula
Amaran: Hanya keluarkan bateri boleh cas semula apabila anda membuang perkakas
tersebut. Pastikan bateri kosong sepenuhnya apabila anda mengeluarkannya.

Advertisement

loading