Panasonic MX-EX1511 Operating Instructions Manual page 17

Hide thumbs Also See for MX-EX1511:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Jangan pasang palam atau cabut palam kuasa menggunakan tangan yang basah.
Jangan gunakan perkakas jika kord atau palam kuasa rosak atau palam kuasa
disambungkan dengan longgar ke soket sesalur rumah.
Jika sambungan kord sudah rosak, ia mesti digantikan oleh pengeluar, ejen perkhidmatan
yang berkenaan, atau orang yang berkelayakan untuk mengelakkan keadaan bahaya.
Pasangkan palam kuasa dengan kukuh.
Jangan rendam perkakas, kord dan palam kuasa dalam air atau simbahnya dengan air /
apa-apa cecair.
Perkakas ini tidak sepatutnya digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang
pengetahuan; kecuali mereka yang pernah diawasi atau diberi arahan mengenai
penggunaan perkakas ini daripada orang yang bertanggungjawab terhadap keselamatan
mereka.
Kanak-kanak perlu diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
Pastikan kord jauh dari capaian kanak-kanak.
Bersihkan kotoran pada palam kuasa dengan kerap.
Cabut palam kuasa, dan lap menggunakan kain kering.
Hentikan penggunaan perkakas dengan segera dan cabut palam jika perkakas tidak
berfungsi dengan betul.
Contoh-contoh kejadian tidak normal atau rosak
Palam kuasa dan kord menjadi panas secara tidak normal.
Kord rosak atau kuasa perkakas gagal.
Perumah motor terubah bentuk, mempunyai kerosakan yang kelihatan atau panas secara tidak normal.
Terdapat keretakan pada bekas pengisar atau bahagian-bahagian lain.
Terdapat bau yang tidak menyenangkan.
Terdapat bunyi putaran luar biasa semasa digunakan.
Terdapat ketidaknormalan atau kegagalan lain.
Rujuk tempat perkakas dibeli atau pusat servis Panasonic.
Pastikan voltan yang ditunjukkan pada label perkakas sama seperti bekalan tempatan anda.
Elakkan daripada memasang palam peranti lain pada soket sesalur rumah yang sama untuk
mengelakkan elektrik yang berlebihan. Walau bagaimanapun, jika anda menyambung beberapa palam
kuasa, pastikan jumlah watt tidak melebihi watt yang dikadarkan bagi soket sesalur rumah.
Berhati-hati jika cecair panas dituangkan ke dalam bekas pengisar kerana ia boleh
terkeluar dari perkakas disebabkan pengewapan secara tiba-tiba.
Untuk mengelakkan kejutan elektrik, api, asap, terbakar, melecur, kecederaan atau kehilangan harta benda.
Jangan gunakan perkakas di lokasi yang berikut.
Pada permukaan yang tidak rata, atas permaidani atau alas meja dll.
Letakkan di tempat ia boleh dipercikkan dengan air atau berdekatan sumber haba.
Berdekatan mana-mana tempat air terbuka seperti tab mandi, sinki, atau bekas lain.
Berhampiran dinding atau perabot.
Letakkan perkakas di atas permukaan meja kerja yang rata, kering dan bersih.
Jangan kisar atau letakkan bahan dengan suhu melebih 60 °C ke dalam bekas pengisar.
Jangan masukkan sebarang cecair atau bahan-bahan basah ke dalam bekas pengadun.
AMARAN
PERHATIAN
ML3

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Mx-ex1531

Table of Contents