Download Print this page

Bahasa Melayu - Philips HD4632/20 User Manual

Philips kettle hd4632/20 1.6 l 3000 w temp control brushed metal

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Bahasa MElayu

Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Perihalan umum (gamb. 1)
A Tudung
Muncung
C Penuras kerak
D Penunjuk paras air
E Tetapan suhu
F Tombol suhu
g Tapak
h Kord sesalur kuasa
i
Kemudahan penyimpanan kord
J
Suis hidup/mati dengan lampu kuasa hidup
K Butang pelepas tudung
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jangan tenggelamkan perkakas atau tapaknya ke dalam air atau cecair
lain.
Amaran
-
Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan
voltan sesalur kuasa tempatan anda.
-
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa, tapak atau
perkakas itu sendiri rosak.
-
Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis
yang dibenarkan oleh Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak
bagi mengelakkan bahaya.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi
pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
-
Jauhkan perkakas dan kordnya daripada capaian kanak-kanak. Jangan
biarkan kord sesalur tergantung melepasi pinggir meja atau permukaan
kerja. Kord yang berlebihan boleh disimpan di dalam atau di keliling
tapak perkakas.
-
Air yang sedang mendidih boleh mengakibatkan lecur yang parah.
Berhati-hati semasa cerek mengandungi air panas.
-
Jangan sentuh badan cerek semasa dan beberapa ketika selepas
menggunakannya, kerana ia sangat panas. Sentiasa pegang cerek pada
pemegangnya.
-
Jangan sekali-kali isikan cerek sehingga melebihi penunjuk paras
maksimum. Jika cerek terlebih diisi, air yang sedang mendidih mungkin
terpancut keluar dari muncung dan menyebabkan kelecuran.
-
Jangan buka tudung semasa air sedang memanas. Berhati-hati apabila
anda membuka tudung sejurus selepas air telah mendidih: stim yang
keluar dari cerek sangat panas.
-
Cerek didihan pantas ini boleh mengambil sehingga 13 amp dari bekalan
kuasa di rumah anda. Pastikan sistem elektrik di rumah anda dan litar
yang tersambung dengan cerek boleh menampung aras penggunaan
kuasa ini. Jangan biarkan terlalu banyak perkakas lain mengambil kuasa
dari litar yang sama apabila cerek sedang digunakan.
-
Hanya gunakan cerek dengan tapak asalnya.
Awas
-
Jangan sambungkan perkakas dengan peranti pensuisan luaran seperti
pemasa dan jangan sambungkannya dengan litar yang dihidupkan dan
dimatikan secara tetap oleh utiliti anda. Ini mencegah bahaya yang boleh
disebabkan oleh penetapan semula pemutus terma secara tidak sengaja.
-
Sambungkan perkakas hanya ke soket dinding yang terbumi.
-
Letakkan cerek dan tapaknya di atas permukaan yang kering, rata dan
stabil pada setiap masa.
-
Jangan sekali-kali isikan cerek di bawah paras 1 cawan untuk mencegah
cerek daripada menggelegak kering.
-
Cerek ini dimaksudkan hanya untuk memanaskan atau mendidihkan air.
Jangan gunakannya untuk memanaskan sup atau cecair lain, atau pun
makanan di dalam balang, botol atau tin.
-
Bergantung pada keliatan air di kawasan anda, bintik-bintik kecil mungkin
muncul pada unsur pemanas cerek apabila anda menggunakannya.
Fenomena ini adalah hasil penimbunan kerak pada unsur pemanas dan
pada permukaan dalam cerek selepas beberapa lama. Semakin tinggi
keliatan air, semakin cepat kerak menimbun. Kerak boleh berlaku dalam
warna-warna yang berbeza. Walaupun kerak tidak berbahaya, terlalu
banyak kerak boleh menjejaskan prestasi cerek. Tanggalkan kerak secara
kerap dengan mengikuti arahan yang diberikan dalam bab 'Menanggalkan
kerak'.
-
Sedikit pemeluwapan akan terjadi pada dasar cerek. Ini adalah biasa dan
tidak bermakna yang cerek mempunyai apa-apa kecacatan.
-
Jangan biarkan sebarang air mengalir masuk ke dalam tombol suhu.
-
Perkakas ini dimaksudkan untuk digunakan di dalam rumah dan untuk
penggunaan lain yang serupa seperti:
1
dapur pekerja di kedai, pejabat dan persekitaran kerja yang lain;
2
rumah ladang;
3
oleh pelanggan di hotel, motel dan persekitaran tempat menginap yang
lain;
4
persekitaran jenis inap-sarapan.
Perlindungan masak-kering
Cerek ini dilengkapi perlindungan masak-kering. Peranti ini mematikan cerek
secara automatik jika ia dihidupkan dengan tidak sengaja apabila tiada air
atau air tidak mencukupi di dalamnya. Suis hidup/mati bertukar kepada
kedudukan 'mati' dan lampu kuasa akan padam. Biarkan cerek menjadi sejuk
selama 10 minit. Kemudian angkat ia daripada tapaknya untuk menetapkan
semula perlindungan masak-kering. Cerek ini kini sedia untuk digunakan
semula.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan
elektromagnet (EMF). Jika perkakas ini dikendalikan dengan betul dan
mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk digunakan
berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
sebelum penggunaan pertama
Letak perkakas di atas permukaan kering yang rata dan stabil.
1
Untuk melaraskan panjang kord, tekan sebahagian daripadanya ke
2
dalam slot kord pada tapak. (Gamb. 2)
Bilas cerek dengan air.
3
Isi cerek dengan air hingga ke paras 5 cawan. Biarkan air mendidih
4
sekali (lihat bab 'Menggunakan perkakas').
Tuangkan keluar air panas dan bilaskan cerek sekali lagi.
5
Menggunakan perkakas
Isi cerek dengan air. Anda boleh mengisi cerek sama ada melalui
1
muncung atau melalui tudung yang terbuka. (Gamb. 3)
Untuk memastikan cerek memanaskan air hingga suhu yang ditetapkan, isi
cerek hingga ke paras 4 cawan.
Tutup tudung.
2
Pastikan bahawa tudung ditutup dengan sempurna untuk mengelakkan cerek
dari mendidih hingga kering.
Letakkan cerek di atas tapaknya dan masukkan plag ke dalam dinding
3
soket.
Putarkan tombol suhu untuk menetapkan suhu yang
4
dikehendaki (Gamb. 4).
1
Simbol 'Teh hijau': tetapan untuk memanaskan air hingga ke suhu yang
dikehendaki untuk teh putih, mate atau hijau.
2
Simbol 'Biji kopi': tetapan untuk memanaskan air hingga ke suhu yang
dikehendaki untuk kopi segera atau kopi tapis titisan.
3
Simbol 'Teh hitam': tetapan untuk memanaskan air hingga ke suhu yang
diperlukan untuk teh hitam, teh herba, teh rumpun merah, coklat panas,
sup (segera), pasta, nasi dan mi. Air dididihkan hanya pada tetapan ini.
Tolak ke bawah suis hidup/mati untuk menghidupkan cerek.
5
Lampu kuasa hidup menyala dan perkakas mula memanas.
,
Cerek mati secara automatik dan lampu kuasa-hidup padam apabila
,
air mencapai suhu yang telah ditetapkan.
Nota: Untuk mengganggu proses pendidihan atau pemanasan, matikan cerek.
Pembersihan
Sentiasa cabut plag perkakas sebelum anda mula membersihkannya.
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang
melelas atau cecair yang agresif seperti petrol atau aseton untuk
membersihkan perkakas.
Jangan tenggelamkan cerek atau tapaknya di dalam air.
Bersihkan bahagian luar cerek dengan kain lembut yang dilembabkan
1
dengan air suam dan sedikit bahan pencuci lembut.
Bersihkan penuras kerak.
2

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hd4631/20Hd4631/22Hd4632Hd4631