Download Print this page

Philips FC8715/01 Manual page 18

Hide thumbs Also See for FC8715/01:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa Melayu
18
anda menggunakan robot di atas karpet atau ambal, harap berada dekat dengannya pada kali
pertama untuk melihat sama ada robot itu boleh menangani lantai jenis ini. Robot juga memerlukan
penyeliaan apabila anda menggunakannya di atas lantai keras yang sangat gelap atau berkilat.
Bagaimana robot anda membersihkan kawasan
Sistem pembersihan
Robot mempunyai sistem pembersihan 2 tahap untuk membersihkan lantai anda dengan cekap.
- Dua berus tepi membantu robot membersihkan sudut dan sepanjang dinding. Berus itu juga
membantu untuk mengeluarkan habuk daripada lantai dan menggerakkannya ke arah bukaan
sedutan (Raj. 4).
- Kuasa sedutan robot mengutip habuk yang bertebaran dan mengangkutnya melalui bukaan
sedutan ke dalam bekas habuk (Raj. 5).
Corak pembersihan
Dalam mod auto-pembersihan, robot menggunakan urutan automatik corak pembersihan untuk
membersihkan setiap kawalan bilik secara optimum. Corak pembersihan yang digunakannya ialah:
1
Corak Z atau corak zigzag (Raj. 6)
2 Corak rambang (Raj. 7)
3 Corak mengikut dinding (Raj. 8)
4 Corak pembersihan rapi (Raj. 9)
Dalam mod auto-pembersihan, robot menggunakan corak-corak ini dalam urutan tetap: corak z,
corak rambang, corak mengikut dinding dan corak pembersihan rapi.
Apabila robot telah melengkapkan urutan corak ini, ia mula bergerak dalam corak Z semula. Robot
terus menggunakan urutan corak ini untuk membersihkan bilik sehingga bateri boleh cas semula
kurang kuasa atau sehingga ia dimatikan secara manual.
Catatan (FC8715, FC8710, FC8705): Anda juga boleh memilih setiap mod secara individu dengan
menekan butang yang sesuai pada unit kawalan jauh. Untuk butiran lanjut, lihat bab 'Menggunakan
robot anda', bahagian 'Mod pembersihan'.
Bagaimana robot anda mengelak perbezaan ketinggian
Robot mempunyai tiga sensor jatuh di bawahnya. Robot menggunakan sensor jatuh ini untuk
mengesan dan mengelakkan perbezaan ketinggian seperti anak tangga.
Catatan: Memang lumrah untuk robot bergerak lebih sedikit dari hujung perbezaan ketinggian kerana
sensor jatuh depannya terletak di belakang bampar.
Awas: Dalam sesetengah kes, sensor jatuh mungkin tidak dapat mengesan tangga atau perbezaan
ketinggian lain tepat pada masanya. Oleh itu awasi robot dengan teliti pada beberapa kali
pertama anda menggunakannya dan apabila anda menggunakannya berhampiran anak tangga
atau perbezaan ketinggian lain. Penting untuk anda membersihkan sensor jatuhnya secara tetap
bagi memastikan robot terus dapat mengesan perbezaan ketinggian dengan betul (lihat bab
'Pembersihan dan penyelenggaraan' untuk arahan).
Sebelum penggunaan pertama
1 Buka berus tepi daripada bungkusannya dan terbalikkan robot di atas meja atau lantai.
2 Tolak berus tepi ke aci di bawah robot (Raj. 10).

Advertisement

loading