Download Print this page

Bosch ErgoMixx Style MSM6S Series Instruction Manual page 7

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

Pengendalian mengikut peraturan
Aksesori ini direka khas untuk pengadun tangan MSM6S.... Beri
perhatian terhadap arahan pengendalian pengadun tangan.
Jangan gunakan alat ini untuk peranti lain. Gunakan bahagian
berkenaan sahaja.
Aksesori ini sesuai bergantung kepada pemasangan bagi tujuan
berikut:
Bilah universal: Untuk mencincang, memurikan, mencampur,
menguli, menghancurkan, dan untuk membuat sos serta minuman
campuran.
Pemasangan pemotong kecil: Untuk memarut, mengisar dan
memotong makanan.
Untuk memproses makanan, mestilah bebas daripada bahagian
keras (cth. tulang). Aksesori ini tidak boleh digunakan untuk
memproses objek atau bahan lain.
Arahan keselamatan
W Risiko kecederaan
■ Jangan sesekali mencapai ke dalam syaf pengisi. Gunakan
penolak yang disediakan sahaja!
■ Jangan sentuh bilah pisau universal dengan tangan yang
terdedah. Untuk memasukkan dan menanggalkan bilah
pisau universal ini hanya sentuh bahagian plastik. Untuk
membersihkannya, gunakan berus.
■ Jangan sesekali menyentuh bilah pisau dan pinggir
pemasangan pemotong kecil yang tajam. Pegang pemasangan
pada pinggirnya sahaja. Beri perhatian pada bentuk dan
keadaan pemasangan ke dalam cakera pembawa. Untuk
membersihkannya, gunakan berus.
■ Pegang cakera pembawa hanya pada pemegang berlekuk yang
disediakan.
■ Gunakan aksesori dalam keadaan dipasang sepenuhnya sahaja.
Gunakan aksesori dalam kedudukan kerja yang sesuai. Pasang
dan tanggalkan aksesori hanya apabila pemacu berhenti dan
diputuskan bekalan kuasa.
■ Apabila beroperasi dengan aksesori pelbagai fungsi, unit asas
hanya boleh dihidupkan dengan lekapan gear yang telah
dipasang dan dipusing ketat.
W Perhatian!
■ Jangan sesekali meredam lekapan gear ke dalam cecair
atau memegangnya di bawah air yang mengalir dan jangan
bersihkannya menggunakan pembasuh pinggan mangkuk.
■ Bekas tidak sesuai untuk ketuhar gelombang mikro.
Pengendalian mengikut peraturan
ms
7

Advertisement

loading