Download Print this page

Philips FC8715/01 Manual page 21

Hide thumbs Also See for FC8715/01:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
FC8715, FC8710, FC8705: Jika tenaga masih mencukupi dalam bateri boleh cas semula, anda boleh
menekan butang dok pada unit kawalan jauh untuk membuat robot kembali ke stesen dok. Jika
bateri boleh cas semula sudah kosong sepenuhnya, anda perlu meletakkan robot di stesen dok
secara manual.
Mengendalikan stesen dok
Stesen dok mempunyai dua kawalan yang boleh digunakan untuk mengendalikan robot tersebut.
Butang bateri penuh dan mula
Jika anda menekan butang bateri penuh dan mula pada stesen dok semasa robot sedang mengecas,
robot mula membersihkan kawasan sejurus selepas bateri cas semua penuh (Raj. 27).
Butang 24j
Jika anda menekan butang 24j pada stesen dok, stesen dok mula untuk menghitung undur 24 jam
sehingga aktiviti pembersihan yang berikutnya. Apabila hitung undur selesai, robot mula
membersihkan kawasan sehingga baterinya kurang kuasa dan kemudian kembali ke stesen dok
secara automatik untuk mengecas semula (Raj. 28).
Pemilihan mod pembersihan
Pemilihan mod pembersihan hanya boleh dilakukan dengan unit kawalan jauh (FC8715, FC8710,
FC8705). Di sebelah mod auto-pembersihan, robot ini mempunyai empat mod pembersihan individu
yang setiap daripadanya boleh diaktifkan dengan menekan butang yang sesuai pada unit kawalan
jauh.
Mod corak Z
Dalam mod corak Z, robot membersihkan dengan membuat gelung berbentuk Z dalam bilik untuk
membersihkan kawasan yang luas (Raj. 29).
Mod rambang
Dalam mod ini, robot membersihkan bilik dalam corak campuran pergerakan lurus dan silang-
menyilang (Raj. 30).
Mod mengikut dinding
Dalam mod ini, robot mengikuti dinding bilik untuk memberi kawasan sepanjang dinding
pembersihan tambahan (Raj. 31).
Mod pembersihan rapi
Dalam mod ini, robot bergerak secara rambang di kawasan yang kecil untuk membersihkan kawasan
ini dengan rapi (Raj. 32).
Catatan: Mod yang dipilih secara manual hanya aktif untuk beberapa minit. Selepas itu, robot bertukar
kepada mod auto-pembersihan.
Pemanduan manual
Anda boleh memandu robot secara manual dengan butang pada unit kawalan jauh (FC8715, FC8710,
FC8705).
1 Gunakan butang anak panah atas dan bawah serta kiri dan kanan butang mula/henti pada unit
kawalan jauh untuk mengemudi robot dalam bilik. (Raj. 33)
Catatan: Berhati-hati apabila anda memandu robot rapat dengan perbezaan ketinggian dan anak
tangga.
Catatan: Fungsi vakum dan berus tepi hanya berfungsi apabila robot dipandu ke hadapan. Butang
kiri, kanan atau belakang hanya untuk mengemudi robot tersebut.
Bahasa Melayu
21

Advertisement

loading