Makita UC007G Instruction Manual page 57

Cordless chain saw
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
7.
Gunakan alat kuasa, aksesori dan alat bit
dan sebagainya mengikut arahan ini dengan
mengambil kira keadaan kerja dan kerja yang
perlu dilakukan. Penggunaan alat kuasa untuk
operasi yang berbeza dari yang dimaksudkan
boleh menyebabkan keadaan berbahaya.
Pastikan pemegang dan permukaan pegangan
8.
kering, bersih dan bebas dari minyak dan gris.
Pemegang dan permukaan pegangan yang licin
tidak membolehkan pengendalian dan kawalan
selamat bagi alat dalam situasi yang tidak
dijangka.
9.
Apabila menggunakan alat, jangan pakai
sarung tangan kerja kain yang mungkin boleh
kusut. Kekusutan sarung tangan kerja kain pada
bahagian yang bergerak boleh menyebabkan
kecederaan diri.
Penggunaan dan penjagaan alat bateri
Cas semula dengan pengecas yang ditentukan
1.
oleh pengeluar sahaja. Pengecas yang sesuai
untuk satu jenis pek bateri mungkin menimbulkan
risiko kebakaran apabila digunakan dengan pek
bateri lain.
2.
Gunakan alat kuasa dengan pek bateri yang
ditentukan secara khusus sahaja. Penggunaan
mana-mana pek bateri lain mungkin menimbulkan
risiko kecederaan dan kebakaran.
3.
Apabila pek bateri tidak digunakan,
jauhkannya daripada objek besi lain, seperti
klip kertas, duit syiling, paku, skru atau
objek besi kecil lain, yang boleh membuat
sambungan dari satu terminal ke yang lain.
Memintas terminal bateri bersama-sama mungkin
menyebabkan lecuran atau kebakaran.
4.
Di bawah keadaan kasar, cecair mungkin
dikeluarkan daripada bateri; elakkan sentuhan.
Jika tersentuh secara tidak sengaja, siram
dengan air. Jika cecair terkena mata, dapatkan
bantuan perubatan di samping siraman air.
Cecair yang dikeluarkan dari bateri mungkin
menyebabkan kegatalan atau lecuran.
5.
Jangan gunakan pek bateri atau alat yang
rosak atau diubah suai. Bateri yang rosak atau
diubah suai mungkin menunjukkan perilaku yang
tidak dijangka menyebabkan kebakaran, letupan
atau risiko kecederaan.
6.
Jangan dedahkan pek bateri atau alat kepada
api atau suhu yang berlebihan. Pendedahan
kepada api atau suhu melebihi 130 °C mungkin
menyebabkan letupan.
7.
Ikut semua arahan pengecasan dan jangan
cas pek bateri atau alat di luar julat suhu
yang ditetapkan dalam arahan. Mengecas
dengan tidak betul atau pada suhu di luar julat
yang dinyatakan mungkin merosakkan bateri dan
meningkatkan risiko kebakaran.
Servis
1.
Pastikan alat kuasa anda diservis oleh
orang yang berkelayakan dengan hanya
menggunakan alat ganti yang sama. Ini akan
memastikan keselamatan alat kuasa dapat
dikekalkan.
2.
Jangan servis pek bateri yang telah rosak.
Servis pek bateri hanya boleh dilakukan oleh
pengeluar atau penyedia servis yang sah.
3.
Ikut arahan untuk melincir dan menukar
aksesori.
Amaran keselamatan gergaji rantai
tanpa kord
1.
Jauhkan semua anggota tubuh badan
daripada rantai gergaji semasa gergaji rantai
beroperasi. Sebelum anda memulakan
gergaji rantai, pastikan rantai gergaji tidak
bersentuhan dengan apa-apa pun. Kelekaan
seketika semasa mengendalikan gergaji rantai
boleh menyebabkan baju atau badan anda
tersangkut dengan gergaji rantai.
2.
Sentiasa pegang gergaji rantai dengan tangan
kanan anda pada pemegang atas dan tangan
kiri anda pada pemegang hadapan. Memegang
gergaji rantai dengan tangan yang berlawanan
meningkatkan risiko kecederaan diri dan tidak
seharusnya dilakukan sama sekali.
Pegang alat kuasa pada permukaan
3.
mencengkam tertebat sahaja, kerana rantai
gergaji boleh tersentuh wayar tersembunyi.
Rantai gergaji yang bersentuh dengan wayar
"hidup" boleh menyebabkan bahagian logam
terdedah alat kuasa "hidup" dan boleh memberi
kejutan elektrik kepada pengendali.
4.
Pakai cermin mata keselamatan dan pelindung
pendengaran. Peralatan perlindungan lanjut
untuk kepala, tangan, betis dan kaki adalah
disyorkan. Pakaian pelindungan yang memadai
akan mengurangkan kecederaan diri oleh
serpihan yang terbang atau sentuhan yang tidak
disengajakan dengan rantai gergaji.
Sentiasa pastikan pijakan yang betul.
5.
6.
Semasa memotong dahan yang berada di
bawah tekanan, berhati-hati dengan dahan
yang terpelanting. Semasa tekanan pada serat
kayu dilepaskan, dahan yang ditekan boleh
terpukul pengendali dan/atau mencampak gergaji
rantai di luar kawalan.
7.
Potong semak dan anak pokok dengan sangat
berhati-hati. Bahan halus boleh tersangkut pada
rantai gergaji dan meluru ke arah anda atau
menarik anda lalu hilang keseimbangan.
8.
Bawa gergaji rantai dengan memegang
pemegang hadapan dengan gergaji rantai
dimatikan dan jauh daripada badan anda.
Apabila mengangkut atau menyimpan gergaji
rantai sentiasa pasangkan penutup bar
panduan. Pengendalian yang betul bagi gergaji
rantai akan mengurangkan kecenderungan
berlakunya sentuhan tanpa sengaja dengan rantai
gergaji yang bergerak.
9.
Ikut arahan untuk melincir, menegangkan
rantai dan menukar aksesori. Penegangan dan
pelinciran rantai yang tidak betul boleh sama ada
mengurangkan atau meningkatkan peluang tolak
keluar.
10. Pastikan pemegang sentiasa kering, bersih
dan bebas daripada minyak dan gris.
Pemegang yang bergris dan berminyak adalah
licin dan menyebabkan hilang kawalan.
57 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents